March 1, 2011

agak-agak korang apa aku nak buat dengan budak macam ni....

Edisi hangin...

Kepada mereka2 yang lemah, sila dapatkan nasihat doktor sekiranya degil nak baca jugak...


Well, aku bukanlah orang cepat panas sebenarnya tapi kalau dah tahap gampang tu memang aku hangin la. Mungkin jugak cabaran aku di semester akhir ni. Sebelum ni ok jer. Bukan kata tak pernah hangin dengan roomate tapi masih boleh dicontroll celciusnyer.


Serius aku tak tau apa masalah budak ni. Memula duk sebilik macam tak der apa2 la kan. Siap boleh share2 citer lagi. Maksud share citer tu aku la yang mintak citer korea ngan dia. Dia bagi. Share la tu namanya kan.


Lepas naik cuti raya Cina hari tu aku perasan pe'el dia kalau dia rasa dia nak bercakap dia tegur la aku. Kalau tak haram. 12 jam tu sebaris ayat 3 perkataan jer la kita orang bercakap. Aku macam..ok..tak der apa yang melepas pun kalau kau tak bercakap ngan aku. Lainlah kalau aku ni junior dia...haruslah aku buat baik2 mana la tau nak tya pasal study ke kan.


Ni aku listkan perangai dia yang macam sial palis tu (sial palis = perkataan green apple, pinjam eh kak di). Lepas tu korang pikir pikirkan memang patut ke aku hangin ke memang aku yang tak boleh hidup dalam masyarakat.

1. Suka makan NASI dalam bilik. Satu hal. Pulak tu dia pergi TUTUP pintu. Apa ke bangangnyer la budak macam ni. Nak jer aku lesing lesing kan muka dia kat pinggan nasi tu. Ko hengat bilik tido kita tu (eee geli rrr.... 'kita') macam dewan yang orang buat reception untuk kawen tu ke.

Bau busuk la toye. Apa lauk ko tu dah sembur perfume rega 2000 ker. Bingai. 

2. Kat umah ni kalau duk dalam bilik wireless memang fail. So, kekdahnya aku akan duk kat hall la kalau nak bertenet. Aku baru jer letak laptop atas meja kat hall luar dia dah..'gang!'. Tutup pintu. 

Ewah2 suka hati ko yer halau aku. Aku pun buat la perangai syaitooon aku gak. Aku buka balik pintu tu buat2@memang aku nak ambik buku ke apa2 ke brg2 aku. Pastu aku kuar aku biarkan je pintu tu terbukak. Lantak ko la. 

3. Satu petang tu. Aku tido. Aku memang bangsa suka tido petang. Well, nak buat macam mana...aku dah cuba buka mata tapi dia degil kan...si budak ni aku tengok jarang tido. Bagus!!!

Masa aku tido dia balik kelas. Aku tersedar la kejap time tu. Pastu bila aku sedar dalam pukul 6 macam tu aku tengok dia tengah pegang nota. Ok. Study la kot. 

Aku pun bangun la sebab dah lapor kan.Aku kuar gi bilik air nak basuh muka kannnnn pastu aku tengok pintu bilik dah tutup. Aikk..seminit tak sampai kot aku keluar.

Aku buka pintu tengok bilik dah gelap...dia dah baring atas katil...WOOOOHHH!!!Senangnya hati ko ye.
Bengong punya budak. Time aku tido sesuka hati kau on lampu pintu ternganga kan. Bila sampai turn ko reti pulak nak tido dengan aman damai. Banyak cantikkkkk!!!

Jangan harap. 

Aku pun reti malah lebih terer lagi. Aku buka pintu bilik aku on lampu. Gahahaha!!!Puas hati aku. Aku kemas2 meja buat2 bising sikit. Padan muka. Cipan la budak ni. Mana datang aku  pun tak tau la.

4. Sebelum kejadian ni aku memang salute gak la kat budak ni. Asal balik kelas je buka nota. Study. Aku kata dalam hati. Gila ah budak ni. Tak rehat tak apa terus buka nota kan. Dannn kejadian ni telah merubah segalanya. 

Aku tengah siap2 nak gi kampus. Dia balik. Macam biasa amalan study dia tu. Aku pun turun la. Pastu aku perasan aku tertinggal thumdrive. Naik la balik. Adala dalam masa 2 minit gitu. 

Pintu bilik dah kunci. 

Masa aku nak ambik kunci dalam beg, dia buka pintu. Sekali...dia dah mengadap laptop tengok citer. OOOOooo..selama ni ko berlakon la depan aku ye. Cissss!!!bedebah...hebat sekali lakonan ko. Sampai aku terpuji ko. depan orang ko buat2 rajin study yer.

Dengan ini aku tarik balik pujian aku tu...aku bagi 'blah la wei budak sindrom'. Opppsss!!! Jap aku bagitau kenapa aku panggil dia sindrom k.

5. Apa perasaan korang bila nampak sepender yang bergulung2 atas lantai? Iye? Memang aku melaluinya untuk pertama kali dalam hidup aku yang dah nak masuk 3 siries ni. Bukan sekali tapi dah dua tiga kali la wei. Kalau sekali tu mungkin aku boleh kata dia tak sempat ke, terlupa ke..ni dah dua tiga kali kejadian sama. Memang ko sengaja kan. 

Bukannya tak der baldi. Ambik je la baldi ko tu letak sepender. Tak boleh ke? Tu pun nak kena ajar ke? Sengalll!!!!

6. Selalunya aku lebih banyak duk kat hall sebab nak keja wireless kan. So, bilik tu dia kongker. Minggu lepas aku nak siapkan assignment. Aku duk dalam bilik jer. Tak kuar2. You know what? Dia rela study kat luar dengan budak2 rumah duk keluar masuk tu. Bunyi bising plak tu. Padahal dia ada test keesokannya. See? Aku ke yang bersalah. Ada aku kesah ko nak test ke haper ke.  

So, sape yang tak boleh bermasyarakat sebenarnya. Kalau ko tak der masalah ngan aku tak der nyer ko nak lepak luar kalau aku duk dalam bilik tu sekali. 

7. Pada suatu malam, aku buka la radio. Slow je. Memang slow bangat. Dia pon cakap 'Kak, boleh slow sikit tak, nak study'. Selamba jer dia sound aku kan. Aku pun tutup terus radio tu tapi dengan gerakkan yang ganas la. Biar dia tau aku hangin kan. 

Gila ke apa radio tu dah memang slow nak slow kan macam mana lagi. Bongok!

Aku malas la nak sound2 sebab memang bukan pesen aku. Aku guna psikologi je.

Ok tang ni aku bukan nak mengkomen kejadian ALLAH swt. Betul, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Tapi, kalau dah perangai tak senonoh tak padan dengan kepelikkan diri sendiri tu, apa komen korang. 

Macam ni. Aku cakap dia sindrom tu sebab aku macam pelik la ngan fizikal dia tapi serius bukan aku sorang je yang rasa macam ni. Kawan2 aku yang lain pun macam ni. Housemate aku pun. Kalau korang pandang dia dari bawah korang akan kata solidnye minah ni. Buttt...if korang  tengok dari atas korang akan imagine berat dia dalam 80kg gitu. 

Faham tak?
Can imagine or not?
Oklah. Aku bagi satu lagi situasi.

Body manusia kan selalunya diibaratkan dengan buah pear bagi yang besar bahagian bawah tu kan. Budak ni pulak korang terbalikkan je buah pear tu kasi yang besar tu kat atas. Tang tangkai tu korang letak bawah. Amacam?  


Memula hari tu aku macam teringin gak nak tanya kenapa dia macam ni. Giler kan aku. Sian dia kalau aku tanya hari tu.

'Eh! Kenapa body ko macam ni ek?'
Ko gila. Kang dia repot kat opis kolej kata tak nak duk sebilik ngan aku macam mana? Tak pasal2 banyak plak keje kerani kat opis tu nak kena cari bilik lain kat dia kan. Dah sah2 dia nak duk sorang2 kan.

Bukanlah, maksud aku kalau aku nak tanya pun aku akan guna ayat2 yang elok2 la. Macam tanya dia sakit ke sampai jadi macam ni. Nak kata dia salah diet aku pasti dia tak diet sebab dia makan nasi on time ok. Tengahari...petang...malam..


Ok. Setakat ni tu jelah yang dapat aku senaraikan. Nanti kalau ada lagi aku update lagi ek. 
Bai.






2 comments:

Anonymous said...

ye arr..mu bkn jenis suka nak sound2 org...tp kalo dah tahap mcm nie, mmg betul2 wat perangai la budak tu...

aku kalo dok lam situasi camni...ermm...mu paham2 je la mulut aku kae....

sabo je la..dah nak semester akhir dah...agak2 mu x tahan, sound je..hahaha..abeh cite...

~mama chiro~

d!LLah said...

tu arr... aku rs akan kena sound jgk budak ni...