March 27, 2012

Pagi yang western





Salam dan selamat pagi...

Sedang memikirkan nak masak lauk apa tengahari ni sebenarnya. Lepas tu kejap lagi nak g cangkul tanah. Hajat di hati nak berbudi pada tanah la konon. Ingat nak tanam pokok tomato, cili, anggur, starawberi dan beri. Ok 3 terakhir tu memang konfem tak dapat le. Tapikan aritu masa saya sedang tunggu giliran nak beli pisang goreng, makcik yang jual pisang goreng tu cakap dia ada kirim pokok anggur kat member dia. Saya macam ye ke? Makcik tu cakap ada sekarang ni pokok anggur dah boleh tanam kat tempat rendah. Tapi area TM ni tak ada lagi dia cakap. Member dia beli kat KB.

Pagi ni terasa duk obersea sebab pagi2 lagi dag sarapan dengan burger sendiri buat. Biasanya sarapan dengan nasi beli kat kedai le. Hari ni ubah selera. Western la sangat kan. 

Korang plak sarapan apa hari ni?

pssstttt: somi kata cheese cake tu sedap. Terima kasihla kepada yang mencipta resepi tu. 

Dah lama dah tingin

Hai...

Tengahari tadi dengan jayanya saya membuat oreo cheese cake. Dah beberapa dah nak buatnya tapi hari ni baru berkesempatan.
Yang tak berkesempatan tu sebenarnya tak cukup bahan-bahan dia. Hari ni pun sebenarnya tak ada whipping cream. Dah merata mencari akhirnya berputus asa lah. Bila google resepi cheese cake ni ada yang tak gunakan whipping cream tapi digantikan dengan yogurt. So, terus start enjin pergi kedai beli yogurt.

Emmmm...sedap jugak walau bahan tak lengkap pun.








March 26, 2012

sunyi sepi


Hai..


Ni dinner malam tadi. Magi goreng.
Kalau nak diikutkan sedap tapi sebab dinner sesorang serba tak kena le.
Somi keje. Anak2 saya gorengkan daging burger. Tak dernya diaorang nak makan kat umah.
Kalau tak lepak umah ma, mesti umah sepupu tepi umah ni.
Tinggalla saya sorang.
Tapikan, masin sikit la magi ni.
Orang tua-tua cakap, anak dara kalau masak masin tak lama lagi nak kawin la tu.
Tu anak dara, mak dara lak macam mana? Sape tau?


Ok. Bai.

March 2, 2012

Pad...eh..eh..padat


Dah lama tak rasa jadual hidup penuh dengan aktiviti selepas habis sekolah 7 bulan yang lepas.


Al-maklumlah sejak berkhidmat dengan sukarela sebagai suri rumah ni aktiviti padat la jugak tapi itu rutin. Benda sama hari-hari kena buat.


7hb dan 8hb ni memang terkejar-terkejar. 


Dan kot.


Pssttt...kek coklat cheese yang dihasilkan tengahari tadi. Sedap yang amat.

Rutin kembali


2 3 hari ni saya rasa macam budak sekolah plak. Study..study..study..tapi tak sehangat dulu.

Setiap kali nak study memang air neskepe ni lah yang mesti ada. Tahan ngantuk.

Ye saya terpaksa kena study balik sebab 8hb 3 2012 saya nak g interview SPP kat Terengganu.

2 bijik buku yang belum dikhatam. Buku beli sendiri, pen ma belanja....hahaha