January 30, 2014

Zamir: the cooking star

Assalamualaikum...

Da habis da masterchef all star. 
Tahniah Zamir.
Muda lagi dah bergelar dermawan.
RM55k yang dia menang tu adalah untuk dihulurkan ke rumah kebajikan Teduhan Kasih.
Good. 





Ok..sekarang cerita masak-masak MH plak la ye.
Memang tak layak pun nak masuk masterchef.
Masterchef kat hati anak-anak ngan laki sudaaa.
Sarapan time cuti.
Bolehla nak berhias segala macam ni.
Cuba kalau time sekolah, mak pak nasi beli kat kedai, anak-anak beli kat kantin sekolah.



Masakan time cuti pun banyak skit la.
Ada la dalam 4 jenis masakan.
4 jenis tu pun dah dicampur ngan lauk pauk anak-anak.
Nak buat mcm mn, selera mak pak ngan anak-anak kadang-kadang tak sama.
MH la jadi mangsa kena masak pelbagai.













Ubi ni cantik kan.
Kaler purple.
MH kukus bukan rebus ye.
RM5 sekilo.
Cupcake tu MH buat ari Isnin lepas.
Marjerin cupcake je.


Yang ni nak perabiskan roti yang somi beli.
Beli bukan brand Gardenia macam ni la jadinya.
Takkan habisnya.
Kebetulan memang dah lama MH nak makan puding karamel.
Google la resepi puding roti karemel.
Jumpa resepi kat sini.

MH copy kan untuk u all ye..

PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg Hana

sumber : K.Nor

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je



Hari Ahad punya cerita.
Balik sklh masak ikan merah gulai lemak kuning ni.
Untuk anak-anak MH gorengkan ayam.
Ulam daun salom (betul ke eja cam ni ek), petai jeruk, budu.
Simple.
Tapi


Sedap.
Anak-anak sampaikan tak nak ayam goreng tu.
Pakat makan ikan gulai semua.
Biasanya memang jarang anak-anak makan ikan ni.
Matiklaaa nak makan ikan yang mahal-mahal je.
Kopak la mak kau.


Itu je cerita masterchef yang memang juara kat rumah ni.
Bai.

No comments: