April 14, 2011

kisah terlampau cikgu gue di tangga

Assalamualaikum...

Sebenarnya saya nak tulis cerita ni petang semalam tapi mood lari. So, bangun pagi ni dengan harapan otak cerdas nak menulis tapi nampak gayanya sama jugak dengan petang semalam. But, saya cuba la persembahkan yang terbaik ye.


Cerita fresh petang semalam dari cikgu gua. Ini pengalaman beliau sendiri masa mula-mula posting. Dia yang cakap la. Aku tukang taip balik je. Masa tu dia dapat mengajar kat sekolah area Lembah Pantai. Pastu duduk la menyewa pangsapuri 28 tingkat area situ. Satu umah tiga bilik duduk tiga orang. Mari namakan kawan cikgu saya yang pertama A dan kedua B. A ni anak orang kaya. So, bolehlah beli kereta walaupun baru start mengajar. Cikgu saya dan kawan dia si B ni tumpang la si A tiap kali pergi dan balik sekolah.


Satu hari, masa balik kerja, diaorang tengok la kat kawasan bawah pangsapuri diaorang tu ramai orang tengah berkumpul. Dia ingatkan ada kenduri ke hape. Sekali bila tanya orang-orang kat situ, lif rosak rupanya. Jadi, nak tak nak mereka bertiga ni terpaksa la naik tangga untuk balik ke rumah kat tingkat 22. Cikgu saya ni bagi cadangan. Masa naik tangga nanti tiap-tiap orang kena bercerita. Si A dan B pun setuju. Reason dia supaya tak rasa letih masa naik tangga nanti.


Cikgu saya orang pertama yang buka cerita. Begini ceritanya. 
Ada satu petang tu dia memandu kereta MG sport(cam kete dalam citer P.Ramlee yang tak ada bumbung tu). Dia nak g Fraser Hill. Masa tengah memandu naik bukit tu, ada satu kereta sedang turun bukit. Kereta sama macam kereta cikgu saya bawa masa tu. Dari jauh dia tengok rambut driver tu mengerbang. Dalam hati cikgu saya kata mesti perempuan cantik ni. Bila dah dekat, perempuan tu tiba-tiba terbabas masuk line cikgu saya. Jadi, cikgu saya pun ke tepi la dan terbabas masuk semak. Yang si perempuan tu pulak, dia angkat tangan kat cikgu saya pastu cakap "Babi". Cikgu saya sakit hati dia pun kejar la perempuan tu. Rupa-rupanya perempuan tu nak cakap yang dia terbabas sebab ada babi kat depan dia. Cikgu saya ingatkan perempuan tu cakap 'babi' kat dia. Dah salah sangka kat situ. Tak pasal-pasal pulak kereta cikgu saya rosak kat bahagian depan kat bawah dekat ngan no. plat tu(aku lupa apakebenda tu, semalam ingat).


 Aku imagine kete tu macam ni la tapi tang kaler tu lain sikit. Aku duk bayang kete warna putih. Aku google tak der la pulak warna putih. Ni pun ihsan pak google jugak.


Habis je cerita cikgu saya ni sampailah mereka bertiga kat tingkat 8.


Si B ni kata, "Ah! cerita kau  tak best. Cerita aku lagi best. Meh aku cerita".
Si B ni nak pergi ke Kota Bharu. Dia pun lalu la kawasan Gua Musang. Tiba-tiba kat satu area GM tu kereta dia rosak. Nak tak nak kena la mintak tolong dengan orang kampung. Ada satu family tu ajak la dia balik rumah sementara tunggu kereta dibaiki. Tuan rumah ni sebab terima tetamu yang tak dijangka, tak ada satu hape pun yang nak dihidangkan. Dalam rumah tu cuma ada buah nangka. Jadi, tuan rumah hidangla buah nangka, kelapa parut dan air teh. Lepas tu tuan rumah mintak izin la nak buat kerja sekejap. Si B ni pun sebab lapar sangat dia makan la buah nangka tu dengan cara ambik kelapa parut tu letak atas buah nangka tersebut. Nak dijadikan cerita sebab lapar habisla sepinggan buah nangka ngan kelapa parut tersebut. Bila dah siap kerja tuan rumah pun naik la ke atas rumah. Terkejut dia tengok semua makanan habis. 

Tuan Rumah:   "Lapar ke ni semua habis ni?".
Si B:                   "A'ahh...sebab tadi tak makan lagi". 
Tuan rumah:   "Kelapanya pun habis jugak ke?"
Si B:                  "Ya, habis semua saya makan dengan nangka. Sedap". 
Tuan Rumah: "Ya Allah, kelapa tu bukan untuk di makan. Kelapa tu untuk cuci tangan. Nangka kan ada getah. Itu sebab pakcik letak kelapa sekali".
Si B:           ;) 


Tup tap tup tap duk gelak sampailah diaorang kat tingkat 18.


Pastu cikgu saya ngan Si B pun duk paksa Si A ni bercerita pulak. 


Si A: "Aku tak nak cerita. Kalau aku cerita mesti korang semua menangis".
Cikgu saya: "Ish...mana aci macam ni. Kami dah cerita part kami. Kau la pulak cerita". 


Masa ni diaorang dah sampai kat tingat 21. Tinggal lagi satu aras je sebelum sampai rumah mereka. Jadi, cikgu saya pun kata. "Meh, kita duduk kat tangga ni. Aku nak dengar jugak cerita kau".


Si A: "Cerita aku macam ni. Tapi, korang jangan nangis ye".
Cikgu saya dan Si B: "Takkk".
Si A: "Ceritanya..er..er..errrr...kunci rumah tertinggal dalam kereta".


Jadi, sekian sajalah cerita saya pada hari ini.
Bai. See u.

















2 comments:

sheila said...

bukan A & B je yg nangis... acik yg baca ni pun nak nangis gak hoho

d!LLah said...

kahkahkah...kan kan kan..tak boleh bayang la nak kena turun balik tu...uwaaa...