February 15, 2011

tiba-tiba aku tersedar aku telah jatuh cinta. indahnya rasa bila cinta di depan mata.

Assalamualaikum.

Ku tak tahu mengapa
tiba-tiba sahaja
di dalam hati ini 
sering rindu padamu
*layan lagu spring. Sian bini ameng kan. Tak tahu citer? Gogel sendiri*


No! No! No!. Jangan notti notti ye. Tapi, seriusly aku memang dah terkena panahan cinta sebelah tangan. Kahkahhh...Rasa macam masa muda mudi dedulu plak. Suka jatuh cinta pastu berangan sorang-sorang. Kahkahhh...nama pun cinta sebelah tangan kan. Memang layan sorang2 je lah. 

Nak tahu sape jejaka idaman aku tu. Jangan terkejut eh. Jangan nak kata aku syok sendiri. Jangan nak gelak kat aku ok. Nah...





Mamat ni nama dia Jan Geuk Suk dari grup AN JELL. Korea mali.  Grup ni ada 4 orang. 3 lelaki dan 1 pompuan. Korang dah kenal eh? Aku malam ni barulah terhegeh-hegeh nak gogel pasal cintamatik aku ni. Tak kesah la korang nak kata aku ketinggalan ke, out of date ke. Mak tak kesah nyah. Yang penting dalam hati  dah ada taman. Sebenarnya kisah aku dan dia ni bermula masa aku jenjalan kat klcc minggu lepas. Aku terpandang la sorang mamat tu duk tengok2 kat aku. Aku pun perasan la.

Aku: hmmm..kenapa awak tengok2 kita. nak autograf ke?
Jejaka: :)  *dia senyum maut kat aku weh*

Ok. Tipu! Kahkahhhhhhhhhkahhhhh.
Sebenarnya aku tengah layan movie You're Beautiful. Ambik ngan housemate aku. Memula layan macam tak best je. Layan jugak sebab tengah boring. Dari situ la rasa macam gojes plak mamat ni. Time dia senyum memang tangkap leleh la weh. 


 



Lagu-lagu diaorang pun best-best gak.
Tak caya? Ce layan. Pastu kasi tahu sama mak best ke tak.













Layan je lah walaupun sepatah haram tak paham. Kalau paham pun sebaris dua je lirik dalam BI. Tak per tak per...yang penting hati mak dah berbunga-bunga. Dah pekak-pekak telinga ni duk layan lagu-lagu korea nih. Aku pun tak tahu sebenarnya citer ni tahun bila. Kalau agak-agak korang rasa aku macam 'Hek eleh, citer dah lama dowh. Ko baru nak menggila'. Korang buat-buat tutup mulut lah ye.

Oklah. Aku blah dulu la. Jan Geuk Suk dah tepon mak tu. Rindu mak la tu. Kahkhahhhh.....Layannnnnn..
Bai.



No comments: