January 11, 2012

Dasar tangan tak berseni

Hai, 
Morning all.

Haishhhh...tak tau macam mana nak bagitau betapa kecewanya hati bila ada pihak2 yang bertanggungjawab tidak mengotakan janji2 mereka. Semalam sebenarnya adalah hari yang ditunggu oleh saya dan kawan2 yang lain yang telah tamat pengajian. KPM berjanji nak keluarkan nama pelajar ISMP yang akan ditemuduga bulan ni. Alih-alih habuk pun tarak. 'Mereka' bagi tarikh 29hb ni pulak untuk siarkan nama-nama tersebut. Sampai tak terkata betapa kecewanya bila janji2 dimungkiri. Cewaaahhhhh.....

Kawan-kawan yang lain tak usah cerita la, ada yang siap mencarut memaki lagi. Yelah, hutang nak kena bayar. Kerja tak dapat lagi. Macam mana nak bayar hutang bila kerja takder ofcos la income pun zero. 

Sekarang ni duk heboh kawan-kawan dari Johor yang dapat tawaran dapat jadi guru interim. Selangor pun ada. Ada kawan yang call JPN negeri cakap Kelantan tak der jawatan guru interim. Adusssss....at least kalau ada kerja tak la melangut kat umah ke walaupun 2 bulan je jadi guru gantinya.

Semalam saya buatkan kek coklat lagi untuk anakanda2 tercinta. Diaorang memang suka makan kek coklat. Biasanya saya buat versi kek malas. Kosong je just letak topping coklat je tapi kali ni bukannya rajin sangat pun tapi versi tak nak membazir. Tempoh hari kan saya red velvet, so dia punya cream cheese macam banyak je kalau saya nak letakkan semuanya atas RV tu. Jadi, saya masukkan dalam tupperware dan simpan dalam fridge la. 

Teng-teng...dapatlah menghias kek coklat ni dengan cream cheese yang berlebihan tu. Dah letak kat sini pun masih ada balance lagi. Masuk fridge lagi la.

Ni lah rupanya. Ntah hape-hape ntah. Memang tak reti nak berkreativiti langsung. Cam kelakar jer. 


*Harap2 29hb ni adalah harapan untuk masa depan. Jangan dia panggil interview 31hb. 1 sudah la. Alamak 31hb kena masuk court ni. Nebes-nebes ni. Nanti saya update pasal tu ek.


Bai.

January 9, 2012

Kes buli? Bukan setakat kat sekolah je...

Assalamualaikum,

Hai, 2nd post saya untuk 2012. Hehehe...

Alea saya dah masuk darjah 1 dah. Minggu pertama sekolah ok lagi. Bersemangat. Hari-hari tanya esok sekolah tak? Tak sabar nak g sekolah katanya. Best pergi sekolah dia kata. Memang la best tengah seronol duk kenal-kenal ngan kawan-kawan baru la katakan. Hari Khamis minggu lepas mass saya ambik dia dari sekolah ada la dialog dia macam ni.

*Segala dialog telah ditranslatekan ke BM standard ye, kang kalau saya tulis dialog Kelate kang ada yang tak memahami*

Mama: Cikgu ajar apa ari ni?

Alea: Cikgu ajar nyanyi. Kakak pandai dah nyanyi. Lalalalala.......(nyanyi la Alea sampai habis. Adalah dalam 4 baris je lagu tu). Mama, esok mama ambik kakak sekolah pukul 3 la. Kakak nak duduk kat sekolah. Best duduk di sekolah.

Mama: Nak buat apa duk sekolah sampai pukul 3? Mana boleh, orang lain semua balik, kakak nak duduk sorang-sorang ke kat sekolah.

Alea: Tak per Ma, kakak suka duduk kat sekolah.

Mama: Mmmm...yelah.(Dah malas nak layan dah saya pun. Dia balik sekolah pukul 12.45tgh, tak der kerja nak balik pukul 3. Tapi rasanya saya tahu sebab apa dia nak balik pukul 3. Alea malas pergi mengaji al-quran la tu. Pukul 3 tu la time mengaji)

Pagi ni punya cerita pulak saya kejutkan dia pukul 6.45pg. Duk argghhhhh mengantuk...tido balik. Saya kejut lagi...sakit perut la pulakkk...duk nangis sakit perut. Alasaannnn. Tak kira, saya heret jugak g mandi. Esok tak tau la plak cam mana. Sakit kaki ke plak.

Takut jugak sebenarnya. Kang sekarang ni menjadi-jadi kes buli kat sekolah. Takut dia tak nak g sekolah sebab tu la. Duit sekolah saya bagi rm2 tiap-tiap hari. Hari-hari saya tanya dia beli apa. 1st day sekolah siap bawak balik coklat untuk adik dia lagi. Dia tak beli nasi. Esoknya saya pesan time rehat beli nasi ngan air je. Tak payah beli coklat. Tak pernah ada balance duit sekolah dia.

Budak-budak sekarang kan, darjah satu dah dapat rm2. Saya dulu sekolah menengah baru dapat rm2. Ada kawan saya tu, anak dia baru pra-sekolah, dia bagi duit sekolah rm10. Kadang-kadang rm5. Rasanya pra-sekolah ni cikgu akan bagi makan kan? 

Ni ada satu kes buli semalam punya cerita. Adik buli kakak.











 Yang ni la aksi paling melampau ni.
Cam kejam sangat.

Anak buah saya la ni. Memang kesian la tengok kakak kena buli. Tapi si kakak tak melawan la plak. Sedap la adik duk wrestlingnya. 


Bai.

January 7, 2012

Dah 7 hari dalam tahun baharu

Assalamualaikum...

Hai rasanya belumlambat lagi kan nak ucap Selamat Tahun Baharu kat u olls. Hari ni baru 7hb. So, masing-masing dah pasang azam tahun baharu la ni. Haih...tahun baharu tabiat lama la kot saya ni. Dah 7 hari masuk tahun lain baru nak update. Sangatlah blogger yang pasif saya ini.




Cubaan pertama membuat red velvet sempena celebrate tahun baru 7 hari lepas. Oklah jadi cumanya kek terlebih masak plak. Tak kesahlah. Yang penting liciiiinnnn.



Oklah jumpa lagi di lain hari yup.
Bai.