December 30, 2010

n3 ikan jeruk ikan pekasam...

Krismas dah 5 hari berlalu. Cerita ni pun dah 5 hari la dalam poket doraemon ni. Maklumlah aku nikan blogger terHANGIT. Bukan nak citer pasal sambutan Krismas tapi nak citer pasal kenduri kahwin yang paling grand kat Kelantan. 
Cewah! cewah! cewah! boleh blah!!! Adakukesah!


Kasi intro dulu aktiviti aku pada Krismas hari tu. Ye, kahwin secara besar besaran. 101 pasangan termasuk pasangan orang asli.





Persekitaran tempat kejadian. Ada jual jual lagi you...


Program kawen kawen ni anjuran kerajaan negeri Kelantan sebenarnya. 1st time dianjurkan. Tempatnya kat PUTIK, Kota Bharu. Aku pun tak tau apa maknanya PUTIK tu. Tapi, kalau orang kuat kerajaan Kelantan mesti akan tau. Ni pun 1st time gak aku sampai kat sini. Tempat ni sebelah dengan IPG Kota Bharu.

Pasangan pengantin dapat RM 500 tunai dengan sekeping dinar emas dari kerajaan negeri. Banyak gak la aturcaranya. Ada tu siap boleh g honeymoon kat China lagi you. Semua ditanggung. Manyak syiok maaa. Kena bawak duit banyak2 la.


Jom tengok dalam dewan plak...









Masa ni dah lepas akad nikah semua dah. Sesi bergambar plak. Time ni gak semua orang boleh masuk dalam dewan. Sebelum tu makpak pengantin je boleh masuk. Rombongan kitaorang sebenarnya bertemakan hijau tapi adakukesah sesuka hati aku le nak pakai baju kaler apa. Ada aku pinjam baju korang ke? aku pinjam baju adik aku jer sebab manala aku tau ada tema-tema ni. Sehari sebelum tu je baru tau. Mana nak carik.


Ada gak pameran pelamin-pelamin. Kot kot rasa berkenan boleh lah tempah terus. Tuan kedai sentiasa menunggu dengan senyuman tepi pelamin.
Pelamin ni paling gojes. Merah putih. Tak clear eh pic..

 Abaikanlah pompuan tu..fokus pelamin je


Lepas sudah semua acara masa untuk makan tapi tak koser aku nak berebut-rebut macam makan kat hostel kolej seroja plak rasanya. Pengantin makan ngan makpak diaorang le. Yang bukan pengantin ni tak yah nak sesibuk. Nyah kau. Ada hati nak makan sama. Eh, aku la tu kan. Nasib baik tak sempat duduk lagi. Kalau takkkk aku suh pengantin yang nyah sebab dia yang ajak aku. Sambil2 tu ada la dikir barat, silat dan ntah banyak lagi kot malas aku nak explore tengah panas terik. Aku duk bawah khemah je tunggu drebar g ambik gambar ngan pengantin. Aku? Tak koser nak ambk ngan pengantin. Malas la nak tempek muka tepi pengantin dah sah sah pengantin yang lebih comel. 


Sian pengantin dah last2 baru nampak muka kan. Ni pun gambar dalam fb pengantin. Nak harap aku snap gambar diaorang MEMANG TAK LAAAA (padahal tak leh join ngan pengantin atas pentas)

Budak ni masa dalam dewan duk sibuk ajak keluar sebab panas. Panas weh..econ tak der. Mesia tengah salji kot masa ni tu pasal tak on econ tu. 



Oklah. Blah dulu la u all.
Bai.





No comments: