January 11, 2012

Dasar tangan tak berseni

Hai, 
Morning all.

Haishhhh...tak tau macam mana nak bagitau betapa kecewanya hati bila ada pihak2 yang bertanggungjawab tidak mengotakan janji2 mereka. Semalam sebenarnya adalah hari yang ditunggu oleh saya dan kawan2 yang lain yang telah tamat pengajian. KPM berjanji nak keluarkan nama pelajar ISMP yang akan ditemuduga bulan ni. Alih-alih habuk pun tarak. 'Mereka' bagi tarikh 29hb ni pulak untuk siarkan nama-nama tersebut. Sampai tak terkata betapa kecewanya bila janji2 dimungkiri. Cewaaahhhhh.....

Kawan-kawan yang lain tak usah cerita la, ada yang siap mencarut memaki lagi. Yelah, hutang nak kena bayar. Kerja tak dapat lagi. Macam mana nak bayar hutang bila kerja takder ofcos la income pun zero. 

Sekarang ni duk heboh kawan-kawan dari Johor yang dapat tawaran dapat jadi guru interim. Selangor pun ada. Ada kawan yang call JPN negeri cakap Kelantan tak der jawatan guru interim. Adusssss....at least kalau ada kerja tak la melangut kat umah ke walaupun 2 bulan je jadi guru gantinya.

Semalam saya buatkan kek coklat lagi untuk anakanda2 tercinta. Diaorang memang suka makan kek coklat. Biasanya saya buat versi kek malas. Kosong je just letak topping coklat je tapi kali ni bukannya rajin sangat pun tapi versi tak nak membazir. Tempoh hari kan saya red velvet, so dia punya cream cheese macam banyak je kalau saya nak letakkan semuanya atas RV tu. Jadi, saya masukkan dalam tupperware dan simpan dalam fridge la. 

Teng-teng...dapatlah menghias kek coklat ni dengan cream cheese yang berlebihan tu. Dah letak kat sini pun masih ada balance lagi. Masuk fridge lagi la.

Ni lah rupanya. Ntah hape-hape ntah. Memang tak reti nak berkreativiti langsung. Cam kelakar jer. 


*Harap2 29hb ni adalah harapan untuk masa depan. Jangan dia panggil interview 31hb. 1 sudah la. Alamak 31hb kena masuk court ni. Nebes-nebes ni. Nanti saya update pasal tu ek.


Bai.

4 comments:

Anonymous said...

jadi la tu...cantik peeeee...

nnt bile aku nak wat choc cake ni, aku msg mu deh...

sbb mu kae terer bab2 wat choc cake ni..hehe..

- mama ichiro -

d!LLah said...

jadi menda gitu...kamera trick jah tu...

terrer kdg2 jah...ada jgk time tak terrernya...

gadisBunga said...

hey...kek tu cantiklah!!!

d!LLah said...

tenkiu gb...cantikkk sesangat kannnn