September 21, 2012

the 'rumah terbuka' story


Hai all...walaupun syawal dah habis 5 hari lepas tapi cerita raya Mama Hot(MH) tak habis lagi. Maklumlah MH kan selalu je slow dalam semua hal.  Malas nak berasak-asak nak citer pasal raya. Dah semorang nak citer pasal raya bulan raya je...dah habis bulan raya tak der dah citer raya, so MH masih ada citer rayanyer...

Oh...minggu ni minggu kerinduan sebab hari ni dan esok MH lepak kat GM je. Malas nak drive balik TM sebabnya on Selasa dah nak balik TM. Biasanya ari Khamis lepas skul terus chow. Minggu depan ari Selasa lagi dah ilang dari bumi GM ni. Tu yang malas nak balik Jumaat ngan Sabtu. Terasa sangat kepenatannya. Duk ulang alik dari GM ke TM. Hari Sabtu petang dah gerak dari TM ke GM plak. Tak sempat ilang penat. Minggu ni bolehlah MH bersenang lenang sepuas-puasnya. Tido sampai ke petang. Tak payah nak kemas rumah. Tak ada gangguan. Tapi, kat sini boring sikitlah. Tak ada tempat menarik sangat. 

Open house pertama dalam entry ni adalah di rumah Nadia. Nadia ni bujang lagi tapi rajin plak buat open house. Housemate dia dah kawin tapi suaminya tak tinggal kat GM. Kat GM ni adalah perkara biasa bila korang dengar suami dan isteri tinggal asing-asing. Ada yang suami tinggal dan keje kat GM isteri plak keje dan tinggal kat Johor. Ada yang isteri tinggal kat GM suami lak keje kat KL. Itu adalah biasa. Sebab itulah sebarang aktiviti hari jumaat atau sabtu amat tidak digalakkan kat skul melainkan berkenaan dengan akademik.

Jom layan gambor encem dan cekci yang marbeles kat umah Nadia...



Baru sampai. Rilek lu.


 Kek lapis


 Apa ntah nama roti ni. Roti ngn sosej dalam dia. Tak sempat nak rasa sebab kenyang.


 Bihun goreng Nadia. Sedappp


 Spagetti housemate Nadia yang masak. Sos yang sangat sedap. 


Biskut raya pun sedap semuanya...


Pukul 7 petang gerak balik. Sekejap je rasanya kami lepak2. Sampai umah Nadia dalam kul 5 suku cam tu la. Hujan lebat. Tersesat skit. Nadia siap tapaukan bihun goreng lagi untuk kitaorang. 

Oh ya MH pergi ngan anak dara, mak dara dan jejaka hensem pujaan hati MH...


 Felicia, MH dan jejaka encem


Nadia yang kat belakang tu. Jejaka encem tu memang MH tak kasi orang lain pegang pun. Mak dia yang kat depan MH tu.


Open house yang seterusnya ialah kat skul. Malangnya gambor tak banyak sangat sebab MH kan pemalu...banyak sangat makanan tapi MH kan tengah nak kurangkan kg so tak rasa semuanya. Pulak tu nak cepat sebab hari tu adalah hari Khamis. Hari Khamis memang pantang duduk lama-lama kat GM.





















p/s: MH sebenarnya tengah mengalami kecelaruan identiti dalam blog. Tak tau nak gunakan perkataan apa merujuk kepada diri sendiri. Lalu, sebab perasan diri ini adalah hot tapi dah punya dua anak...terciptalah MH...Mama Hot..dan jugak inpired by GB. Sebab senang nak sebut...kan GB kan...sangat kagum dengan GB sebab picture yang beliau ambik sungguh cantik dan osem...kekadang time jiwa resah MH layan gambar2 dalam blog GB. Rasa tenang dan damai dalam hati.

2 comments:

gadisBunga™ said...

siyes saya terkejut bila baca tengok tengok ada nama saya di situ. hihi.

saya cuma share apa yang saya suke je...syukurlah awak juga suka... :)

nak komen lain sebenarnya...

hotdog tuh...kalau taruk kuah spageti mesti terangkat kan?? :D

mrsnan said...

aahhh...tak terpikir la plak nak buat cam tu...dah kenyang dah tak boleh nak tengok makanan dah...masa buat entry ni baru menyesal tak rasa semua...