October 6, 2010

geng baru..rezeki bertambah..pening pening


Kerajaan dah ambil keputusan yang bijak bila mengenakan hukuman mati kepada manusia-manusia yang membuang sesuka hati anak mereka-mereka. Kes akan di siasat  mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan yang boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati.  Kalau dulu orang tak heran dengan hukuman kerajaan sebab siasatan hanya di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-kanak. sebab tu diorang berani  buat berani buang.  

Berita lanjut kat sini


Series. Sian la baby baby yang kena buang tu. Aku memang tak leh tengok gambar-gambar baby yang kena buang. Siap ada yang kena bakar, buang dalam jamban. Agak agak la wei kalau memang tak nak pun..kau buang dalam jamban, maknanya kau samakan manusia ngan najis. Ciss!

Mari kita tengok siapa yang kena dulu lepas ni.  Agak-agak ada lagi tak kes ni lepas dah ada pesalah kena gantung.  Dah macam-macam tindakan kerajaan pun kau masih tak heran kan? Hah! ambik kau.  Zap zap sentap. Ada berani.  Tapi, siasatan mesti makan masa la.  Bukan senang nak cari bukti. 

Tapi, macam mana pulak kalau pesalah tu budak sekolah ek? 
Aku pun tak pasti sangat la.  


'Jika ada pasangan yang terlanjur dan terdesak mendapatkan bantuan, mereka boleh datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital, polis, NGO dan pemimpin politik terutama Barisan Nasional (BN) supaya mereka boleh dibantu'.

Wahhhh...ada unsur-unsur promote kerajaan tu.  Ye! cepat cepat siapa ada masalah dalam permasalahan ini sila dapatkan bantuan kerajaan ye.
oh! tahun ni aku bakal dapat dua anak. Anak? Anak buah ok. Sorang dah selamat.  Sorang lagi dalam labour room sekarang ni.  Harap-harap semuanya ok. Selamat. 



Ye! ye! akan bertambahlah kepeningan aku di kala mereka-mereka ini bermain-main bersepahan.  Jap nak kira berapa orang dah ye cucu ma aku ni.
Hah! 10. Ma, sedar ke tak dah 10 ma. Hahaha! aku pun terkejut. Satu jari kena ulang dua kali. Tapi, yang ada sekarang ni 9 la sekali ngan anak-anak aku.



Tahun depan? Tak tau nak kata. Hahahaha! Kita tengok je la giliran siapa plak.  Adakah orang yang sama dengan tahun ini? Persoalan tu...


Ichiro san...ai shitteteru ( gmbr dicuri dr fb mak dia)

Berita baru diterima.  My sista dapat baby boy. Congrate! congrate!
Mama chiro, ada rasa hot ke soklan di atas...
Kuikuikui...babai...



Latest.



inilah rupenye anak buah baru aku.  sengal punya mak.  dia cakap muka putih tapi ba.. to... itam legam.  hehehe. 3.4kg. nama tak tanya la pulakkk.  nampaknya sista aku yang ni la juara bilangan anak antara kami berempat.  3 dah anak dia ye.

No comments: