July 23, 2014

25 Ramadan



Assalamualaikum...
 Entry kedua untuk ramadan tahun 2014 kot. Gila pemalas MH ni kan? Bahan banyak tapi malas campur laptop rosak. Tak boleh nak transfer gambar. Redho. Ni pun update pakai tablet je. Gambar ciput bolehla guna tablet ni. Kalau bersusun nak taruk gambar tak 'naik seh' la nak update belog usang ni.

Semalam kan gaji dah masyyuukkk. Pi la bayar segala macam bil. Dalam banyak2 bil tu, tnb la paling akan ku kenang ke akhirnya.

Ni ha kita dapat benda ni.















Sweet je kan. MH selamatkan 2 biji. Satu Betty makan. Lagi satu tak tau sape. Tengok2 tinggal bekas je.

Kita ada lima hari lagi puasa kan.

Selamat berpuasa ye.







July 6, 2014

Salam Takziah

Assalamualaikum...

Ramadan pertama jam 4.00 pagi.
Sedang dalam mamai berusaha untuk bangun menyediakan juadah sahur, S3 usang MH berbunyi menandakan ada satu pesanan baru masuk. Tanpa berlengah MH membuka pesanan itu 
dan perasaan MH pada ketika itu bercampur baur dengan pelbagai rasa. Terkejut. Kelu. Sedih. Semuanya ada. Seorang rakan di tempat kerja yang MH panggil sebagai Kak Na telah menyatakan bahawa cikgu Nordin telah meninggal dunia jam 9 malam tadi. Al-Fatihah. Subhanallah. Sungguh indah perancanganMu. Arwah meninggal pada 1 Ramadan. 

Semua warga sekolah MH kira amat terasa dengan 'kehilangan' arwah memandangkan arwah seorang yang suka bergurau dan suka membuatkan orang lain ketawa. MH sendiri pun pernah beberapa kali 'terkena' dengan gurauan arwah.  MH langsung tidak menyimpan apa-apa rasa akibat 'kenaan' itu kerana MH tahu arwah memang suka bergurau.

MH tidak sempat untuk menziarahi arwah ketika arwah berada di hospital. Mengikut perancangan MH, ramadan ke 5 MH mahu pulang ke kampung dan ketika itulah MH mahu menziarahi arwah. Namun, kita hanya manusia. Perancangan Allah lebih sempurna. 

Ramadan ke 7.
Satu Malaysia dikejutkan dengan pemergian Biduanita Sharifah Aini. Jujurnya, MH kurang meminati allahyarhamah namun masih boleh 'melayan' kagu-lagu yang dinyanyikan arwah. Mungkin perbezaan zaman yang ketara membuatkan zaman MH kecil dahulu tidak didedahkan dengan lagu-lagu nyanyian arwah. MH juga kurang mengikuti keadaan arwah tetapi apa yang Mh tahu arwah memang sedang sakit. Sakit apa? MH tidak ambil peduli. Setelah mendapat berita tentang pemergian beliau barulah MH 'google' tentang arwah.

MH kongsikan di sini untuk sama-sama kita ambil pengajaran agar kita tidak ambil mudah tentang kesihatan dan keadaan sekeliling kita.




Ramadan ke 7
Dalam pada seluruh Malaysia bersedih dengan pemergian Allahyarhamah Sharifah Aini, sekali lagi kita dikejutkan dengan berita pemergian anak kepada Linda Rafar. Al-Fatihah. MH merupakan 'follower' instagram Linda Rafar. Serba sedikit MH mengikuti perkembangan anak Linda Rafar, Memen. Anak remaja berumur 12 tahun. Ya Allah, syurgalah tempatmu.
Arwah telah selamat dikebumikan tengah hari tadi. Kelihatan Linda Rafar sekeluarga tabah menerima ketentuan Ilahi.

Petikan dari Sinar Harian.

ANAK lelaki pelakon Linda Rafar, Rezaimen Keiflin, 12 meninggal dunia hari ini akibat ketumbuhan kronik dalam perut sejak awal tahun ini.

Linda memaklumkan pemergian Rezaimen melalui laman sosial Instagramnya, kira-kira jam 6 petang tadi.

Linda memuat naik gambar anak lelakinya itu dengan kapsyen, “Al-Fatihah. Moga anak mama tenang di syurga ALLAH.”

Dua hari lalu, Linda sempat meminta agar pengikut-pengikutnya turut mendoakan kesembuhan anaknya itu.

“Assalamualaikum semua. Pada bulan Ramadan ini saya minta jasa baik sahabat semua bacakan beberapa surah al-Quran dan doa untuk adik Rezaimen Keiflin dan selepas itu, berdoalah apa supaya sel-sel kanser dalam badan adik Men berkurang,” katanya.





Al-Fatihah.

July 3, 2014

"Segmen: Cik akak mencari bloglist julai 2014".

Salam 5 Ramadan muslimin dan muslimat semua,

MH kan suka nau bw tp MH jarang tinggalkan jejak. Semalam masa sahur MH bw lagik. Jumpalah satu blog cik akak ni buat segmen untuk merapatkan silaturahim antara blogger semua. Jom kita join segmen ni nak.

 

Sesiapa yang minat nak join jugak tu boleh terjah blog Cik Akak KAT SINI YE. 
 Bulan ramadan ni elok benar la kita merapatkan silaturahim tu ye. Kang raya boleh datang umah ye cik akak.

Okla...Korang karang la dlu entry tu. MH nak zzzzz kejap.
 Bai.







June 28, 2014

29.6.2014






Esok dah puasa ye uollss.
Malam ni terawikh.
Pagi esok sahur.
Bangun pagi jangan buat2 lupa lak buka peti ais togok air.

Dugaan hebat sangat ni musim panas ni.
Pesan MH minum air banyak2 masa sahur tu.
Biar kembung peyut tu.
 Tak per.
Peyut korang bukan peyut MH.
Hahahaha.
Okla. Bai.

Selamat Berpuasa.

June 5, 2014

Masak lomak cili api

Assalamualaikum...

Boring kan cuti panjang2 ni. Tak tau nak buat apa. Perasan boring. Padahal kerja menimbun. Kerja sekolah pun ada lagi yang tak siap. Time cuti cenggini MH tak der kerja lain selain daripada gugel resepi. Bila dah dapat yang sesuai mulalah nak try. 

Hari ni MH masak lemak cili api ikan kerisi. Tak pernah buat pun lagi sebelum ni. Buat stail orang negeri sembilan masak tu. Tak payah masuk bawang tu. Lepas tu letak cili banyak-banyak. Tapi MH letak 4 biji je cilinya. Takut kang duk ulang alik keluar masuk tandas je. MH ok lagi..yang tak tahan pedas tu somi ha..kalau letak 10 biji tak tau la macam mana. MH dengar orang nogori smp berpuluh puluh biji letak kan?

Pernah gak rasa orang nogori masak. Memang pedas.





 Emmm...serius sedap weh..dah tau rahsia masak lemak ni ari2 la gamaknya nak makan macam ni.

Oklah bai.


June 2, 2014

Dapat jugak

Assalamualaikum...

Selamat bercoti sekolah untuk students dan cikgu2. Cuti sekolah bagi MH adalah masa untuk makan banyak2 lepas dah kenyang tido lagiiiii. Dah namanya cuti kan. Tak der apa nak buat. Ari khamis minggu lepas balik kampung. Baru sampai ke tempat mencari rezeki ni malam tadi. Rasa tak boleh tinggal umah lelama. Risau. Kan sekarang ni banyak kejadian pecah rumah. Walaupun rumah MH tak der la barang berharga tapi buatnya di angkut tv, peti ais, mesin basuh tak ker hazab MH nak membeli baru semua tu. Makan tahun plak nak penuhkan isi rumah. Lagipun masih ada keje yang tak siap kat sini sebenarnya.





Aritu MH ada try anta untuk sampel percums tumix ni. Sesaja try anta. Tak mengharap pun untuk dapat. Sekali....3 peket dapat. Wow. Lepas ni boleh try masukkan tumix ni dalam masakan dan boleh hantar peraduan dan menang rm100000 okeh. Korang nak? Bukalah tumix.com tu dan klik untuk sampel percuma dan isikan maklumat diri je. Dan tunggu abang posmen anta depan umah.

Oklah..MH nak tengok cerita sarafina lepas ni.Bai.



May 29, 2014

Random: Foods

Cerita hari semalam. Bawa bekal utk anak2 kat sekolah. Ada upah untuk student yang rajin pegi kelas tambahan semalam. Alhamdulillah. Licin.



Ada satu petang tu kami pegi jalan2 kat area rumah sewa lama kami. Pakcik tepi umah jiran kami dulu tu panggil srh ambk buah mempelam@pauh. Syurga. Banyak gillss dia bagi. Ambk je byk mana kitaorng nak. Tapi kena panjat @ kait sendiri la. Somi panjat. Ada yang kena peram dulu. MH macam tak caya sebab dapat ambk buah pelam yg MH suka makan direct dari pokok. Selalu duk beli je. Pelam siku raja plak tu. Org kelate mesti tau la keenakkan buah pelam siku raja ni.



 Breakfast bila ntah. Yang pasti breakfast ni memang marbeles ar. Nasi kerabu ayam bakar. Beli kat kedai.



Cotton japannese cheese cake. Homemade. First time buat. MH ni penggemar cheese cake sebenarnya. Tapi yang ni macam tak suka la rasa dia. Kalau beli kat kedai best je rasa dia. Malas da nak buat kek ni. Baik beli je confirm licin.



Biasa petang2 kalau rajin sangat uli la kuih2 yang senang bangat dan sedap ni.



Nuget Alea dan Bety. Kalau bendalah ni ada dlm peti ais memang tak tenang hidup MH. Asyik nak makan ni je. Kena goreng pastu MH malas nak masuk dapur ha acaner tu. Kekadang tu Alea goreng sdri je. Time rajin toksah cerita la. Mcm ni la jadinya siap ber'love' bagai kan.



Bento MH. Kekadang je berbento ni. Selalu makan kat kantin je. Anak-anak taknak bawa bekal pi sekolah. Naseb baik. Tak yah la MH bangun awal pagi nak bersilat kat dapur.



All time feveret. Megi. Masaklah macam pun memang sedap kan. Setuju?



Assalamualaikum...Morning...M
 MH kan kalau time cuti memang tak dapat tido lelebih. Takat pukul 8.45 pg je. Kalau ikutkan mata mmg layu lagi tapi ada si pengacau kat tepi telinga.

Bety memang bangun awal pagi. Pastu duk berzikir tepi telinga MH cakap lapar lapar. Selagi kita tak bangun selagi tu la dia duk berzikir. Kacau.

Terpaksa bangun dan bagi dia makan barulah aman donia. Pastu kang pukul 10 pg berzikir lagi. Lapar lagi. Dia makan nasi je. Benda lain dia kureng skit.

Oklah..nak get ready masak da ni. Kena masak awal kang tak blh duduk tenang2 kalau tak masak.










May 28, 2014

Cadbury kan dia tu

Gambar cilok dari fb sape ntah. Tapi memang kelakar la budak ni. Ada tragedi itam agaknya dengan ex dia tu yg nak marah sangat tu.

Selama ni dah berapa banyak MH makan cekelat ni. MH ni mmg taksub ngan cekelat ni. Kalau beli mesti yg hazelnut tu la. Masyaallah. Tipah tertipu nyah.

Emmm lepas ni nak makan cekelat apa plak ni. Da takut dah nak makan.

Jom kita pakat boikot cadbury.



March 26, 2014

Niat. Itu yang penting.

Assalamualaikum...

Huishhh lama jugak MH tak bersiaran kat sini. Bahan ada tapi masa tiada. Ada masa badan plak letih longlai. Badan sihat masa ada, line slow melow plak. Banyak kekangan kalau untuk sesuatu yang baik dan berfaedah kan. 

Sejak selalu bw kat blog mama si kembar ni, MH selalu berangan-angan nak hijaukan dan warna-warnikan area umah dengan pokok2 yang cantik2. Try la uolls terjah blog kak zu tu. Berangan-angan je pun. Bukan kena bayar pun kan. Hehehe...

Start dari tu, MH pun ada la jugak tanam skit2 sayur ngan bunga ros.

Meh nak tengok.


Nak masak asam pedas. Petik je.



Nak bubuh lam sup, megi goreng, nasi goreng, nasi air...ambik je..
Sangatla tak mengghairahkan pokok bawang MH ni kan...



Pokok tomato. Yang ni tak menjadi. MH pindah rumah MH tinggalkan terus. Tak der tanah yang sesuai nak tanam. Hopefully lepas ni menjadi la projek tanam menanam MH ni.


Ok. 
Bai.

March 16, 2014

Testing

Assalamualaikum...

Saja je...tengah mengetest guna app blogger..
Ye..baru nak try okeh...

March 2, 2014

M.A.C

Assalamualaikum...

MAC bukan produk bedak2, blusher2 ngan lipstik tu ye..Ni pasal bulan Mac. Dah masuk bulan 3 2014 da. Sedar tak sedar je kan. Sekejap je.

Jap lagi kan nak puasa nak raya. Pastu raya haji bagai...Aduhaiiiii....bila teringat raya pening pala terus. Raya kan nak pakai duit banyak. Lagi2 tahun ni anak buah bakal bertambah 2 orang kan....

Dah. Tak mau pikir dah. Buat pening je.

Haishhhh. Masa ni la nak layan lagu Kalau Aku Kaya...

Ok. Bai.
















February 21, 2014

Rajin

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua.
Minggu lepas hari jumaat rasa macam sekejap saja.
Sabtu sekolah ganti.
Tak sempat nak buat apa pun.

Minggu ni ha ambek kau.
Plan nak masak macam2.
Kita tunggu je la.

Ni cerita Betty.
Budak ni dah darjah 1 da.
Tak sangka senang je nak gi skul.
Tak yah tunggu2.
Minggu pertama sekolah je kena hantar ke kelas.
Lepas tu dah boleh lepas dia ngan kakak masuk pagar skul berdua je.

Kekadang tu malas nak gi skul.
Bikin MH hot je.
Tapi, MH dah tau kelemahan dia.
HANGER!
Kalau dia nangis tak nak g skul.
MH pegang HANGER je terus slow down suara.
Kekadang tu bukan setakat pegang je.
MH libas ngan hanger pun dah.
Geram sangat.

Ada satu hari tu MH jemput balik dari skul.
Masuk kete dia terus citer pasal kawan dia.
Nama Syafikah (ejaan x tau la betul ke tak ni)

Bety : Mama! Saing (kawan) adik nama Syafikah tu cikgu tanya dia 1+1 dia jawab 60.
Mama : Hahaha! (Memang gelak tak hengat la MH pun)

Bukan nak ketawakan budak tu.
Tapi cam comel je.
Budak2 kecik kan.
Sampai ke 60 dia jawab.

MH tabik arrrr ngan cikgu2 yang ajar darjah 1, 2, 3 ni..
Sabar sangat.



Selalu je balik sekolah terus buat keje rumah. Kekadang MH pun malas nak layan. Kita pun baru balik jugak mana nak masak nak mandi semua kan.

Petang skit bila kakak dah balik kena gi mengaji lak. Baik siapkan terus.



Kekadang pemalas gak ni. Baru tulis tak sampai 1 baris pun. Macam2 alasan. Sakit perut la, lapar la, sakit gigi la.



Okla...cerita untuk hari ni.
Bai.


February 17, 2014

Kek Lumut

Assalamualaikum...

Memalam macam ni update pasal kek...tak ker haru biru yang terliur nak makan kek ni memalam buta kena cari bahan2. 

Tapi, bahan2nya senang bangat aje. Basic je.
Resepi asal kat SINI (KLIK)

Korang boleh copy and try buat ye.
Malas la plak MH nak tempek resepi dia kat sini.
Korang KLIK je.

Rasa dia ok la.
Cuma bagi MH manis skit kalau betul2 ikut resepi tu.
Kalau korang tak nak manis kurang gula tu.
MH boleh plak lupa nak kurangkan.
Biasanya kalau ikut resepi baru MH akan kurangkan.
Kek ni sedap kalau makan masa panas2 tu.








Amacam? Ada rasa nak buat malam ni jugak ke?
Buatla korang.
Boleh bawak pi kojo esok kan.
Okla. Bai.

February 8, 2014

Gong Xi Fa Cai ma..

Assalamualaikum..

Semalam hari ke 9 tahun baru cina kan. Patutla malam tadi pom pom pom bunti bunga api yang chinese selalu bakar tu time raya cina. Hari ke 9 adalah hari untuk menghalau hantu ikut kepercayaan orang cina. Orang cina ada 6 hari lagi nak raya tau. Diaorang raya 15 hari okeh.

MH pun dapat tempias limau sekotak ye sebelum raya cina aritu. Murah rezeki. Kembung perut makan limau. Penuh peti ais.



3 hari je licin terussss.
Ok.Bai.

February 7, 2014

Cuti cara kami #2


Assalamualaikum...

Siri 2 aktiviti masa cuti.
Kita tengok berapa lama boleh bertahan dengan siri-siri ni.
MH memang macam ni.
Semangat kejap je.
Bak kata Awie 'Ini semua poyo'.

Dah lepas masak-masak, kemas umah semua, masa untuk MH pulak.
Camni la caranya membelai muka.
Puiiii.
Mask ni dapat free masa MH beli online masker strawbery Naura Kay.
Gambar tak der la plak. Lenkali eh.



Best pakai mask ni.
Sejuk and bau stroberi.

Ok.Bai.

February 4, 2014

Cuti Cara Kami #1


Assalamualaikum..

Cuti kali ni MH tak blk kg pun. 
Muhasabah diri sendiri dan anak-anak.
Belajar untuk redha.
Tempat kami di sini.
Cewahhhh.

Bukan apa. 
Sebenarnya MH nak ajar anak-anak.
Supaya terima hakikat dan biasakan diri diaorang untuk tinggal kat sini.
Alhamdulillah berjaya.
Tak mintak nak blk kg pun.
Kg la sangat.
Negeri sama lagi.
Cuma daearah je beza.
Naik keta adalah 2 jam lebih2 baru sampai umah ma.
Bolehla nak feeling2 blk kg kan.

Lagi satu MH malas nak berjem2 bagai ni.
Duduk sini tenang je.
Tak makan asap pun.
Boleh tengok orang2 KL berjem2 nak blk KL lg.

Tapi.
Anak2 kena ada upah la tiap2 petang.







Ni lah upahnya...
Bukan main lg kalau dapat main ni.
Tapi kena pergi cop tempat awal2 la.
Kalau ramai orang diaorang tak nak main.
Panas pun panas la.
Janji dapat main..

Pagi ni dapat menaip dengan tenang je.
Anak2 pi skul dah.
Esok dah start keje.
Semangat nih cuti lama kan..
Ok tipu...liat sebenarnya..
Eh tak lah..
Rajinnnnnnn...yes MH sangatla rajin..
Positifkan minda dan diri ye MH

K. Bai.


January 30, 2014

Zamir: the cooking star

Assalamualaikum...

Da habis da masterchef all star. 
Tahniah Zamir.
Muda lagi dah bergelar dermawan.
RM55k yang dia menang tu adalah untuk dihulurkan ke rumah kebajikan Teduhan Kasih.
Good. 





Ok..sekarang cerita masak-masak MH plak la ye.
Memang tak layak pun nak masuk masterchef.
Masterchef kat hati anak-anak ngan laki sudaaa.
Sarapan time cuti.
Bolehla nak berhias segala macam ni.
Cuba kalau time sekolah, mak pak nasi beli kat kedai, anak-anak beli kat kantin sekolah.



Masakan time cuti pun banyak skit la.
Ada la dalam 4 jenis masakan.
4 jenis tu pun dah dicampur ngan lauk pauk anak-anak.
Nak buat mcm mn, selera mak pak ngan anak-anak kadang-kadang tak sama.
MH la jadi mangsa kena masak pelbagai.













Ubi ni cantik kan.
Kaler purple.
MH kukus bukan rebus ye.
RM5 sekilo.
Cupcake tu MH buat ari Isnin lepas.
Marjerin cupcake je.


Yang ni nak perabiskan roti yang somi beli.
Beli bukan brand Gardenia macam ni la jadinya.
Takkan habisnya.
Kebetulan memang dah lama MH nak makan puding karamel.
Google la resepi puding roti karemel.
Jumpa resepi kat sini.

MH copy kan untuk u all ye..

PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg Hana

sumber : K.Nor

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je



Hari Ahad punya cerita.
Balik sklh masak ikan merah gulai lemak kuning ni.
Untuk anak-anak MH gorengkan ayam.
Ulam daun salom (betul ke eja cam ni ek), petai jeruk, budu.
Simple.
Tapi


Sedap.
Anak-anak sampaikan tak nak ayam goreng tu.
Pakat makan ikan gulai semua.
Biasanya memang jarang anak-anak makan ikan ni.
Matiklaaa nak makan ikan yang mahal-mahal je.
Kopak la mak kau.


Itu je cerita masterchef yang memang juara kat rumah ni.
Bai.