August 29, 2011

Tak ada satu cerita pun pasal bulan puasa

Assalamualaikum...
Hai...


Emmm...puasa ada satu hari lagi dah. Seingat saya ada banyak jugak la aktiviti semasa bulan puasa tapi tak ada satu pun yang sempat dibuat entry. Nampak benar sibuknya. Takperlah...malas dah nak cerita pasal bulan puasa nih...esok insyaallah kalau jadi raya kita beraya la ye...jadi tak nak cakap banyak kat sini. Saya bagi kad raya sorang satu sebagai pengganti diri, boleh?




Bebanyak la mintak maap dan hampun sekiranya ada yang terguris hati dengan saya. Saya ada pantun untuk you all. Ko ada? Pantun 3 kerat lagi.


Raya setahun sekali
Tahun depan minta maaf lagi
Hi hi hi hi


Bai.

August 9, 2011

Kawan dia kagum dengan dia

Assalamualaikum...

Morning all...hari ke-2 berjaya bangun untuk bersahur. Sekarang ni rasanya memang kena bersahur la. Banyak sangat tenaga nak guna. Duk terpekik dalam kelas kan. Minggu pertama puasa memang tak bersahur langsung. Memang letih la. Tu yang terpikir nak bersahur tu. Menu pagi ni sup perut dengan ikan keli padprik+milo ais. Cukuplah untuk 2 orang. Gambarnya non ado. Blog orang lain meriah je dengan gambar makanan berbuka dan bersahur. Haku? Dah ngap dulu baru nak hengat nak ambik gambar.

Oke. Kita ke cerita sebenar sebab apa saya membebel di sini pepagi ni. Sementara nak tunggu masa nak pergi sekolah moh kita baca satu cerita yang lucu bagi saya. Kalau u all ada kat tempat saya semalam pun memang akan tergelak guling-guling la. Al-kisahnya bermula semasa saya sedang mengajar kelas tingkatan 1 subjek BM. Jumlah pelajar kelas tu ialah 32 orang. Ada seorang cikgu masuk dalam kelas dan memanggil nama dua orang pelajar yang dah ada dalam catatan dia. Seorang pelajar tidak hadir ke sekolah. 2 orang pelajar yang dipanggil tadi sebenarnya adalah pelajar yang dikenal pasti sebagai pelajar miskin. Biasalah dah nak raya ni kan, adalah sikit bantuan yang pihak sekolah yang bagi.

Disebabkan seorang pelajar tu tak datang, jadi cikgu tu rasa dia patut cari lagi beberapa orang pelajar dalam kelas tu yang senasib dengan 2 orang pelajar tadi. Sambil borak-borak cikgu tu bagitau la tujuan dia sebenarnya. Cikgu tu jugak cakap pelajar yang akan dibantu ni mestilah cemerlang dari segi akademik dan juga baik akidahnya. Solat tak miss. Lebih kurang macam tu la. Ada 2 3 orang pelajar yang nama di ambil dalam kelas dah di interview oleh cikgu tu.

Sebelum keluar kelas, cikgu tu bertanya semua pelajar macam mana dengan Abu(bukan nama sebenar). Lebih kurang macam ni lah dialognya...

Cikgu       : Emmm..Abu ni macam mana? Dia dapat nombor berapa exam hari tu?
Pelajar A: (Dengan muka selamba dan konfiden ni) Oooo...dia pandai cikgu...dia pandai...31.
Cikgu      : 31? Apa yang 31?
Pelajar A: Dia pandai cikgu. Dia dapat nombor 31, saya nombor 32(which is itu adalah nombor last dalam kelas). Dia pandai dari saya.

Saya? Masa tu dah terkekek-kekek dah. Nasib baik tak terbuka mulut naga je masa gelak tu. Sempat lagi control depan students. Cikgu tu...tok sah kata la. Tak terkata. Dia tersengih je. Saya sampai ke habis kelas duk gelak. Cuba bayangkan...baiknya kawan dia kan. Siap puji kawan dia lagi sebab nak defend kawan. 

Hahahahaha!!!!!
Korang faham tak?
Ke saya sorang je rasa cerita kelakar.
Lantak lah.
Oklah..sempat lagi ni nak tutup mata 20 minit.
Bai.


August 8, 2011

Sahur apa

Assalamualaikum...

Hai all...sekarang saya bersiaran langsung untuk acara singgah sahur...:) Sahur u all makan apa? Saya baru lepas bersahur dengan laksa penang + air sunquik sejuk. Itu je lah yang larat nak telan. Pagi ni jugak adalah hari pertama berjaya bangun sahur ngan housemate saya ni. Kalau tak jangan harap. Sebab pertama bangun sahur pagi ni adalah lauk buka puasa ada lagi yang tak habis. Daripada membazir baik kenyangkan perut kan kan kan.

Oklah...saja je try test line pepagi ni. 
Bai.

August 6, 2011

Dia datang lagi

Salam...
Hai alls. Camner pose arini? Ok ke ko? Dah 6 Ramadan dah arini kan. Jadi, di kesempatan ini saya nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK (saja je nak bt ayat skema). Harap-harap tahun ni kita semua sempat berpuasa penuh dan sambut hari raya la ye.

Emmm...sebenarnya saya ada banyak jugak la cerita pasal skul dan students saya tapi sebab dah jadi ikan pekasam rasa malas pulak nak buat entry pasal diaorang. Cumanya, sempena dengan kedatangan bulan mulia ni, eloklah kiranya saya buat entry pasal amal jariah kami ye. Bukan buat apa pun, cuma pergi gotong royong bersihkan kawasan rumah orang tua/pondok tempat belajar agama je. Gotong-royong ni seminggu sebelum puasa. Tak kuasa nak bergotong royong time puasa kan. Time ni lah nak tunjuk rajin dan baik semua ye. Oklah tu daripada tak der buat apa tu.

Rasanya kalau membebel je tak syok kan. Mesti nak ada gambar gak. Jom...layan...
















Dah malas dah nak letak caption. Paham-pahamkan sendiri jelah gambar kat atas tu. Last sekali ada penyampaian cenderahati dan bergambar ramai-ramai dengan penghuni pondok ni. Tak nak letak kat sini sebab nanti ada yang tersensitif pulak. Oklah. Itu aja untuk hari ini.
Selamat berbuka puasa all.
Bai.