March 23, 2011

kalau macam ni memang ke laut la diet aku....ewah!


Assalamualaikum.

Hai! Berjumpa lagi kita dalam siaran seterusnya setelah perjanjian mengupdate belog setiap hari dimungkiri. Okeh, tak nak cerita panjang-panjang kita terus ke acara makan-makan pada hari sabtu lepas. Surprise birthday party for my sister FIL. Saya dan kakak saya adalah orang yang bertanggungjawab menyediakan segala mala makanan yang ada. Tak banyak pun makanannya. Ekzejeret je lebih. Lagipun dah memang kami ajo yang ado dalam umah tu, maka kami dua orang la yang masak kan. Nak suruh Chiro? Chiro tengok mickey mouse boleh lah..




Red velvet cake by my sister. Haku nengok ajo. Sedapppp!!!
Dah namanya birtday party haruslah ada kek kan...
Apa? Senget? Oh! Kek ni memang macam tu *penipu*.
Jangan hanya memandang rupa luaran sahaja kerana dalamannya lagi penting sebab walaupun senget benget tapi tetap sedap.


Sate. Garlic bread +mushroom soup, sosej parata roll *aku letak sendiri nama ni*


Eh! ada tambahan di sini. Tapi namanya aku tak tau. 
Roti panjang potong senget2 pastu sapu butter letak 
tomato pastu bubuh sardin or tuna dan letak plak mayonis dan sos cili.
Korang letak sendiri la nama dia haper.
Mak tak kesah.

Ruper garlic bread. Walaupun hitam tetap habis.
.

Ha! ni dia birtday boy...oppssss...birthday uncle...caya lah uncle...
Budak demok tu nama dia Aidan. Cucu uncle. Anak buah suami kepada kakak saya.
Hahaaaa! Sajo nak panjangkan ayat.



Sekian sudah pertemuan kita dalam rancangan membuncitkan perut di hujung minggu.
Bai.

1 comment:

Anonymous said...

hahaha..acuan lain tu yg senget...but now, aku guna acuan yg sama...ekekeke...

~mama chiro~