July 22, 2011

Tempat Sejuk

Assalamualaikum...


Uishhh...lama sungguh tidak mengadap bendalah ni. Banyak dah entry tertangguh lalu jadi la tertunggak. So, kali ni saya nak citer trip saya bersama students saya ke Cameron Highland. Trip ni pada 19 dan 20hb. 7 lepas. Sebenarnya tak dirancang pun.Trip ni dah ada dalam planning sekolah cuma saya yang tak tersenarai masa tu. Sehari before pergi, AJK trip tanya nak pergi tak, seat ada kosong lagi. Pastu yang bestnya, bayar half plak tu. Tu yang on terus tu.


Jadi, entry banyak skit gambarnya ye. Silalah jangan meluat dan jemu menengok gambar-gambar saya ni...



Tempat pertama di tuju..ladang teh..siap tido kat atas pokok teh..ko ada?

Pagi esoknya, posing kat apartment yang disewa...belakang tu ada kubur you..



Lepas breakfast haruslah posing dulu


Hari kedua, kami ke MARDI. 







Agak agak menjadi tak saya buat-buat terkejut

Ada notis kat situ ditulis ladang ni baru lepas disembur racun. 
Kalau nak mamp cepat silakan..



Seteroberi...cantik diluar masam di dalam


Ni lah namanya..malu tapi mahu




Suka bangat bergambar kat dinding ni..cantik je...dah modelnya pun cantik kan


Ok last...dah nak balik dah...


Sebelum balik tu, kami singgah kat Kea Farm dulu..beli beli apa yang patut..
Ahad sampai selasa ada program lagi...fuhhhh fenazzzz
Bai.

July 8, 2011

kerja kemasyarakatan

Assalamualaikum..

Fuh fuh fuh...banyak giler habuk. Dah lama kan tak dengar citer. Bukan apa, tempat tinggal saya sekarang ni memang susah yang amat nak online. Setengah hari baru boleh bukak full. Usahkan nak update blog. So, can imagine tak betapa terseksanya di situ. Tapi tak per tak kisah pun. 

Now bukan itu yang saya mahu ceritakan. Saya mahu cerita hari Sabtu tiga minggu lepas. Ye, TIGA MINGGU LEPAS. Kalau ikan pekasam dah memang syok dah ni digorengnya. Pada hari tu kami ada program khidamat masyarakat kat Jeram Pasu, Pasir Puteh. Bawak student form 5 yang ambik subjek  Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Dah nama pun  program kemasyarakatan, jadi aktivitinya adalah membersihkan kawasan tersebut la dengan kerjasama MDPP.

Jom tengok picta2 yang sempat saya snap la ye...


Sementara menunggu MDPP datang bawakkan peralatan nak membersih, lepak la dulu.


Mana ntah dapat pancing tu. Sempat lagiii


Taklimat dari pengarah program


'Saper yang paling rajin MDPP akan offer kerja ye'.


Rajin


Atas ni asalnya memang banyak sampah, daun-daun kering...now dah clean and clear







Wanita-wanita penyeri program

Eh jap jap...saya belum ready la...

Okeh. Cun


Lepas dah bersih kawasan, acara makan-makan pastu saper yang nak mandi silakan sampai ketar-ketar pun tak per. Ok. Jumpa kat program lain plak ye.

Bai.