September 19, 2011

Kek Pisang Volcano

Hai...


Pernah tengok tak gunung berapi meletus real depan mata? Saya pernah. Tapi bukan volcano yag real tuh. Maunya tak cukup kaki nak lari kalau betul-betul. Memandangkan sekarang ni tak der buat apa, so, saya merajinkan diri la mencuba resepi-resepi yang ada. Dan jugak memandangkan bekalan pisang sekarang ni mudah untuk didapati saya pun nak lah mentry buat kek pisang yang ada kat sini. Kat blog ni cantik jer kek pisangnya. Gebu. Sedap pun sedap. Saya pernah try ok. Jadi, ketung ketang ketung ketang sesorang kat dapur di tambah lagi sambil duk 'menghoi' larang anak-anak dan anak buah yang memang ganas bab-bab mengharukan rumah ni.

Untuk kek pertama ok jer jadi. Cuma terlebih masak rasanya. Lagi satu kat umah tak der ovalete. Keknya jadi buncit tengah. Eh? Kembung kat tengah la. Geram pulak rasanya sebab tak berapa nak jadi. Apa lagi, untuk memuaskan hati saya pun meng'oter' lah resepi. Saya doublekan sebab nak hasil yang lebih besar. Hahaha...jadi beginilah jadinya...




Siap ada terusan tu...


Letupan  kecil berlaku lagi

Bety tanya ' Mama letak coklat ke atas tu?'.
Ye. Mama mu ini memang memahami faveret anak2. 
Hai anakku kalaulah kau tahu kejahilanku ini.

Selepas digergaji bahaian yang hot itu beginilah akhirnya rupa kek pisang ku.

Ini percubaan yang pertama. Masa saya tengah nak ambl gambar ni Bety duk merayu-rayu nak makan kek ni. Siap tunjuk dengan jari nak lambangkan sikit pun jadilah dia nak makan. Kesian.


Akhirnya, habis jugak la kek volcano ni. Ma saya siap tapaukan untuk jiran yang datang ke rumah petang semalam. Haisshhh..

Bai.

2 comments:

Anonymous said...

tahniahhh!!! hahaha..

mu pakai gula kastor atau gula biasa tu?
ma kae suka gan gula biasa tu..lembab2 katanye..
aku x suke sbb manis sgt...
volcano pun volcano la..janji abeh..ekeeke...
aku gelak besar bab bety tanya pasal 'boh cekelat' ..wakakakaka!

~mama chiro~

mrsnan said...

aku pakai gula biasa jah...hangit sbb oven panas sgt. Kek yg kedua aku masuk terus dalam oven.

aku pun kejut dia boleh tya gitu..nampak sgt la nak make cokelat jah dia tu...kek lain tak layan