September 21, 2012

Pantai Sri Tujuh

Hai all...nampak sangat memang bosan arini sampaikan 2 entry arini. Inilah gunanya cerita terkumpul. Bila dah bohsan sesangat boleh jadi story. Cerita piknik ngan anak-anak. Pergi masa cuti 31 Ogos 2012 aritu. Kebetulan ari Jumaat kan. Kisahnya, seminggu sebelum piknik tu Bety duk meragam ajak pergi pantai. Masa tu dah ari Sabtu. Mana sempat. Petang tu MH dah nak balik GM. So, papa dia cakap minggu depan la nanti mama balik lagi. Ok set. 

Petang Khamis tu bila MH sampai umah je, Bety duk ajak nak g pantai. Alamak dah petang la. Tak best la kejap je pegi dah nak malam. So, MH cakap ngan Bety esokla kita pegi. MH sebenarnya tak suka sangat nak pegi pantai. Kalau jeram ke lata ke best jugak. Air bukit kan sejukkkk. Bangun pagi esoknya MH ingatkan Bety dah tak ajak pegi pantai dah. Rupanya dia bangun je terus cakap nak g pantai. Uiiissshhh....kena pegi jugak la kalau macam ni...Jom kita ke Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan.


Posing dulu sebelum main air...

 Alea

 Bety

Alea Bety (bole add kat fb kalau sudi)


Berangan ajak pergi pantai tapi penakut.

Aksi melarikan diri

Siap ada aksi nangis2 lagi...sungguh la drama queen


Akhirnya kakak ke tengah pantai jugak. 
Sesi pujuk memujuk Bety tak berjaya. 

Wau 18 hengget.


Minggu lepas kawan somi ada ajak pegi pantai ni lagi...malas la pulak nak pegi. Tempat yang sama je. Kalau ada kesempatan teringin nak pegi Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Best kat situ. Boleh duduk dalam gua. Sejukkkk...

Ohhh...cuti Hari Malaysia last week ada chinese teacher kat skul ni pegi Pantai Sri Tujuh ni. Pegi nak suka-suka bawak anak2 main air katanya. Yelah cuti 3 hari kan. Anak sulung dia main tepi pantai je tiba-tiba rasa kaki kena gigit ngan sumting. Tak tau benda apa sebab tak nampak kan dalam air. Bangun pagi esoknya anak dia tak boleh jalan. Terus bawak pegi hospital. Kena masuk wad 1 hari. Doktor tak berani nak lepas balik sebab doktor kata kena sumting yang berbisa tapi tak tau bisa apa. Kaki anak dia bengkak. Jadi, kena tambah cuti satu family.

Alhamdulillah, masa kami pegi tak der apa-apa kejadian yang berlaku. Yang MH perasan air pantai kat sini tak berapa nak bersih sangat la...kat tepi-tepi tu dah warna teo ais. Kenapa yerr...?

Bai.

No comments: