January 9, 2012

Kes buli? Bukan setakat kat sekolah je...

Assalamualaikum,

Hai, 2nd post saya untuk 2012. Hehehe...

Alea saya dah masuk darjah 1 dah. Minggu pertama sekolah ok lagi. Bersemangat. Hari-hari tanya esok sekolah tak? Tak sabar nak g sekolah katanya. Best pergi sekolah dia kata. Memang la best tengah seronol duk kenal-kenal ngan kawan-kawan baru la katakan. Hari Khamis minggu lepas mass saya ambik dia dari sekolah ada la dialog dia macam ni.

*Segala dialog telah ditranslatekan ke BM standard ye, kang kalau saya tulis dialog Kelate kang ada yang tak memahami*

Mama: Cikgu ajar apa ari ni?

Alea: Cikgu ajar nyanyi. Kakak pandai dah nyanyi. Lalalalala.......(nyanyi la Alea sampai habis. Adalah dalam 4 baris je lagu tu). Mama, esok mama ambik kakak sekolah pukul 3 la. Kakak nak duduk kat sekolah. Best duduk di sekolah.

Mama: Nak buat apa duk sekolah sampai pukul 3? Mana boleh, orang lain semua balik, kakak nak duduk sorang-sorang ke kat sekolah.

Alea: Tak per Ma, kakak suka duduk kat sekolah.

Mama: Mmmm...yelah.(Dah malas nak layan dah saya pun. Dia balik sekolah pukul 12.45tgh, tak der kerja nak balik pukul 3. Tapi rasanya saya tahu sebab apa dia nak balik pukul 3. Alea malas pergi mengaji al-quran la tu. Pukul 3 tu la time mengaji)

Pagi ni punya cerita pulak saya kejutkan dia pukul 6.45pg. Duk argghhhhh mengantuk...tido balik. Saya kejut lagi...sakit perut la pulakkk...duk nangis sakit perut. Alasaannnn. Tak kira, saya heret jugak g mandi. Esok tak tau la plak cam mana. Sakit kaki ke plak.

Takut jugak sebenarnya. Kang sekarang ni menjadi-jadi kes buli kat sekolah. Takut dia tak nak g sekolah sebab tu la. Duit sekolah saya bagi rm2 tiap-tiap hari. Hari-hari saya tanya dia beli apa. 1st day sekolah siap bawak balik coklat untuk adik dia lagi. Dia tak beli nasi. Esoknya saya pesan time rehat beli nasi ngan air je. Tak payah beli coklat. Tak pernah ada balance duit sekolah dia.

Budak-budak sekarang kan, darjah satu dah dapat rm2. Saya dulu sekolah menengah baru dapat rm2. Ada kawan saya tu, anak dia baru pra-sekolah, dia bagi duit sekolah rm10. Kadang-kadang rm5. Rasanya pra-sekolah ni cikgu akan bagi makan kan? 

Ni ada satu kes buli semalam punya cerita. Adik buli kakak.











 Yang ni la aksi paling melampau ni.
Cam kejam sangat.

Anak buah saya la ni. Memang kesian la tengok kakak kena buli. Tapi si kakak tak melawan la plak. Sedap la adik duk wrestlingnya. 


Bai.

2 comments:

Anonymous said...

wat lawok la kak ya neh...
nak stay kat sekolah sampai kul 3 ptg...hahahaha...

- mama ichiro -

d!LLah said...

emmmm...skrg ni makin mls g sklh dah...ada jah alasan dia mls bgn pagi..ma oyak ko g bwk jmp tok bomoh suruh tiup2 skit...hahaha