November 6, 2010

akhirnya...

yessss...1st time ditag. Rasa macam oh! blog aku dah ada readers lain la ek selain kakakku itu..wakakaka...oklah...malam ni rasanya dah boleh settle mana yang tertangguh.  Dah lepas jenuh berperang ngan anak2 suruh tido.  Kalau memasing tak melalak tadi memang tak akan tido tu. Yang adik dah selamat dah. Tinggal kakak je ni ha duk bangun tido bangun tido menyemak nak tengok jugak...*tu tengah lipat selimut, boring la tu, geng dah tido*

ok...kita ke agenda seterusnya...25 perkara pasal saya...apa mau tulis ni...try eh...

ni peraturan dia *copy dari una*

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.

At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you


1.Sangat menyedari yang diri adalah bambam tapi tak reti2 nak kontrol makan. Lagi2 kalau jumpa ulam+budu, memang akan jadi 2 3 pinggan le.

2.Suka membikin dan makan kek especially kek coklat moist moist gitu...perghhh

ni ha...minggu lepas baru buat

3.Buat masa sekarang ni, tak sabar2 nak cepatkan waktu untuk sampai ke hujung tahun depan sebabbb dah malas nak baca buku and then jawab exam...*kalaulah Doraemon tu betul2 wujud* ngahahaha

4.Sekarang ni tengah bercuti untuk final exam tapi habuk dah penuh kat buku...apa tandanya tu.. :)

5.Baru lima, lepas lima sepuloh terus bolehhh...
Cita2 memang setinggi everest dan aku yakin lambat atau cepat pasti akan tertunai gak impian masa depan tu.

6.Sekarang ni tengah menggilai Asmara yang kat TV3 tuuu, ari selasa kul 9 tu...Oh Asmara, kenapalah kau tak muncul dalam hidup aku dulu.

7.Suka makan buah *makan lagiiii*. Apa saja jenis buah kena ada dalam stok aku tak kira la di mana jua ku berada tapiiii sistem penghadaman stillll ada masalah gak tapiii nasib baiiikkk sekarang dah ada pati halia (pil). Aku telan 6 biji terus. Tak de maknanya nak try2 4 biji dulu, pastu malam esok 5 biji pulak. Aku paham dah peel perut aku nih...

8.Suka dan jeles kepada gadis2 dan wanita2 yang sangat gojes diluar sana. Memang mereka2 bertuah. 

9.Yang ni malu la nak cakap...*ha kan dah merah dah pipi aku ni*. Dulu masa sekolah menengah kawan2 aku cakap muka aku macam Krisya tapi sekarang aku dah jadi kembar Erma Fatima...wakakaka.. yelah korang ni, ada2 aje la...malu malu...dush!!! perasan

10.Sejak belajar berpolitik ni, aku rasa macam dah ada kemahuan la skit2 nak tau pasal benda ni. Kalau tak, kalau kau tanya aku pasal negeri aku sendiri pon belom tentu aku boleh jawab, usahkan nak ambik tau pasal negeri orang lain, Malaysia lagiiiiiiiii la.

11.Prefer MPV berbanding kereta biasa tapi belum ada rezeki untuk memiliki lagi...

12.Suka la berangan-angan nak g holiday obersea. Singapura pun best jugakkkk

13.Setakat ni semua negeri di Malaysia dah pernah jejak dah kecuali Johor dan Sarawak. Walaupun setiap negeri tu belum habis aku pusing2. Dah aku kata 'jejak' kan. Kelantan pun aku sesat sahkan tempat orang...

14.Tak ada apa2 perasaan pun Kelantan menang Piala Malaysia hari tu. Dah lama gila tak tengok bola sampai habis. Biasa pun 5 minit tu dah kira ok dah tu. Kalau dulu, time Azman Adnan main untuk Selangor kau cakap je Selangor main malam ni memang aku tunggu...Dulu, masa dip. fakulti aku kat Stadium Shah Alam Seksyen 13, pernah sekali aku menyelinap masuk ikut pintu pecah tingkat atas sebab nak tengok Azman Adnan main tapi masa tu dia bukan ngan team Selangor dah..nasib baik zaman kegilaan dah tawar...ok la tu kiranya dapat jugaklah tengok Azman Adnan berlari2 kannn..

15.Kekadang tension gila ngan pensarah2 aku sebab semua benda mereka2 ni nak kitaorang ambik tau...ayat klise pensarah2 aku nak tau macam mana 'Macam mana ni student p.malaysia tak tau'...aduissss...ingat kepala hotak manusia ni ada yang boleh tambah ram ke. Takpun boleh tukar dari 1Gb ke 8Gb ehhhh

16.Amat tidak reti untuk membuat talam dua muka...kalau aku tak suka memang akan jelas nampak le kehijauan muka aku...tak reti nak cover2 dah.

17.Kalau baru kenal memang akan kata aku ni pendiam..cuba kalau ko duduk ngan aku 1hari dan jangan buat benda aku tak suka memang korang tak akan kering gusi le...*ni member2 aku yg cakap, aku pun tak perasan aku macam tu*

18.Raya Haji dah dekat, tengah pikir nak buat kuih apa ekkk...ngahahaha

19.Berangan syoknya kalau jadi anak arwah Sosilawati kan...sekelip mata semua dalam tangan

20.Risau risau risau nak exam tapi buku tak baca lagi

21.Susah gila nak tido. Kekadang lepas Subuh baru tertido dannn kelas kul 8 pagi jangan haraplah muka aku ada.

22.Pernah dengar tak lagu 'Tiada Kata Secantik Bahasa' nyanyian Jamal Abdillah...try le carik youtube...best wooo...dulu tak minat pun Jamal ni tapi sejak dapat laki golongan veteran ni aku terpaksa gak la dengar lagu2 Jamal dannn ok what Jamal ni..

23.Buat masa ni ada dua orang anak gadis. Peel pelik2. Tadi duk main2 pastu terhantuk kepala. Sorang kena kat dahi sorang kena belakang kepala. Mula2 adik nangis pastu bila kakak tengok adik nangis dia pun ikut melalak jugak. Aku rasa si kakak melalak sebab takut aku marah kat dia. Jadi, dia nangis so that aku tak salahkan dia buat adik dia nangis.

24.Dalam fikiran sekarang ni, pagi esok nak breakfast apa ye. Ma aku cakap dia nak buat nasi lemak tapi santan tak der...kalau tak der nasi lemak esok aku buat lempeng je lah pastu cicah ngan susu pekat manis...slurpppp

25.ok last, letih otak aku nak memikir nak ngabihkan ni, eemmm...seronok berbloging ni ye...masa ni la baru boleh pakai pepatah tak kenal maka tak cinta ye...memang aku dah jatuh cinta punnn ooo Asmara...

sekarang tugas aku kena tag orang lain plak ye...kalau tak cukup 25 pun tak per lah kan.
  • http://tikalehpunya.blogspot.com
  • http://qamarguyz.blogspot.com 
  • http://alvas-87.blogspot.com/
  • http://www.amalini.blogspot.com/
  • http://norziehandcraft.blogspot.com/
  • http://arwendanish.blogspot.com/ 
  • http://www.surayasulatin.blogspot.com/ 
Tu jelah yang dapat aku senaraikan untuk ditag. Nanti kalau aku ingat lagi aku senaraikan lagi. Misi dah selesai untuk malam ni. Jadi, aku boleh tido dalam iman tanpa ada hutang.
Esok kita cerita lain plak k.


Ok. Bai.

4 comments:

Unknown said...

nk kek
nk kek
nk kek
sodapnyer nampk kek tue

Anonymous said...

tahniah anda mempunyai reader lain selain daripada aku...ekekeke!

*yaya mmg camtu...kalo oghe dok bukak notebook, kompem dia dok nyelit jugok...hahaha...*

boh la gambar pok2 tu...cite peel masing2..ekekeke...

~mama ichiro~

mrsnan said...

shark, meh sini ler...

mrsnan said...

mama chiro...nanti aku wat story ye