December 31, 2010

entry terakhirku...

Assalamualaikum

Baru jer siap taip tajuk entry ni tiba tiba 'pingggg'. Dup! dap! dup! dap!. Exciden!. Setakat kejadian berlaku siapa salah siapa betul belum dapat dikenal pasti. Tapi 3 orang saksi mendakwa seorang budak kecil yang telah melanggar mangsa lalu terjatuh. Pecah semua. Hancur! 

Suspen tak! suspen tak!...mesti korang tak sabar sabar nak tahu kan. Sape langgar sape kan. Sebenarnya pasu umah ma aku yang jatuh. Kena langgar ngan anak buah aku ni ha. Terkojut mak ha. Aku paling ngeri la kalau dengar pasu ma jatuh ni. Bukan apa. Memang kesayangan dia la semua dalam umah ni. Aku la yang jadi cleaner nya. Kenangan pahit untuk ma aku di penghujung 2010. Ngeh!ngeh!ngeh



Entry terakhir pada tahun 2010. 

HAPPY NEW YEAR 2011!!!



ikhlas dari tuan tanah
 


Cepat!!!! pasang niat untuk tahun baru.
Bai.


December 30, 2010

n3 ikan jeruk ikan pekasam...

Krismas dah 5 hari berlalu. Cerita ni pun dah 5 hari la dalam poket doraemon ni. Maklumlah aku nikan blogger terHANGIT. Bukan nak citer pasal sambutan Krismas tapi nak citer pasal kenduri kahwin yang paling grand kat Kelantan. 
Cewah! cewah! cewah! boleh blah!!! Adakukesah!


Kasi intro dulu aktiviti aku pada Krismas hari tu. Ye, kahwin secara besar besaran. 101 pasangan termasuk pasangan orang asli.





Persekitaran tempat kejadian. Ada jual jual lagi you...


Program kawen kawen ni anjuran kerajaan negeri Kelantan sebenarnya. 1st time dianjurkan. Tempatnya kat PUTIK, Kota Bharu. Aku pun tak tau apa maknanya PUTIK tu. Tapi, kalau orang kuat kerajaan Kelantan mesti akan tau. Ni pun 1st time gak aku sampai kat sini. Tempat ni sebelah dengan IPG Kota Bharu.

Pasangan pengantin dapat RM 500 tunai dengan sekeping dinar emas dari kerajaan negeri. Banyak gak la aturcaranya. Ada tu siap boleh g honeymoon kat China lagi you. Semua ditanggung. Manyak syiok maaa. Kena bawak duit banyak2 la.


Jom tengok dalam dewan plak...









Masa ni dah lepas akad nikah semua dah. Sesi bergambar plak. Time ni gak semua orang boleh masuk dalam dewan. Sebelum tu makpak pengantin je boleh masuk. Rombongan kitaorang sebenarnya bertemakan hijau tapi adakukesah sesuka hati aku le nak pakai baju kaler apa. Ada aku pinjam baju korang ke? aku pinjam baju adik aku jer sebab manala aku tau ada tema-tema ni. Sehari sebelum tu je baru tau. Mana nak carik.


Ada gak pameran pelamin-pelamin. Kot kot rasa berkenan boleh lah tempah terus. Tuan kedai sentiasa menunggu dengan senyuman tepi pelamin.
Pelamin ni paling gojes. Merah putih. Tak clear eh pic..

 Abaikanlah pompuan tu..fokus pelamin je


Lepas sudah semua acara masa untuk makan tapi tak koser aku nak berebut-rebut macam makan kat hostel kolej seroja plak rasanya. Pengantin makan ngan makpak diaorang le. Yang bukan pengantin ni tak yah nak sesibuk. Nyah kau. Ada hati nak makan sama. Eh, aku la tu kan. Nasib baik tak sempat duduk lagi. Kalau takkkk aku suh pengantin yang nyah sebab dia yang ajak aku. Sambil2 tu ada la dikir barat, silat dan ntah banyak lagi kot malas aku nak explore tengah panas terik. Aku duk bawah khemah je tunggu drebar g ambik gambar ngan pengantin. Aku? Tak koser nak ambk ngan pengantin. Malas la nak tempek muka tepi pengantin dah sah sah pengantin yang lebih comel. 


Sian pengantin dah last2 baru nampak muka kan. Ni pun gambar dalam fb pengantin. Nak harap aku snap gambar diaorang MEMANG TAK LAAAA (padahal tak leh join ngan pengantin atas pentas)

Budak ni masa dalam dewan duk sibuk ajak keluar sebab panas. Panas weh..econ tak der. Mesia tengah salji kot masa ni tu pasal tak on econ tu. 



Oklah. Blah dulu la u all.
Bai.





December 24, 2010

cubaan pertama aku selalunya menjadi..nak berlagak sikit boleh takkkk?

  

assalamualaikum warrahmatulallahiwabarakatuh....

macam anak dara i yang tengah praktis bagi salam panjang panjang plak. Alea kalau bagi salam tak nak kalah mesti nak kena panjang panjang. Sehari berapa kali duk belajar bagi salam. Tapi mesti salah jugak. Yang tang 'hi' tu sesuka mulut dia jek nak tukar jadi 'bi'. Berapa kali kena jerkah pun macam tu jugak. Biarlah nanti seksok dia g sekolah dia reti la tu.

semalam semalam i try buat puding roti. Roti ari tu ada lebih jadi boleh la buat. 
Cuma saya modified tambah koktail je. 
Sedap! Sedap! Sedap!

Ma i adalah pengkomen bab makanan. Dia kata tak cukup telur ni. I buat telur 2 bijik je. Ma i kalau buat puding kalau telur tak der 10 bijik memang tak sah. 1st time buat ni. Nanti lain kali kena tambah telur banyak sikit.



Oklah. Tu je nak cakap. 
Bety duk pot pet pot pet tepi telinga ni nak g dapur tapi takut padahal baru bangun tido ni. 
Dia mesti pekena air milo dulu pepagi.
Bai.

December 16, 2010

top model 2011...boleh?

dewi remaja sekarang ni dah masuk tv eh...? kalau dulu glamer dalam majalah je la. tapi semuanya seksa seksi aku tengok. cantik memang cantik. muda remaja lagi bergetah. 

ha...ni aku pun ada gak sorang awek cun ni. dia ni memang berbakat besar wei. cun tu toksah kata la memang kalah la ratu dunia. lagi pulak sopan santun. model muslimah ni. ada tak mana mana agensi modeling yang ada job boleh kasik terus kat dia. sure! memang akan puas hati la kalau guna khidmat minah cunnn ni.

bukan calang calang ok...




drum rolllllll!!!!!!






jeng jeng jeng








amacam? sape mau lawan ada beran? ni lah keje aku sejak tak der keje ni. dapat pulak anak yang sorang suka jangok sorang lagi suka makan. ha elok elok...






korang...jangan konpius ek. ni memang boy tapi sebab dah aku tak der keje ni la hasil kretibiti aku..muahahaha..memang zalim la dapat maksedara macam aku...
kahkahkah...

eh! cun kan?


Dah lama eh aku tak update. bukan apa...anak2 gadisku pantang aku bukak laptop nak tengok cerita upin ipin la...ipin ipin la(versi bety)...sehari 10kali duk play again...bayangkanlah bila masanya aku nak update.
oklah. Bai.

December 4, 2010

finally

tamat sudah episod hidup untuk tahun ni. last paper petang tadi tapi rasa macam
last paper dari minggu lepas lagi sebab bajet terer dah. tak study langsung. 
paper politik je pun...kacang je...gila berlagak. tak der lah. aku study gak tapi
tak der lah sampai tak tido tak makan. pulak tu sempat lagi posing sebelum masuk bilik exam...korang ada. orang lain duk tepi2 tangga baca apa yang patut sebelum masuk 
exam tapi kamiorang ni...kan dah kata tadi bajet terer. layak panggil bilik jer 
sebab exam dalam bilik kuliah. tak der makna dewannya...






muka muka tak sedar diri...



terus oku lepas habis exam


ok. sape oku sebenarnya ni


p/s: wah wah ini tidak adil. orang lain semua dah angkut beg balik kampung. tak pernah berlaku pada aku ni. orang lain dah lawan tokey nampak. tinggal sayang tinggal pujaan. esok aku pun nak blah dowh.

ok.
Bai.
End of story.

December 1, 2010

masyaAllah mengucap panjaaannggg mak kau kalau tengok ni...

hai! hai! nite! nite!

weh korang nasib baik aku tak kena sakit jantung tadi. ni semua pasal baca entry en bambam *sesedap je gelar kat orang ye* sorry ye tuan blog. okeh. blog mazidul akmal sidik tu la. pastu ayat dia aku tak baca abih duk gaduh nak tekan link yang dia bagi...sekaliiiiiiiii makkk kauuuu...terus sentap deq non...kalau nak tahu korang kena tekan gak la 
link yang dia bagi tuh...


aku tak tahu pun ada blog blog yang haram macam tuh. serius hari ni baru aku tahu...maklumlah aku kan ahli baru blog blog ni. kalau nak tahu klik sendiri la. malas aku nak eleberrek *bak kata pensarah aku, tapi kena buat slang kelate ye baru jadi...coba korang buat kelakar gila dengar bi di kelate kan tapi time dia cakap tu mood dia tengah hot ma!!! so tak bleh la aku nak gelakkan dia*


aku rasa bajet tahun depan kerajaan kena buat elok2 la. aku sokong la kalau tetiba kerajaan umumkan 'Belanjawan 2012-peruntukkan RM.. billion untuk buat hospital bahagia'. pasal apa korang tahu. sekarang ni dah ramai dah rakyat mesia ni dah sewel. kan semalam punya kes wanita pegnen kena tendang perut ngan pak guard kan. tau tak ni...kalau tak tahu sah memang korang tak baca paper arrr *gogel kosmo online sekaraannngg*. dan satu lagi fakta yang bleh dipercayai la...golongan yang antara teramai yang terpaksa menelan ubat gangguan mental ni adalahhhhhhh...............teringat cerita P.Ramlee la pulakkk.......

'ni huruf apa ni Pak Mat....'
'ni senang saja ni CIKGU.., ni huruf M'

ha...cikgu cikgi la antaranya yang selalu pergi hospital ambil stok ubat sakit 
mental sebab dapat student yang pelik2...
alamakkkkkk!!!!



ok ok no komen!!!
Bai!




oh cerita melayu memang macam tu pesennye

semalam kan aku berjaya jadi setan penggoda yang berjaya sebab dua orang housemate aku berjaya menjadi mangsa nafsu kewesternan aku malam semalam. tetiba tembolok aku rasa nak makan ciken cop kan nak buat macam mana. tapi pening2 loya2 tak terasa lagi la pulak..errrk? 



sekarangkan dah jadi blogger..haruslah kena posing dulu
errkk...ada makhluk encem la kat belakang. makhluk tu excelli classmate aku. nama dia Puniaradja. ada saper nak berkenalan. dah tiga tahun kitaorang bersama..cewah ayat bersama tak tahannnn...tak la maksud aku kitaorang kenal as a classmate tapi tadi baru aku perasan yang sebenarnya....errmmm sebenarnya...aishhh..nak cakap takkk ni...sebenarnya Raja ni encem weiii..boleh!!!ok dah...malu malu. 







see...how lapar i am kan...licin zap zap sekejap je


budak dua orang tu tak abis...jangan nak kata aku makan banyak okeh. diaorang dah makan nasi pagi tu, pastu pukul 5 makan nasi lagi...maunyer tak kenyang. aku makan nasi kul 11 tu je...tapi kalau timbang konfem berat aku nih. ada ku kesah apa ku kesah.


balik rumah layan abang asmara ku...ngeh ngeh ngeh..tak tau plak last episod. tapi ending ramai yang tak puas hati. budak budak ni semua frust sebab asmara tak terus hidup ngan zaliya. pastu boleh pulak eh buat2 tipu mati. masa si zaliya tu mati masa nak urus jenazah masa nak tanam si asmara tu tak der ker. macam mana boleh tak tahu yang kena tanam tu orang lain. see! very very tak logik kan. emmm..standard la cerita melayu kan kan kan. tapi kekadang citer mat saleh pn ada gak cam tu. kalau tak takkan la aku boleh tido dalam panggung masa tengok citer charlies angel. lepas tu memang aku tak minat dah tengok movie dalam panggung. baik aku beli cd 5 hengget tengok kat umah. kalau kau rasa nak g 
 dapur kau pause kejap. pastu sambung balik.


aku sebenarnya suka lagu dalam citer asmara tu. yang intro dia ada violin tu. 
dah lama cari tapi tak jumpa2 jugak. malam tadi try cari lagi...
yessss!!!jumpa...lagu tu tahun 2006 lagi...kalau tak kerana asmara 
memang aku pun tak tahu lagu tu.


jom layan...

..................................
...................................................
terangkai bunga tanya
cinta murni adanya
tapi kekasih pun tiada 
muncul hapus rinduku


auuu!!!
best je dengar violin tu 
kan kan kan...


my sista kat kampung nuh suruh cari lagu sixth sense. hari tu dia bagi tajuk lagu salah memang takkan jumpa la. pastu kat sini aku dah jumpa dah lagu tu. boleh dia suruh aku hantar mesej lagu tu...blur sekejap aku nak pikir. tak pernah2 aku buat hantar lagu ngan mesej. ke boleh eh...ke aku jer yang tak tahu boleh hantar macam tu....entah...malas nak pikir arggh




oh gojesnya singer dia...

Okeh la. cau dulu la.
Thanks ya.
Bai.