November 26, 2013

Fenomena kek

Assalamualaikum...

Selamat petang...

Pepatah melayu mengatakan 'Lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji' kan. Seperti yang MH janjikan tengahari tadi, MH buatkan entry untuk kek yang tengah hot sekarang ni..Kek Keju Meleleh@Snow Cheese Cake.

Kalau rajin google banyak versi sebenarnya resepi kek ni. MH pilih yang senang je. Bahan-bahan pun mudah dapat. Okeh...resepi asal ada KAT SINI.

Tapi untuk korang semua MH letak jugak kat blog ni ye.

Lepas study resepi ni apalagi cepat la pergi beli bahan-bahan.
Kalau yang dah ada bahan-bahan kat umah tu cepatla pergi masuk dapur kecahkan dapur.

MH bukan 100% ikut resepi ni. 
Macam tepung MH guna tepung gandum je. Menjadikkk.
Pastu bahan-bahan lain MH buatkan separuh sukatan.
Sebab.
MH duk laki bini je.
Tu pun MH sorang je makan rasanya.
Laki MH biasala dah 2 3 hari dalam peti ais baru nak tanya 'da habis kek aritu'?
MH jawab dengan jeling-jeling manja je la..(konon...)


Kek Keju Meleleh

Kek:
100g tepung hongkong (kalau takde boleh guna tepung gandum)*
60g tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
75g mentega cair
 
Cara:
Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.Pukul sampai gebu baru masukkan
mentega cair.Sebatikan.
Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.
 
Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair
 
Untuk hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut
 
Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese
di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek.


Satu lagi, MH tak letak cheddar cheese. 
MH try letak mozarella cheese.
Sebab.
Tak jumpa cheddar cheese.
Pastu, MH google ada yang kata kalau letak cheddar cheese banyak rasa dia masin skit.
Lagi satu, dah lepas kek dimasukkan dalam peti ais, dah sejuk okkkk je, MH rasa la.
Cam meleleh-leleh la cheese dia...rasa sedikit muak.
So, MH ambik keputusan tak payah letak dah cheddar cheese dia.
Makan macam tu je.
Tapi still sedapppp jugakkkk.
Selamat mencuba la ye.
Jangan putus asa.


Ok lah.
Bai.


Mama bosannnn...

Assalamualaikum...

Since sekolah tengah bercoti ni, MH sedikit kesangapan kebosanan kebluran ke apa lagi eh...
Nak nak pulak anak2 dah MH pos balik ke kampung. Tinggallah kami laki bini kat sini..
Lagiiii la bosannya..
Nasib baik MH ambik tawaran jadi pengawas SPM itu hari.
Ada la jugak kerja nak buat.
Tapi hari ni MH cuti sehari.
Baru sehari dah tahap gaban dah ni bosannya.
Nak perabih lagi lebih kurang sebulan cuti nih...adoiiiyaiii
Kalau MH ni ada otak berbisnes kan best.
Boleh duk g mari g mari jmp customer kan..(berangan tak salah dik non)

Jadi..
Untuk menghilangkan rasa bosan tu marilah kita gunakan apps yang ada dalam samsung naif MH ni.

Paper Artist nama dia...

 Lawak giler muka kakok MH ngan BIL...MH memang cun ler muka sekerat je..
Sempat berpicture masa tengah jalan kaki ke TH Hotel Terengganu, hantar ma ngan wae nak g haji..

 Ha ni..anok pompuan sulung MH ngan kak ciknya..
anak pompuan memang gini eh..
suka melawa..
jangok..


 Ni? Betty...OTW balik kg itu hari

 Pewwwiittttttt
Cun.

 Miss Nadia...tak lama lagi dah tak de de miss miss tu..kannn Nadia?

 Cer tengok muka Betty...mesti macam itu pesennya kalau orang mintak makanan dia. Muka tak puas hati...muka kedeks...

Hancurrrrr...tiang depan dah runtuh bai..



Cukup la tu...nanti uollss bosan plak kan...
Karang skit MH update resepi kek yer..
Ok. Bai.

November 22, 2013

Comel jer

Assalamualaikum...

Entry MH di pagi hari yang sangat sejuk dengan hujan dua tiga titik kedengaran sayu-sayu.

Lagi sayu dan sebak hati MH bila teringatkan kisah dan video Ahmad Ammar yang tengah 'femes' sekarang ni. A-fatihah untuk arwah.



Ok...lets continue cerita pagi ni. 

Cerita bersambung dari kisah BETTY ni. Cer tengok gaya tido baby ni. Macam-macam stail.




No camera please.

Yang pasti baby ni bukan  Alea atau Betty .



November 20, 2013

Tidurlah wahai anakku

Assalamualaikum...
Hai...


Musim bah dah makin hampir kan? Cuaca sejuk jer...Bestttt. Tidooooo.
Dalam kepala otak MH ni asyik ingat nak makan:
1.Ubi kayu rebus cicah kelapa muda(ubi kayu cicoh nyor)
Gambar minggu lepas masa balik umah ma.



2.Pulut gaul kelapa muda (pulut gaul nyor)
Gambar takder sebab belum buat lagi.
Syorggaaaaa.
Time hujan cenggini makan dua benda ni.

Masa tengah goreng lempeng MH review gambar kat fon. Banyak jugak gambar yang belum ditransferkan. Tetiba nampak macam banyak pula gambar si Betty ni tidur. Meh kita tengok nak?

Lepas balik beli barang dapur nih. Penat.

 Balik dari sekolah. Khamis ada pjk. Penat lagi.


Yang ni tidur bersambung dari gambar first tu. Balik sambung tidur kat sofa lak.





Dalam kete jugak.











Okeh....gambar bawah ni uollsss jangan pengsannnn okeh.










Perut ketul-ketul.

Ok. Bai.

October 11, 2013

Pestime


Assalamualaikum.

Motipppp sangat kan buat entry gambar lauk pauk kepala cerita. Haruslah kan ini pestime MH buat asam pedas. Dolo dolo dolo ku pernah buat tapi hampa. tak menjadikkk. Kali ni uummmpphhhh. Gumbira hati MH. Sedap. MH guna ikan talapia. Resepi asalnya ada SINI
Ni MH da oter-oter skit yer...

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan merah sederhana besar - di potong (MH pakai ikan talapia 2 kerat je)
  • 2 biji tomato-belah 4
  • secekak daun kesom-agak2lah ya
  • 1 btng bunga kantan-belah 2 (Tak letak sebab non hado)
  • 2 btng serai- di ketuk
  • 3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
  • Bendi (MH letak banyakkkkk sbb faveret, berebut ngan somi lagikk)
  • Garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis

Bahan Kisar
  • 1 cawan cili kisar (Mh letak 1 senduk sederhana besar)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan, dibakar (tak letak jugak sebab non hado)
  • 1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk kasar)
  • Air secukupnya -dlm 4 cwn (MH letak 2 cawan)
Cara-Cara
  1. Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Sementara itu belah tomato dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah di kacau ya.
  3. Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
  4. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
  5. Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
  6. Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.



.
Petang lak MH masak kek ni plak. Memang hari rajin la ni. Setahun berapa hari je macam ni.

Ok lah. Bai.


September 19, 2013

Borong terus

Assalamualaikum...

Kali ni MH nak buat entry borong lagi. Kali nih bukan takat borong jer dah BORONG TERUS dah. Hari tu bukan main rasa rindu kat blog la kalau sehari tak update. Dalam-dalam duk rindu tu ha kau sebulan jugak la terbiar belog ni.

Meh...layan je gambar yang ada.

 First time masak sejak pindah ke GM. Ikan singgang..

 Ikan bakar cicah budu + ulam...perghhh

 2 anak dara sebagai 'pengacau' air masa jamuan hari raya bilik guru 2013

 Minggu 'spot chek'. Habis rambut student yg panjang kena tarah hari tu. Gunting rambut free semua tak nak plak..

 Girls pon kena.

Dah berapa hari girls kat rumah duk mintak aiskrim. Sedap di makan time panas.

'Jeput' lepok (durian). Tekak ada rasa nak makan lepok itu hari. Tengahari tu ada akak jual lepok kat skul. RM 6 setengah kg.

 KFC Gua Musang

Nasi lemak yang tak cukup santan dan ayam goreng yang keras..sebab guna ayam kampung bukan ayam bandar.

 Kenduri doa selamat rumah Ma. 
Rajin la plak orang kat belakang tu.







Makanan masa kenduri minggu lepas. 
Labu sira, solok lada, gulai darat, ayam percik, ikan rebus goreng dan sambal.

 Cubaan pertama membuat aiskrim sendiri. Sedap tapi somi kata manis skit. Resepi? Google sendiri yek. Senang je.

 Sate jamuan raya bilik guru 2013

 Nasi kerabu


 Meehon sup pun ada

 Kek coklat dan lupa dah nama satu lagi. Time nak taip ni la duk lupanye.







Tadika KEMAS Bety ada buat open house merdeka raya. Ada pertandingan mewarna siap. 

Latest. Tertidur masa tengah makan. Hari ni punya pic ni.

Okeh. Tu jer MH nak share hari ni.
Bai.