September 29, 2010

eh tak tido lagi

 
gilo comel natang ni. anak sape la ni.



sejak dua menjak ni selalu sangat leher aku terpeleok...crak crak crakkkk.  hahaha gitu ke bunyinye.  sakit wo.  orang kata salah bantal eh.  mana hok salah tak tau la.  tido macam kambing nak salahkan bantal pulakkk...tak pernah tengok ah kambing tido...lembu bersantai pernah arrr .  biarla...lepas ketuk2 skit leher tu tak makan saman jugak. ketuk lagiiiii...memang dasar degil...buat dunno 2 3 hari pun rasa lagi...last sekali kaedahnya buat tak ingat langsung baru la tak rasa sakit. dah buat tak ingat memang la tak ingat sakitnya.  

okeh.  nak citer pasal karektor orang2 tido dengan bantal nih.  cepat ingat macam mana korang tido.  jom jom jom...

 1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal


Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal


Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan
berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki


Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal


Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal


Kasihan betul... pergi kedai belilah satu 



cepat mengaku korang nombor berapa.  aku? tak mainla nombor sa ni. mestilah nombor yang melambangkan ketamakan. dah tentulah tak de ngok...padahal malu nak bagitau no 1.  oppsss...sebab tu lah ada pepatah melayu terlajak motorboat boleh undur, terlajak taip tak reti-reti nak undo...kan semua orang dah tahu...again...semua orang? mana nak kumpulkan SEMUA ORANG ni...

aku pun tak tau kesahihan kesorehan kajian personel ni sebabbbb aku kopi pasta emel yang member aku pos.  kalau salah korang salahkan kawan aku ye...hahaha...

okeh. nak tido dengan lena la sebab dah pukul 2.17 am.  tiba-tiba teringat plak citer kolej seroja dulu2.  satu dah tido, dua dah tido...tiga?  gila seriau bulu roma aku...

ahhh...gilo ar hanger ni. time ni la nak jatuh pulok...tido selimut sampai kaki la jawabnya jap lagi...


cau cincau...





 

September 26, 2010

weh hari ni dah 17 Syawal

Rasanya cam nak sambung entry yang perlu disambung tu.  oh ok.  memula saya nak tunjuk rupa tembikai yang cantik yang boleh di makan dengan kulit sekali.   entry ni saya dah cerita pasal benda ni. ok ok sila klik ye. kali ni saya dapat tunjuk gambar sebab masa raya ari tu benda ni ada. sekali lagi saya bagitau resepi ada di sini.



ada rasa geram tak? nak lagi...

buah tanpa pembaziran hijau pun boleh makan.

Malam raya tak buat apa-apa kek pun kecuali kek gula hangus yang dibikin oleh ma dan adik saya sebab ada tempahan tapi sayang gambar tak ambik sebab masing-masing kepenatan. Resepi tak terasa nak mintak tak tau kenapa mungkin lain kali saya mintak dan saya letak kat sini.  Jadi, seminggu lepas raya barulah saya buat kek kematian ni yang saya ambik dari EMG  ni.  Marbeles la resepi ni. Sila cuba rugi kalau tak try cuba test buat.


Strawberi tak do

ni pinggan anak saya


Raya tahun ni juga saya kena jadi nurse kan.  Jadi tugas saya adalah menyediakan makanan yang enak dan berkhasiat kepada seorang ibu yang sedang berpantang tapi boleh makan popia goreng setengah balang sebab biskut raya lain tak boleh makan. Tapi kek ni di belasah jugakkk...yang saya rasa spesel sikit la adalah nasi ni la sebab saya bagi nama nasi goreng halia.  Hari-hari lain makan ikan bakar, ayam goreng tak pon kalau nak sedap sikit saya buat sup ayam.  Senang. Anak2 saya pun boleh makan sekali. Hehehe.. tapi nasi ni pun anak saya boleh makan jugak dan saya pun melantak sekali sebab sedap la weh...



air untuk saya

okeh. sudah sudah. rasa nak tido padahal baru bangun. baru hajat nak buat kerja baru siap satu perenggan da rasa mengantuk. tak sedar diri kena buat 10page pun masih berrileks lagi. kawan-kawanku adakah korang pon sama sehati sejiwa? itu saya amat pasti sekali.   

have a nice day readers...readers? readers?

dah mandi ke belom?

Hari ni hari ahad. Hajat dihati nak buat assemen sebab banyak nak hantar minggu depan.  Tapi bila dah online ni apa nama assemen lagi dah.  Rajin la pulak nak update belog ni.  Kenapa ye?  Mungkin semua syaitan dah terlepas kot.  Ada la yang bergayutan di sana sini tu.  Ok ok jom kita baca pasal mandi. 

KAJIAN berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.


Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya:

Mengeluarkan racun
: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk
: sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.


Jangkitan kulit
: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.


Selesema dan sakit kepala
: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis  minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.


Insomnia
: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

sila ambil towel pergi mandi sekarang.









September 24, 2010

anganku musnah

malas lagi nak sambung entri raya. tunggu la. raya kan sebulan. semalam kan. sebenarnya hajat dihati sangatla besar bersama kawan-kawan untuk berjimba-jimba di Ipoh. hajat untuk ke Ipoh memang dah tercapai dah semalam. tapi semalam punya cerita jugak bukan setakat BANDARAYA Ipoh sahaja yang kami pergi tapi kami juga telah menghala dengan jayanya ke tg rambutan. memang makan buah langsat la semata-mata nak cari tempat makan yang happening la konon. rasanya orang Ipoh akan gelak guling2 kalau tahu kami memang nak sangat pergi Ipoh. hajat nak makan angin telah tercapai dengan jayanya

September 23, 2010

bermulanya perjalanan...

yeha yeha...sudah kembali ke pangkal jalan setelah hampir sebulan bercuti secara haram...hahaha. bermulanya percutian untuk hari raya dengan cuti untuk jadi escot, baby sitter dan juga mak bidan nurse. nurse la sangat. jadinya, aku balik sekali harung je...semua jimat. 

baby sekarang. umur 7 hari dah mampu naik flight
selaku pengiring diraja yang mengiringi kepulangan anak perantau yang nak beraya di kampung sambil berpantang. akhirnya kau kutinggalkan jua...hahahaha. selamat berboringan.



kesedaran yang tinggi untuk beraya memang sentiasa ada. semangat untuk berbiskut raya memang tengah rajin. soping barang2 untuk raya harus ler. tapi, biskut raya tak beli pon sebab memang niat dihati tahun ni na buat sendiri. tahun pertama buat biskut raya sendiri. biasanya buat kek je. maklumla cuti secara haram banyakkkk sangat...so adala masa nak test buat. buat siang hari. yang tolong ngetest biskut raya adalah mak yang sedang berpantang.


dekat nak balik baru sebuk nak duduk dalam troli.


lepas balik soping. siap mengigau lagi

bila semua bahan2 dah ada apalagi kita mulakan operasi malam tu jugak. biskut pertama adalah tart nenas. resepi dalam internet. first time buat. akhirnya dapatla satu balang. rupe dah cantik da. semangat untuk buat memang berkobar2 sebab tu biskut ni dulu yang dibikin tapi biskut ni jugakkk la yang masih ada lagi sampai hari ini.





asalnya aku nak buat biskut yang marbeles ni. yang pro pun boleh menangis aku yang separa pro ni tak tau la macam mana keadaannya nak siapkan biskut ni. jadik, aku inovasikan resepi ni. still guna resipi ni tapi rupa dah tukar. jeng jeng jeng...


wahahaha...setelah dimodenisasikan. inilah dia tart strawberi. ada kelas. amacam? mau cuba ka? tapi, biskut ni kiut skit dari tart yang sentiasa hangat dipasaran. tak tau la mana silapnya tapi rasanya memang meletup ler.

last sekali kerajinan aku berakhir dengan angan-angan dengan bunga yang macam ni. tapi naper aku punya macam penyek jeh. rata je. resepi dah sama dah. siap beli mentega yang berkualiti tinggi lagi. nak tengok macam mana rupa bunga pesen baru? nah ambik...

apo kono ni?
bila dah dua kali bakar rupanya tetap sama macam ni je...sekali lagi proses inovasi dilakukan. rupa dahlia dah jadi macam rupa emmmm...ntah..

ngahahaha...dahlia kena sumpah
resepi ni memang sedap. buktinya. biskut ni dah tak boleh ditambah dah dalam bekas biskut raya sebab dah habis. warna dia memang cantik. terima kasih tuan punya resepi.

sesi kek raya pula sempat buat satu jenis je. tu pun buat ari kamis. kalau nak tunggu buat malam raya memang tak buat la jawabnya. tu pun ma suruh buat kek coklat malam raya tu tapi pukul 11 malam dia dah tumbang dah. apa nama nak buat kek. mana syok buat sorang2. nasi impit pun ma lupa nak penyetkan. resepi kek ni saya dapat dari seorang pensarah upm masa wat praktikal ari tu. resepi ada kat sini





ps: sejak dah reti berlink2 ni asik2 link aje.

okeh...nanti sambung balik ye...nak pergi berjimba jimba