July 6, 2014

Salam Takziah

Assalamualaikum...

Ramadan pertama jam 4.00 pagi.
Sedang dalam mamai berusaha untuk bangun menyediakan juadah sahur, S3 usang MH berbunyi menandakan ada satu pesanan baru masuk. Tanpa berlengah MH membuka pesanan itu 
dan perasaan MH pada ketika itu bercampur baur dengan pelbagai rasa. Terkejut. Kelu. Sedih. Semuanya ada. Seorang rakan di tempat kerja yang MH panggil sebagai Kak Na telah menyatakan bahawa cikgu Nordin telah meninggal dunia jam 9 malam tadi. Al-Fatihah. Subhanallah. Sungguh indah perancanganMu. Arwah meninggal pada 1 Ramadan. 

Semua warga sekolah MH kira amat terasa dengan 'kehilangan' arwah memandangkan arwah seorang yang suka bergurau dan suka membuatkan orang lain ketawa. MH sendiri pun pernah beberapa kali 'terkena' dengan gurauan arwah.  MH langsung tidak menyimpan apa-apa rasa akibat 'kenaan' itu kerana MH tahu arwah memang suka bergurau.

MH tidak sempat untuk menziarahi arwah ketika arwah berada di hospital. Mengikut perancangan MH, ramadan ke 5 MH mahu pulang ke kampung dan ketika itulah MH mahu menziarahi arwah. Namun, kita hanya manusia. Perancangan Allah lebih sempurna. 

Ramadan ke 7.
Satu Malaysia dikejutkan dengan pemergian Biduanita Sharifah Aini. Jujurnya, MH kurang meminati allahyarhamah namun masih boleh 'melayan' kagu-lagu yang dinyanyikan arwah. Mungkin perbezaan zaman yang ketara membuatkan zaman MH kecil dahulu tidak didedahkan dengan lagu-lagu nyanyian arwah. MH juga kurang mengikuti keadaan arwah tetapi apa yang Mh tahu arwah memang sedang sakit. Sakit apa? MH tidak ambil peduli. Setelah mendapat berita tentang pemergian beliau barulah MH 'google' tentang arwah.

MH kongsikan di sini untuk sama-sama kita ambil pengajaran agar kita tidak ambil mudah tentang kesihatan dan keadaan sekeliling kita.




Ramadan ke 7
Dalam pada seluruh Malaysia bersedih dengan pemergian Allahyarhamah Sharifah Aini, sekali lagi kita dikejutkan dengan berita pemergian anak kepada Linda Rafar. Al-Fatihah. MH merupakan 'follower' instagram Linda Rafar. Serba sedikit MH mengikuti perkembangan anak Linda Rafar, Memen. Anak remaja berumur 12 tahun. Ya Allah, syurgalah tempatmu.
Arwah telah selamat dikebumikan tengah hari tadi. Kelihatan Linda Rafar sekeluarga tabah menerima ketentuan Ilahi.

Petikan dari Sinar Harian.

ANAK lelaki pelakon Linda Rafar, Rezaimen Keiflin, 12 meninggal dunia hari ini akibat ketumbuhan kronik dalam perut sejak awal tahun ini.

Linda memaklumkan pemergian Rezaimen melalui laman sosial Instagramnya, kira-kira jam 6 petang tadi.

Linda memuat naik gambar anak lelakinya itu dengan kapsyen, “Al-Fatihah. Moga anak mama tenang di syurga ALLAH.”

Dua hari lalu, Linda sempat meminta agar pengikut-pengikutnya turut mendoakan kesembuhan anaknya itu.

“Assalamualaikum semua. Pada bulan Ramadan ini saya minta jasa baik sahabat semua bacakan beberapa surah al-Quran dan doa untuk adik Rezaimen Keiflin dan selepas itu, berdoalah apa supaya sel-sel kanser dalam badan adik Men berkurang,” katanya.





Al-Fatihah.

3 comments:

white lily said...

takziah diucapkan. berita yang sememangnya mengejutkan :)

lieyalatif said...

al fatihah...

moga semua kesayangan Allah ini ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan bertakwa....

mrsnan said...

amiiinnnnn......