May 11, 2011

rutin baru

Assalamualaikum...

Ye ye...hari ini dah 11.5.2011. Entry terakhir bulan lepas adalah 14.4.2011. Maknanya? Maknanya dah dekat SEBULAN aku tak update kan. Ohhh..itu biasa saja bagi blogger cap ayam macam aku ni. Sekarang pun sebenarnya tak ada niat nak update tapi rasa macam bersalah la pulak. Kesian belog ni dapat tuan belog macam aku. 


Last entry bulan lepas aku citer pasal aku tengah exam mood. Sekarang aku dah masuk sekolah. Aku membayangkan sekolah ini adalah sekolah yang dapat memberikan ketenangan dan kedamaian jiwa buat aku yang baru nak belajar memegang kapur dan menulis di papan hitam. Nasib baik aku tak beli white board marker buat stok. Sebab sebelum datang ke sekolah ini itulah yang aku bayangkan. 


Tak sampai seminggu pegang kapur aku rasa aku memang patut tabik springggg la kat cikgu-cikgu kat luar sana yang dah kerja berpuluh-puluh tahun ni. SUMPAHhhh...letih weiii jadi cikgu ni. Kalau korang kata cikgu kerja paling rileks aku rasa baik korang rasa dulu dalam 2 3 hari jer. Tak payah nak seminggu. Ha...masa ni kau rasalah macam mana banyaknya kerja cikgu-cikgu. Itu tak ditambah dengan masalah-masalah lagi. Mana kau nak pikir nak handle student, nak buat lesson plan yang boleh bagi impak yang gempak...macam-macam lagi.


Seriusly, sekolah yang aku dapat sekarang ni memang memberi cabaran yang maksima. Cikgu-cikgu dan staff memang tak ada masalah. Yang masalah adalah pelajar. Memang kalau nak difikirkan dengan kemajuan hari ini, memang tak terfikir masih ada lagi pelajar yang aku kena handle sampai hujung bulan 8 ni. Dah...malas dah nak membebel...kerja aku pun tak siap lagi.




Yang ikhlas,
Pengomen

4 comments:

sheila said...

ko cikgu ke???

ucapan awal dari saya 'SELAMAT HARI GURU'

dah lama tak menulis kat blekbod guna kapo

fatynadia said...

selamat berbakti kepada anak bangsa, cikgu! moga diberkati perkerjaan ini dengan jiwa mu

good luck!

d!LLah said...

shiela: on the way nak jd...lom jadi lg...best tulis ngn kapo wooo

d!LLah said...

fatynadia: thanks...i'ALLAH..sepenuh jiwa raga...ewaaahhhhhh