October 25, 2011

Mari mengeja

Assalamualaikum alls,

Sebelum tu "Happy Deepavali' kepada semua rakyat Malaysia. Kitakan 1Malaysia. Haruslah ucapan ditujukan untuk semua. 

Ok berbalik kepada cerita asal saya nak cerita kat sini. Malam tadi sebelum tido Alea ada suruh saya mengajar dia subjek BM. Saya ni kalau nak ajar budak-budak baru nak kenal ABC memang kesian la. Asik-asik kena marah je la. Memang tidak penyabar. Kena marah tu dah biasa la si Alea ni. Tapi tak pernah nak menangis pulak. Dah biasa kan. Kekadang kena cubit pun ada. Gerammmm. Dah cakap sekali dua stilll salah jugak. Tapi tak serik-serik nak juga suruh mama dia ajar.

So, malam tadi sambil saya pejamkan mata saya suruh dia eja pastu sebut. Senang je kot siap ada gambar sebelah perkataan tu. So, jom tengok apa yang dia eja. 




Abjad a-j dah pass dah. Tetiba eja K.E.T.A.M..sebut K.E.R.A.N.G.
Ko hangiin tak?

M.A.N.G.G.A.....jadik E.P.A.L.
Mana aku tak meroyan. Gambar tu rupa epal agaknya.

Ok yang ni aku faham la maybe susah sikit. X-ray...lepas habis eja dengan konpiden dan semangat dia sebut astro...lepas tu dia gelak. Tang ni memang aku pun dah gelak habis-habisan. Dia tau agaknya memang bukan astro tu yang dia gelak awal-awal.


Oklah. Sekolah dah tamat. Nanti lepas cuti kita jumpa lagi ye.

1 comment:

♥ dak pink said...

lawak je lah. telatah budak kecik mmg comel kan.