January 26, 2011

Histeria...

Assalamualaikum,

Agak seram jugak lah kalau dah berlaku depan mata. Aku tak pernah tengok rupa orang kena histeria tapi pernah dengar orang histeria menjerit. Baru lagi. Kalau tak silap bulan November 2010. Time tu tengah final exam untuk semester 6. Biasala, orang kata histeria ni sebab tension la, badan lemah la pastu macam-macam versi punca histeria aku dengar dan baca. Dannn, ada jugak histeria sebab makhluk halus. Sokkhabar hari ni pun ada pasal histeria. Baca kat sini dan sini pun boleh.




Aku nak citer pasal pengalaman aku dengar orang kena histeria. Seram weh dia punya alunan jeritan tu. Rasanya budak tu duk aras bawah umah aku je. Mestilah jelas dan clear dengarnya. Budak tu duk jerit-jerit. Kejap-kejap nyaring suara dia kejap-kejap kasar macam suara keluar dari perut tu. Kelam kabut gak la aku dengar orang berlari. Member umah dia ke takpun AJK kolej berlari nak bagi bantuan kot. Dah lama tu baru dengar ustaz duk baca ayat Quran and pastu baca Yassin. Yang kena tu budak pompuan. Lelaki aku tak pernah dengar plak. Time tu dekat pukul 12 malam. Lepas ustaz baca Yassin tu dah senyap dah budak tu. So, kitaorang pun buat keje masing2 la sampai la aku nak masuk tido.

Aku jenis suka minum nescafe sebab nak tahan ngantuk. Pagi tu memang aku minum so malamnye jadi kelawar. Buat-buat keje skit pastu rasa macam ngantuk. Aku pun masuk ler tido. Pusing kanan pusing kiri tak tido-tido jugak. Roomate aku syok je tido. Mana tak nye dah dekat pukul 3 pagi. Sunyi  sepi je masa tu. Dah sunyi sepi tu la plak aku macam terdengar-dengar suara budak histeria tu. Suara tu macam suruh kita pun jerit sekali. Aku rasa lain macam. Aku baca mana-mana ayat Quran yang aku tau. Dengan ayat tiga Qul nya ayat Qursi nya. Dah lama lepas tu aku pun tertido la. Tapi dekt pukul 5 pagi jugak lah baru aku tido.




No wonder la kan orang kata histeria ni berjangkit. Memula aku macam...ak alah....bila orang cite pasal histeria ni. Berlagak la konon. Lepas dah hampir-hampir nak kena sendiri baru tau. Serius weh kalau ada budak kena histeria lagi aku tak nak dengar. Takut berjangkit. Macam kurap lak  ;)

Korang pernah tengok tak? Mesti lagi seram kan kalau tengok macam mana rupa orang kena histeria ni. Ceciter skit..

Oklah. Have a nice day. Thanks for reading this 'seram'(agak seram la jugak) entry.
Bai.




3 comments:

::alwaniamalini:: said...

penah jugak dengar n tengok orang kena histeria ni. masa kat sekolah dulu. dia lari satu sekolah. cikgu pakat dok kejar. sambil berlari sambil menjerit. ngeri jugak. dah kena tangkap kurung dia dalam satu kelas. masa tu leh dengar dia dok meraung2. siap cakap nak darah lagi hohoh seram. abg dia datang, abg dia tampar dia kuat-kuat. katanya dia memang selalu kena rasuk nih. pastu orang kata mungkin dia terkena penunggu pokok tua kat seblah sekolah yang dah kena tebang sebab nak buat bangunan baru. memang mengerikanlah!

d!LLah said...

wani, serius memang takut la...tp 2 3 hari lepas tu tak igt dah...sian budak kena penampar free...tp dia tak sedar mesti dia tak sakit kan...

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

zaman skolah..saya selalu kena histeria sbb saya seorg yang lemah semangat...sampai sekarang saya boleh rasa tempat2 yg keras...kalo dah berjenggi bulu roma mmg saya xpi..sbb kalo pi balik nanti mula lar meracau2...

jom join colourful contest saya..klik link ini