August 9, 2011

Kawan dia kagum dengan dia

Assalamualaikum...

Morning all...hari ke-2 berjaya bangun untuk bersahur. Sekarang ni rasanya memang kena bersahur la. Banyak sangat tenaga nak guna. Duk terpekik dalam kelas kan. Minggu pertama puasa memang tak bersahur langsung. Memang letih la. Tu yang terpikir nak bersahur tu. Menu pagi ni sup perut dengan ikan keli padprik+milo ais. Cukuplah untuk 2 orang. Gambarnya non ado. Blog orang lain meriah je dengan gambar makanan berbuka dan bersahur. Haku? Dah ngap dulu baru nak hengat nak ambik gambar.

Oke. Kita ke cerita sebenar sebab apa saya membebel di sini pepagi ni. Sementara nak tunggu masa nak pergi sekolah moh kita baca satu cerita yang lucu bagi saya. Kalau u all ada kat tempat saya semalam pun memang akan tergelak guling-guling la. Al-kisahnya bermula semasa saya sedang mengajar kelas tingkatan 1 subjek BM. Jumlah pelajar kelas tu ialah 32 orang. Ada seorang cikgu masuk dalam kelas dan memanggil nama dua orang pelajar yang dah ada dalam catatan dia. Seorang pelajar tidak hadir ke sekolah. 2 orang pelajar yang dipanggil tadi sebenarnya adalah pelajar yang dikenal pasti sebagai pelajar miskin. Biasalah dah nak raya ni kan, adalah sikit bantuan yang pihak sekolah yang bagi.

Disebabkan seorang pelajar tu tak datang, jadi cikgu tu rasa dia patut cari lagi beberapa orang pelajar dalam kelas tu yang senasib dengan 2 orang pelajar tadi. Sambil borak-borak cikgu tu bagitau la tujuan dia sebenarnya. Cikgu tu jugak cakap pelajar yang akan dibantu ni mestilah cemerlang dari segi akademik dan juga baik akidahnya. Solat tak miss. Lebih kurang macam tu la. Ada 2 3 orang pelajar yang nama di ambil dalam kelas dah di interview oleh cikgu tu.

Sebelum keluar kelas, cikgu tu bertanya semua pelajar macam mana dengan Abu(bukan nama sebenar). Lebih kurang macam ni lah dialognya...

Cikgu       : Emmm..Abu ni macam mana? Dia dapat nombor berapa exam hari tu?
Pelajar A: (Dengan muka selamba dan konfiden ni) Oooo...dia pandai cikgu...dia pandai...31.
Cikgu      : 31? Apa yang 31?
Pelajar A: Dia pandai cikgu. Dia dapat nombor 31, saya nombor 32(which is itu adalah nombor last dalam kelas). Dia pandai dari saya.

Saya? Masa tu dah terkekek-kekek dah. Nasib baik tak terbuka mulut naga je masa gelak tu. Sempat lagi control depan students. Cikgu tu...tok sah kata la. Tak terkata. Dia tersengih je. Saya sampai ke habis kelas duk gelak. Cuba bayangkan...baiknya kawan dia kan. Siap puji kawan dia lagi sebab nak defend kawan. 

Hahahahaha!!!!!
Korang faham tak?
Ke saya sorang je rasa cerita kelakar.
Lantak lah.
Oklah..sempat lagi ni nak tutup mata 20 minit.
Bai.


No comments: