October 25, 2011

Mari mengeja

Assalamualaikum alls,

Sebelum tu "Happy Deepavali' kepada semua rakyat Malaysia. Kitakan 1Malaysia. Haruslah ucapan ditujukan untuk semua. 

Ok berbalik kepada cerita asal saya nak cerita kat sini. Malam tadi sebelum tido Alea ada suruh saya mengajar dia subjek BM. Saya ni kalau nak ajar budak-budak baru nak kenal ABC memang kesian la. Asik-asik kena marah je la. Memang tidak penyabar. Kena marah tu dah biasa la si Alea ni. Tapi tak pernah nak menangis pulak. Dah biasa kan. Kekadang kena cubit pun ada. Gerammmm. Dah cakap sekali dua stilll salah jugak. Tapi tak serik-serik nak juga suruh mama dia ajar.

So, malam tadi sambil saya pejamkan mata saya suruh dia eja pastu sebut. Senang je kot siap ada gambar sebelah perkataan tu. So, jom tengok apa yang dia eja. 




Abjad a-j dah pass dah. Tetiba eja K.E.T.A.M..sebut K.E.R.A.N.G.
Ko hangiin tak?

M.A.N.G.G.A.....jadik E.P.A.L.
Mana aku tak meroyan. Gambar tu rupa epal agaknya.

Ok yang ni aku faham la maybe susah sikit. X-ray...lepas habis eja dengan konpiden dan semangat dia sebut astro...lepas tu dia gelak. Tang ni memang aku pun dah gelak habis-habisan. Dia tau agaknya memang bukan astro tu yang dia gelak awal-awal.


Oklah. Sekolah dah tamat. Nanti lepas cuti kita jumpa lagi ye.

October 17, 2011

Cekelat Ko..k

Hai alls...

Wah..entry kedua hari ni. Bukan selalu pun. Sesaje nak share words baru by Alea dan Bety hari ni. Ok tengok cekelat yang pembalut warna gold tu. Alea dan Bety panggil cekelat kopek ok. Rupa dia macam tetek kan cuma tajam sangat depan dia tu.



Oklah. Good nite everybody. Sweetdream.
Bai.

Eh eh emak saya

Assalamualaikum...


Apa khabar u olls? Sudah lama tidak ketemu ye. Ada rindu tak? Hehehe...
Ni ha nak gtau ma saya dalam paper Sinar hari Sabtu lepas. Gelemer u olls. Mengalahkan artis. Melampau kan haku. Minggu sebelum tu haku tak hengat berapa hb, YB datang umah ma sebab nak bagi sumbangan. Sumbangan kedai ma haku terbakar awal tahun ari tu. Ke tahun lepas ek? Lupa la. Orang lain yang sama terkena kebakaran tu dah lama dah dapat duit sumbangan tu. Ma aku sorang je yang tercicir nama dia. Tapi lambat pun tak per. Dapat lebih sikit..auwww...:)

Sehari lepas YB datang rumah ma beli paper ingatkan ada berita pasal dia. Harammmm. Dah seminggu kejadian baru ada. Ok la tu..at least merasa masuk paper. Ko hado? Non hado...





Setakat itu saja berita yang diterima. Berita akan ke udara lagi jika ada kejadian ye.
Bai.