February 20, 2011

nothing to do

 Assalamualaikum...

Review my saturday and sunday. Ah! Boring.

Sabtu. Adehhh!!!


Plan menimbun dalam kepala hotak. Nak pergi situ lepak sana. Jalan kaki tak sampai kot. At last tido sekerat hari. Malam baru turun makan ngan kawan gue yang senasib. Nasib la badan. Sekarang ni bahang MPP dah hampir. Isnin mengundi. Tiap-tiap malam duk melaungkan manifesto memasing. Layan la kejap sementara tunggu kueteow ladna hadam dulu kan. Kang kalau naik bilik konfem terbongkang terus.



Berangan nak menyelit dalam tu pastu gedik-gedik ambik gambar kan. Jangan harap la kalau tahap kemaluan tu melampau. Gue pon tak tau apa motif diaorang sediakan belon-belon tu. Ingat kat tadika ke. Dak pun digi *sebab warna kuning kan* open table promosi sim card ke hape. Padahal tengah nak pancing undi tu. Takkan la belon pun satu advance untuk membeli undi kot. 


Sehingga malam ini macam ni lah keadaan kolej gue sampailah malam esok baru clear kot. Tak per gue tak marah bukan gue tukang sapu pon. Tu belum tengok kat kampus lagi. Merata muka student yang ambik calon. Kat bawah ada, dalam tong sampah ada, buat lapik meja pon ada. Nasib la. Tapi, gue rasa pemilihan MPP uni lain lagi havoc kot. Siap pasang banner-banner besar tu. Kat sini, copy muka diaorang A4 saiz je lah. Tu pon ada yang tak nampak muka. Hitam. Nak bajet punya pasal.


***********************

Ahad. Huh! 

Tiga jam di alam nyata pastu pengsan balik. Bangun petang pon sebab lapar. Kalau tak memang sampai ke malam ah lumpuh seluruh badan. Terbaring je. Terus sms kawan ajak g jalan-jalan dalam ladang kelapa sawit depan kolej. Nak jogging macam sayang pulak kan. Kang tak pasal-pasal kena beli suar jeans baru saiz 28. Melampau! Kahhkahhh. Berangan. Hari ni warm up la dulu. Jalan-jalan adalah dalam 3km. Masuk pastu keluar balik. Terus rasa petang esok nak jogging la walaupun sorang-sorang. Ramai je bebudak ni jogging dalam tu. 


Rasa macam tak best pulak kan bila seluar rasa longgar. Motip! Menggagau cari kedai terus order jus tembikai ngan bihun sup. Rasanya menu selamat skit kot daripada aku order nasi goreng USA tu. Kan kan kan.

Pagi. Tengahari. Malam.
Ko tengok apa yang tak kena ngan menu aku hari ni? 
Tu cara-cara orang yang dah berapa tahun tak bersenam tu. 
Garfu dah tak der guna pada gue. 
Dulu aku tak sempat belajar etika makan.


Minggu lepas ada la jugak aktivitinya. Ada la jugak budak yang jadi bahan ngan gue. Nak tengok? Sebab minggu lepas kan gue pergi korea. Sejukkkk!!! *ok tipu*.

 Kalau pakaikan warna pink lagi cute rasanya. Lain kali eh Chiro.

p/s: Semangat giler ah diaorang ni duk berkempen.
Bai.

2 comments:

Anonymous said...

omelnyeeeee...!!!!!

~mama chiro~

d!LLah said...

haruslah...kan chiro kan