May 29, 2011

beramah mesra

Assalamualaikum...


Hari ni dah Ahad. Maknanya dah 3 hari cuti sekolah bermula. Tak der aktiviti sangat pun. Duk umah mentekedarah je. Biasalah, tambah stok lemak dalam badan kan. Selamat bercuti la ye kepada korang semua yek. Jalan raya konfem jem kat kg saya ni. Maklumla semua nak balik kg kan.

Ari tu saya dah janji nak wat entry masa wesak day kan. Ni ha. Tak der lah ke mana sangat pun. Tapi, saya memang tak pernah pergi la tempat ni. Tu yang syok tu. Pihak sekolah buat hari keluarga sebenarnya. Kat Lata Belantan, Terengganu. 


Memang time ni llah nak bermesra-mesra ngan ahli sekolah kan. Maklumlah saya kan orang baru. Malam tu saya dan kawan saya tido kat sana. Boring sikitlah malam sebab tak ada aktiviti pun. Nak tengok tv cikgu-cikgu lelaki dah konker tengok bola.

Jom layan gambar je lah.


:) Peace :)


Yes...Gunung Tebu yang kejadian orang hilang dulu tu


Psssttt...jangan bagitau orang lain tau. Muka tak mandi lagi. 
Kasi kenyang perut dulu penting ok.




Serius sedap. Dah lama tak makan nasi macam ni kan. 
Kalau bagi satu bungkus lagi habis ni.



Jom kita tengok apa diaorang buat kat sana.


Haih..model mood kejap. Jangan jeles.


Masa nak upload baru perasaan ada warning kat situ. Nasib baik tak warning 'dilarang bergambar'. Tapi, saya heran gak apasal saya sorang je yang beria-ia nak bergambar kat pokok tu. Orang lain wat dek je.



Acara air. 
Dengar taklimat dari ketua juri dulu yek.




Okeh. Acara anak mengenal emak. Ynag anak kena tutup mata. Emak kena panggil anak.



Oh...emakku...dah jumpa. Ada cikgu lelaki yang suggest buat acara  bapak mengenal emak plak. Tak dapat sambutan. Cikgu pompuan memang tak setuju la. Mana la tau kot-kot teraba bini orang lain. Kes naya macam tu.



Ada gak acara bakar ayam. Ada macam2 rupa ayam. Sampai legam pun ada.
Yang urusetia plak duk sebuk memasak. 




Memang best lah. Kalau boleh buat lagi yek tuan pengetua. Hihihi. 
Bai lah.

No comments: