May 30, 2011

Ada apa dengan nasi lemak

Assalamualaikum...


Oppsss!!! Jangan salah sangka ya you all. Saya bukan nak buat entry pendidikan khasiat makanan sebab saya sendiri pun tak berapa nak berpendidikan dengan kandungan zat-zat dalam makanan. 

Okeh...cerita pasal nasi lemak. Baru-baru ni kerajaan dah buat beberapa senarai makanan yang sudah tidak boleh dijual di kantin sekolah. Nasi lemak adalah salah satu daripanya. Sebabnya, rakyat Malaysia sekarang ni dah ramai yang obes. So, pemakanan kena jaga bermula dari sekolah lagi. Kat kantin sekolah saya pun tak ada jual nasi lemak, tapi still pemakanan yang tidak seimbang bila banyakkk sangat kuih muih tradisional yang manis2. Sampai rabun mata nak pilih. Si kawan saya pulak frust sebab kat kantin sekolah tak ada jual keropok lekor. Hantu keropok lekor sungguh.



Hari ni sebab dah tak tau nak masak apa, saya buat nasi lemak pukul 4.30petang. Hahaha..ko ada.  

Okeh.
Bai.



Yang ikhlas,
Ketua Chef Hotel KG

May 29, 2011

beramah mesra

Assalamualaikum...


Hari ni dah Ahad. Maknanya dah 3 hari cuti sekolah bermula. Tak der aktiviti sangat pun. Duk umah mentekedarah je. Biasalah, tambah stok lemak dalam badan kan. Selamat bercuti la ye kepada korang semua yek. Jalan raya konfem jem kat kg saya ni. Maklumla semua nak balik kg kan.

Ari tu saya dah janji nak wat entry masa wesak day kan. Ni ha. Tak der lah ke mana sangat pun. Tapi, saya memang tak pernah pergi la tempat ni. Tu yang syok tu. Pihak sekolah buat hari keluarga sebenarnya. Kat Lata Belantan, Terengganu. 


Memang time ni llah nak bermesra-mesra ngan ahli sekolah kan. Maklumlah saya kan orang baru. Malam tu saya dan kawan saya tido kat sana. Boring sikitlah malam sebab tak ada aktiviti pun. Nak tengok tv cikgu-cikgu lelaki dah konker tengok bola.

Jom layan gambar je lah.


:) Peace :)


Yes...Gunung Tebu yang kejadian orang hilang dulu tu


Psssttt...jangan bagitau orang lain tau. Muka tak mandi lagi. 
Kasi kenyang perut dulu penting ok.




Serius sedap. Dah lama tak makan nasi macam ni kan. 
Kalau bagi satu bungkus lagi habis ni.



Jom kita tengok apa diaorang buat kat sana.


Haih..model mood kejap. Jangan jeles.


Masa nak upload baru perasaan ada warning kat situ. Nasib baik tak warning 'dilarang bergambar'. Tapi, saya heran gak apasal saya sorang je yang beria-ia nak bergambar kat pokok tu. Orang lain wat dek je.



Acara air. 
Dengar taklimat dari ketua juri dulu yek.




Okeh. Acara anak mengenal emak. Ynag anak kena tutup mata. Emak kena panggil anak.



Oh...emakku...dah jumpa. Ada cikgu lelaki yang suggest buat acara  bapak mengenal emak plak. Tak dapat sambutan. Cikgu pompuan memang tak setuju la. Mana la tau kot-kot teraba bini orang lain. Kes naya macam tu.



Ada gak acara bakar ayam. Ada macam2 rupa ayam. Sampai legam pun ada.
Yang urusetia plak duk sebuk memasak. 




Memang best lah. Kalau boleh buat lagi yek tuan pengetua. Hihihi. 
Bai lah.

May 23, 2011

satu minggu yang lepas

Assalamualaikum...
Hai hai hai...

Hari ini saya free sikit *biasa tak free sebab tido*. Jadi, rasa macam ada kerja nak kena buat. Kerja? Ye...dah lama sangat dah tak update. Sebelum tu, saya nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu di Malaysia. Bak kata anak saya, 'selamat hari cikgu, mama'. Anyway, kat sekolah saya tak banyak sangat pun acaranya. Tapi, bolehlah daripada tak ada langsung. Bukan nak harapkan sambutan yang grand pun cuma cukuplah kalau ada kenangan sebagai penghargaan kepada jasa guru-guru sekalian. 


Pagi tu ada perhimpunan. Adalah ucapan daripada Pengetua dan Penolong Kanan-Penolong Kanan. Lepas tu ada anugerah khas kepada bekas cikgu sekolah tu yang dah bersara. Ada kek coklat pagi tu tapi tak sempat pulak nak rasa. Arghhh...menyesal plak tak menyibuk kat tempat makan hari tu.


Ada pulak undian untuk cikgu popular lelaki dan wanita. Pelajar yang pilih ni. So, adil la tu kan. Anugerah untuk pelajar yang suka tolong cikgu-cikgu pun ada. Haishhh...ari guru ke ari student ni. Konfius.


Pastu acara padang lak. Sekolah ni tak buat sukaneka. Cikgu lelaki kena main futsal dan cikgu wanita main bola jaring. Memang aku gelak sakan la tengok cikgu-cikgu main. Apapun, bravo la cikgu-cikgu yang sporting tu. Ngan baju kurung pun belasah la. Semangat sungguh. Sebelum tu kitaorang yang cikgu-cikgu ni dah bahagikan 4 kumpulan antara cikgu-cikgu ni. Kitaorang kena lawan antara 4 group ni la. Alih-alih kena lawan ngan student plak. Konfius sekali lagi. 


Acara seterusnya dalam dewan besar sekolah. Saper nak melalak memang time ni sangattt sesuai. Cikgu-cikgu memang 'main angin' budak2. Dikir barat dekat 2 jam. Saya pun tak tau la apa yang diaorang duk nyanyi. Pastu, kalau ada saper2 nak buat ucapan untuk cikgu pun boleh.


Last, acara makan-makan. Hari tu cikgu-cikgu dijamu dengan roti cicah gulai daging. Marveles. Masa makan ni budak-budak duk sibuk karok kat dewan besar. Hari tu kiranya memang tak masuk kelas la semua. Student memang suka, cikgu pun sama.



Esoknya cuti Wesak Day. Nantikan entry saya pasal hari wesak ye. Bila? Saya pun tak tau la. Minggu depan plak kot...:)
Okeh...bai

May 11, 2011

rutin baru

Assalamualaikum...

Ye ye...hari ini dah 11.5.2011. Entry terakhir bulan lepas adalah 14.4.2011. Maknanya? Maknanya dah dekat SEBULAN aku tak update kan. Ohhh..itu biasa saja bagi blogger cap ayam macam aku ni. Sekarang pun sebenarnya tak ada niat nak update tapi rasa macam bersalah la pulak. Kesian belog ni dapat tuan belog macam aku. 


Last entry bulan lepas aku citer pasal aku tengah exam mood. Sekarang aku dah masuk sekolah. Aku membayangkan sekolah ini adalah sekolah yang dapat memberikan ketenangan dan kedamaian jiwa buat aku yang baru nak belajar memegang kapur dan menulis di papan hitam. Nasib baik aku tak beli white board marker buat stok. Sebab sebelum datang ke sekolah ini itulah yang aku bayangkan. 


Tak sampai seminggu pegang kapur aku rasa aku memang patut tabik springggg la kat cikgu-cikgu kat luar sana yang dah kerja berpuluh-puluh tahun ni. SUMPAHhhh...letih weiii jadi cikgu ni. Kalau korang kata cikgu kerja paling rileks aku rasa baik korang rasa dulu dalam 2 3 hari jer. Tak payah nak seminggu. Ha...masa ni kau rasalah macam mana banyaknya kerja cikgu-cikgu. Itu tak ditambah dengan masalah-masalah lagi. Mana kau nak pikir nak handle student, nak buat lesson plan yang boleh bagi impak yang gempak...macam-macam lagi.


Seriusly, sekolah yang aku dapat sekarang ni memang memberi cabaran yang maksima. Cikgu-cikgu dan staff memang tak ada masalah. Yang masalah adalah pelajar. Memang kalau nak difikirkan dengan kemajuan hari ini, memang tak terfikir masih ada lagi pelajar yang aku kena handle sampai hujung bulan 8 ni. Dah...malas dah nak membebel...kerja aku pun tak siap lagi.




Yang ikhlas,
Pengomen