August 4, 2010

beberapa hari ni saya

Mula sedar diri ketuaan saya di uni sebab dah kena start buat proposal untuk kertas kerja sebab kalau bebudak baru masuk uni tak payah rerajin kerah otak cari sumber untuk tajuk sahaja. tajuk sahaja ye. tak masuk lagi bab 1 2 3 4 5. Kalaulah saya boleh buat tajuk 'kek untuk harijadi anak2 saya'. oh! bahagianya.  tapi kan. tapi kan. tapi kan. saya teramat sungguh menyukai rasa ketuaan ini sebab itu tandanya saya dah nak habis bergelumang dengan dosa sebab asyik duk kutuk2 dan gelak2 kalau tengok mangsa fesyen orang pelik2 kat kampus. Pastinya kegelakkan itu saya berkongsi dengan kekawan saya.  

saya juga dah tak payah nak berebut naik bas untuk ke kampus pepagi buta walaupun orang lain lagiiiii pagi buta dah tunggu bas.  Housemate saya ada 4 orang budak junior sem 1. hari kuliah saya tak penah terserempak berebut bilik air ngan mereka walaupun memasing kelas kul 8pg. sebab. bila saya bangun tido bilik air semua dah clear. saya rasa 6.45 pg adalah waktu yang agak liat untuk saya bangun. tapi. saya pun tak tau diorang bangun dan mandi kul bape. cermin besar jugak saya yang konker pepagi ye sebab memang tak de orang nak kongsi ngan saya sebab time saya duk menilik tu mereka dah turun tunggu bas. ntah2 dah sampai kelas da. sungguh gigih mereka membuka mata pepagi ye.

semester ni jugak saya dah buat perjanjian dengan kekawan saya untuk berlaku seperti pelajar yang menuntut ilmu. nama pun menuntut ilmu. jadi ko jangan harap ilmu nak datang melutu kat ko ye. pergilah cari ilmu. itu kata pensarah saya yang memang saya agak takut tak sabar nak masuk kelas dia setiap minggu. saya sebenarnya berasa sebanyak kagum juga dengan pensarah saya yang sorang ni sebab asalnya dia adalah lawyer. jadi, bila dah asalnya lawyer kepetahan dan pengetahuan dia memang perghhh...hadis pass, speaking london cair di mulut , bahasa arab pass, ayat al-quran hafal lagi lagi lagi...tapi. mulut dia mengalahkan bini dia saya agak la. dia main tunjuk je sape-sape yang dia rasa cantik hensom untuk jawab soklan dia. kalau soklan tu memang termaktub dalam pengetahuan am kalau ko tak leh jawab siap la. 

nak dijadikan cerita dalam ramai2 student dia dalam satu kelas yang sampai tak cukup kerusi tu boleh dia tunjuk kat muka saya yang sememangnya tersangat amatlah luas pengetahuan am (perasan kejap ye).  tetiba dia tanya saya rukun negara ketiga. aduhai. apa rupa saya ni ada rupa rakyat zimbabwe ke. ok. tak pelah. pikir positif la kan. mungkin dia lupa rukun negara yang pertama dan kedua je kot so, yang ketiga dia tanya saya la kan. dengan bangganya saya bangun dan jawablah. KELUHURAN PERLEMBAGAAN. kata ambik subjek ala-ala lawyer gitu. so, kena la tau kan. konklusinya. kalau nak masuk kelas dia kenalah bersedia. tapi saya.



tanpa rasa bersalah menuntut ilmu

oh sebenarnya kami amat rajin

ini bukan ujian sila tiru

semangat bangunan baru

Kami memang bebudak yang teramat baik sebab sebab sebab kami suka pergi seminar yang berbentuk ilmiah walaupun tidak ada kena mengena ngan kami. sebarang seminar atau show yang tidak ada yuran jangan harap kami nak pergi. apabarang layan show murahan. itulah yang terjadi pada kami minggu lepas sebab kami pun tak sangka kami akan pergi seminar kesusasteraan melayu sebab budak sastera pun tak rajin macam kami. mulanya ada sorang kawan kami yang bagitau semua wajib pergi seminar tu. pelik gak macam mana dia boleh tahu wajib padahal kami satu kelas dan kami tak pernah lagi dengan malasnya memonteng kelas.tanpa banyak cerita kami pun pi bayar yuran RM10 (breakfast+lunch+minum petang+fail+buku nota+cd+sijil). okla tu dengan rega seploh hengget. 

tiba pada hari kejadian dengan bersemangat berseminarnya kami pegi kampus. 1/3 je ada penghuni audi kat kampus tu. yang lain...jawab sendiri. tak der maknanya wajib. terasa macam dipukau2 lak. kalau tak haram kami nak pergi sebarang seminar ke, ceramah ke, show ari raya ke...jadah...jam sekarang pada malam n3 ini ditulis ni sebenarnya ada mesyuarat agung PPMas. wajib la bagi sokongan untuk persatuan course kan...tapi saya. kalau saya pergi sape nak buat n3 mak bapak panjang ni (tetiba alasan ye). jadi, bila saya kata saya kena pukau tu agak agak betul la kan... :)
k.nana...bayar balik duhit sayaaaa...


tekun berseminar

layan je lah gambar hangus saya

ciku cak

jangan marah eh korang tak mintak izin

mamat belakang tu sebenarnya nak usha budak baju ijau tu. siap ajak g kalumpang lagi. tapi kawan saya cakap nak pergi boleh tapi kenala bawak kami semua berempat. kalau 2 2 jangan harap. macam mana nak bawak 4 orang weh. pening dia pikir sebab dia g kuliah pun naik motor je...hambik kau...berangan lebih nak usha orang. ini kejadian hari ni. mamat tu siap cakap kat budak baju ijau tu...'kura-kura dalam perahu, jangan buat-buat tak tahu'...mampos aku gelakkan mamat tu. (ikut format tak caption saya yang gile gila panjang sebab nak citer pasal mamat tu)

satu lagi perjanjian kitaorang untuk semester ni dan tahun ni. tahun ni kami bakal menjejakkan kaki ke kampus untuk jamuan hari raya. dah nak raya la wei. sepanjang 3 tahun menuntut ilmu tak penah sekali haram pun kami pergi jamuan hari raya bila persatuan course kami buat. bukan tak suka tapi selalunya diorang buat jumaat malam dakpun ari sabtu. kalau hari-hari begini saya dah selamat ho ho ho balik kampung la. tahun ini mungkin kami akan meramaikan majlis la sebab dah tahun last nak sambut kat uni kan. konklusinya, baju raya kena jahit vogue de vass la.


thanks 4 reading. have a good day ya...  :)
toinktoinktoink

No comments: