March 12, 2011

senang hati sikit...

Assalamualaikum...

Hajat dihati nak update belog tiap2 hari terpaksa dilupakan minggu lepas sebab gedegang seketul batu jatuh atas kepala. Lalu, janji hanya tinggal janji *kecewa*.  Bukan seketul saja sebenarnya, tapi dua tiga ketul. Sekarang dua ketul dah hancur, tinggal lagi seketul batu besar lagi. 

Ok..ok batu berketul-ketul sebenarnya assignment terkejut yang eden dapet minggu lepas. Nasib baek assignment grouping. Lecturer dah ok dah tapi kamiorang yang tak ok sebab buat kerja last minit. Biasa la tu memang macam tu la perangai2 setuden macam kami. Dah la kena buat presentation di tambah lagi la kena buat micro teaching. Dalam masa 2 hari berderet2. 

Khamis=micro teaching (Kaedah Pengajaran Pengajian Malaysia)
Jumaat=presentation (Hubungan Antarabangsa)

Cer citer macam mana haku tak nebes+tensen+bz tapiiii tido still cukup 8 jam*malahan berlebihan lagi*.

Tang micro teaching tu lagi best. Cuba bayangkan satu kelas tu dekat 100 orang. Kelas kecik. Cikgu*aku la tu* duk depan boleh nampak butir jerawat murid-murid. Pastu time aku ngajar murid-murid *classmate* rajin duk menyengih depan aku. Last sekali masa 30minit jadi 15 minit je. Kami dia orang. Bila dah dibahagikan maknanya dalam 7 minit sorang je duk ngajar depan tu. Memang kena kaw-kaw la kat lecturer tu. Nasib baik dia tak suruh buat semula. Kalau dia suruh aku nak cakap boleh nak suruh buat semula tapi selepas semua kumpulan present la. 

Tapi tak per. Lecturer tu daddy aku je sebenarnya. Daddy? Yup...mana tak daddy tiap2 hari tiap2 minggu jumpa dia. Dia sebenarnya penasihat tesis haku so kena la jumpa selalu. Sampaikan kalau jumpa kat kampus, haku tak sempat nak tegur dia, dia 'hai' kat aku dulu. Mana nak sempat, spek tak pakai. Jadi, aku hanya nampak orang je la berjalan, muka orang memang aku tak nampak. 

Ok...sekarang tinggal lagi seketul batu. TESIS. Dua kali weekend lagi aku ada masa nak buat bendalah ni. Sempat jer. Pastu ada la dua tiga batu kecik2 lagi sebelum final exam. Lepas tu exam. Lepas tu praktikum. 

Mood makan aku sudah mari selepas semalam sesudah presentation. Semua macam kebulur pergi kafe cari nasi. Sebelum tu memasing tak der selera arrr kononnya nak mentekedarah. Tapi kan aku tak puas hati lagi ni. 




Kalau dapat kat atas ni aku janji aku akan tutup mulut. Janji. Tak dapat nak dibayangkan ke'sedap'an nya.

Oklah. Nak pergi hasut kawan2 la.
Saper terpedaya nasib la. Tak 'mari' la makan sorang-sorang.
Tak der isu nak ngumpat.

Bai.

2 comments:

Anonymous said...

Sabar yer..itu dinamakan dugaan dalam study...saya pun pernah rasa azab jugak masa nak habiskan master 3 thn lepas..ehehehe

mrsnan said...

ye hani..memang dugaan sangat2..lagi2 dah dekat nak abis ni kan...