April 3, 2011

mimpi terbang

Assalamualaikum...
Hai hai hai...

Dah April ye kita sekarang ni. Sekejap je rasa masa berlalu. Alhamdulilah, semester akhir pun dah nak berakhir. 2 minggu lagi kuliah pastu tanpa study week terus final exam. Lepas tu terus praktikum. Arghhh...scary gak bila ingat nak praktikum ni. Tapi tak per, orang kata alah bisa tegal biasa. Payah nak sesuaikan diri tu mesti ada bila mula-mula berada di tempat baru. 2 3 hari lepas tu biasala tu.

Assignment pun dah habis dah. Tinggal esok nak submit satu je lagik. Lepas tu baiki tesis mana nak kena tambah, kena delete tak berkenaan. Settle. Hehehe!!!kekadang pasal assignment pun boleh gaduh. :)...normal la tu kan lain orang lain cara pemikiran, lain kefahaman. Tu semua kira pahit manis yang boleh jadi kenangan bila dah tua nanti.

Minggu ni rasanya kalau timbang berat mesti naik dalam 3 kg. Wahhh!!!melampau kan. Yelah, sabtu ahad duk layan perut. Sabtu pergi pasar malam...konfem la makanan yang lebih. Buah pun tiga jenis aku beli. Dasar nafsu betul. Lepas makan tido pulak tu. Nak-nak roomate aku yang sindrom ni tak der. Ari ni pun sama. Makan nasi pastu tido. Bangun tido layan citer Korea jap pastu ajak member keluar jalan-jalan. Singgah pulak kedai sebab rasa nak minum teh ais. Nampak pulak gerai burger. Aku pulak hari ni mamai. Aku nak makan hamlet tapi tak ingat hamlet. Aku order benjo. Aku ingatkan benjo tu hamlet. Tapi, habis gak la aku bedal. Perut pun dah jadi 3 layer. Ha! hambik ingat tudung je ke ada layer-layer.

Semalam aku tido kan, aku mimpi suasana yang sangat indah sekali. Kat tepi pantai. Aku tak ingat saper laki tu tapi yang aku ingat kitaorang berlari-lari tepi pantai. Cewah...bestkan...romantik giler. Tapi dalam mimpi tu aku boleh terbang. Tak lah tinggi sangat. Terbang sambil angkat-angkat kaki main ngan air laut. Pastu kan suasana dia macam...wahhh best giler rasa. Ombak menderu-deru. Kawasan pantai luas, bersih pastu nyaman. Pastu kan tak pasal-pasal jadi ramai. Kekawan aku ada, sedara mara ada tapi aku tak ingat la saper. Pastu aku tersedar. 


 Macam ni la lebih kurang gaya aku boleh terbang tu.
gambar kredit tu flickr


Mimpi boleh terbang ni bukan kali pertama la aku alami. Dah banyak kali dah. Tapi mimpi2 yang lepas tu aku boleh terbang lagi tinggi. Siap boleh tengok ke bawah macam dalam flight tu. Apa maksudnya tidak la aku tau. Aku anggap mimpi di siang hari je lah sebab orang kata mimpi kalau yang betul lepas kita solat dan masih ada wuduk. Entahlah. Orang yang kata. Bukan aku.
Bai.

3 comments:

Anonymous said...

tiba2 je org ramai...hahaha..aku ada ke tak?

~mama chiro~

Anonymous said...

mokcik.pesal takde kuar gambar kat everyone can eat cupcakes tu?

~mama chiro~

d!LLah said...

mu konfem tak dok...
okehhh nti aku chek..