July 23, 2014

25 Ramadan



Assalamualaikum...
 Entry kedua untuk ramadan tahun 2014 kot. Gila pemalas MH ni kan? Bahan banyak tapi malas campur laptop rosak. Tak boleh nak transfer gambar. Redho. Ni pun update pakai tablet je. Gambar ciput bolehla guna tablet ni. Kalau bersusun nak taruk gambar tak 'naik seh' la nak update belog usang ni.

Semalam kan gaji dah masyyuukkk. Pi la bayar segala macam bil. Dalam banyak2 bil tu, tnb la paling akan ku kenang ke akhirnya.

Ni ha kita dapat benda ni.















Sweet je kan. MH selamatkan 2 biji. Satu Betty makan. Lagi satu tak tau sape. Tengok2 tinggal bekas je.

Kita ada lima hari lagi puasa kan.

Selamat berpuasa ye.







July 6, 2014

Salam Takziah

Assalamualaikum...

Ramadan pertama jam 4.00 pagi.
Sedang dalam mamai berusaha untuk bangun menyediakan juadah sahur, S3 usang MH berbunyi menandakan ada satu pesanan baru masuk. Tanpa berlengah MH membuka pesanan itu 
dan perasaan MH pada ketika itu bercampur baur dengan pelbagai rasa. Terkejut. Kelu. Sedih. Semuanya ada. Seorang rakan di tempat kerja yang MH panggil sebagai Kak Na telah menyatakan bahawa cikgu Nordin telah meninggal dunia jam 9 malam tadi. Al-Fatihah. Subhanallah. Sungguh indah perancanganMu. Arwah meninggal pada 1 Ramadan. 

Semua warga sekolah MH kira amat terasa dengan 'kehilangan' arwah memandangkan arwah seorang yang suka bergurau dan suka membuatkan orang lain ketawa. MH sendiri pun pernah beberapa kali 'terkena' dengan gurauan arwah.  MH langsung tidak menyimpan apa-apa rasa akibat 'kenaan' itu kerana MH tahu arwah memang suka bergurau.

MH tidak sempat untuk menziarahi arwah ketika arwah berada di hospital. Mengikut perancangan MH, ramadan ke 5 MH mahu pulang ke kampung dan ketika itulah MH mahu menziarahi arwah. Namun, kita hanya manusia. Perancangan Allah lebih sempurna. 

Ramadan ke 7.
Satu Malaysia dikejutkan dengan pemergian Biduanita Sharifah Aini. Jujurnya, MH kurang meminati allahyarhamah namun masih boleh 'melayan' kagu-lagu yang dinyanyikan arwah. Mungkin perbezaan zaman yang ketara membuatkan zaman MH kecil dahulu tidak didedahkan dengan lagu-lagu nyanyian arwah. MH juga kurang mengikuti keadaan arwah tetapi apa yang Mh tahu arwah memang sedang sakit. Sakit apa? MH tidak ambil peduli. Setelah mendapat berita tentang pemergian beliau barulah MH 'google' tentang arwah.

MH kongsikan di sini untuk sama-sama kita ambil pengajaran agar kita tidak ambil mudah tentang kesihatan dan keadaan sekeliling kita.




Ramadan ke 7
Dalam pada seluruh Malaysia bersedih dengan pemergian Allahyarhamah Sharifah Aini, sekali lagi kita dikejutkan dengan berita pemergian anak kepada Linda Rafar. Al-Fatihah. MH merupakan 'follower' instagram Linda Rafar. Serba sedikit MH mengikuti perkembangan anak Linda Rafar, Memen. Anak remaja berumur 12 tahun. Ya Allah, syurgalah tempatmu.
Arwah telah selamat dikebumikan tengah hari tadi. Kelihatan Linda Rafar sekeluarga tabah menerima ketentuan Ilahi.

Petikan dari Sinar Harian.

ANAK lelaki pelakon Linda Rafar, Rezaimen Keiflin, 12 meninggal dunia hari ini akibat ketumbuhan kronik dalam perut sejak awal tahun ini.

Linda memaklumkan pemergian Rezaimen melalui laman sosial Instagramnya, kira-kira jam 6 petang tadi.

Linda memuat naik gambar anak lelakinya itu dengan kapsyen, “Al-Fatihah. Moga anak mama tenang di syurga ALLAH.”

Dua hari lalu, Linda sempat meminta agar pengikut-pengikutnya turut mendoakan kesembuhan anaknya itu.

“Assalamualaikum semua. Pada bulan Ramadan ini saya minta jasa baik sahabat semua bacakan beberapa surah al-Quran dan doa untuk adik Rezaimen Keiflin dan selepas itu, berdoalah apa supaya sel-sel kanser dalam badan adik Men berkurang,” katanya.





Al-Fatihah.

July 3, 2014

"Segmen: Cik akak mencari bloglist julai 2014".

Salam 5 Ramadan muslimin dan muslimat semua,

MH kan suka nau bw tp MH jarang tinggalkan jejak. Semalam masa sahur MH bw lagik. Jumpalah satu blog cik akak ni buat segmen untuk merapatkan silaturahim antara blogger semua. Jom kita join segmen ni nak.

 

Sesiapa yang minat nak join jugak tu boleh terjah blog Cik Akak KAT SINI YE. 
 Bulan ramadan ni elok benar la kita merapatkan silaturahim tu ye. Kang raya boleh datang umah ye cik akak.

Okla...Korang karang la dlu entry tu. MH nak zzzzz kejap.
 Bai.