September 23, 2010

bermulanya perjalanan...

yeha yeha...sudah kembali ke pangkal jalan setelah hampir sebulan bercuti secara haram...hahaha. bermulanya percutian untuk hari raya dengan cuti untuk jadi escot, baby sitter dan juga mak bidan nurse. nurse la sangat. jadinya, aku balik sekali harung je...semua jimat. 

baby sekarang. umur 7 hari dah mampu naik flight
selaku pengiring diraja yang mengiringi kepulangan anak perantau yang nak beraya di kampung sambil berpantang. akhirnya kau kutinggalkan jua...hahahaha. selamat berboringan.



kesedaran yang tinggi untuk beraya memang sentiasa ada. semangat untuk berbiskut raya memang tengah rajin. soping barang2 untuk raya harus ler. tapi, biskut raya tak beli pon sebab memang niat dihati tahun ni na buat sendiri. tahun pertama buat biskut raya sendiri. biasanya buat kek je. maklumla cuti secara haram banyakkkk sangat...so adala masa nak test buat. buat siang hari. yang tolong ngetest biskut raya adalah mak yang sedang berpantang.


dekat nak balik baru sebuk nak duduk dalam troli.


lepas balik soping. siap mengigau lagi

bila semua bahan2 dah ada apalagi kita mulakan operasi malam tu jugak. biskut pertama adalah tart nenas. resepi dalam internet. first time buat. akhirnya dapatla satu balang. rupe dah cantik da. semangat untuk buat memang berkobar2 sebab tu biskut ni dulu yang dibikin tapi biskut ni jugakkk la yang masih ada lagi sampai hari ini.





asalnya aku nak buat biskut yang marbeles ni. yang pro pun boleh menangis aku yang separa pro ni tak tau la macam mana keadaannya nak siapkan biskut ni. jadik, aku inovasikan resepi ni. still guna resipi ni tapi rupa dah tukar. jeng jeng jeng...


wahahaha...setelah dimodenisasikan. inilah dia tart strawberi. ada kelas. amacam? mau cuba ka? tapi, biskut ni kiut skit dari tart yang sentiasa hangat dipasaran. tak tau la mana silapnya tapi rasanya memang meletup ler.

last sekali kerajinan aku berakhir dengan angan-angan dengan bunga yang macam ni. tapi naper aku punya macam penyek jeh. rata je. resepi dah sama dah. siap beli mentega yang berkualiti tinggi lagi. nak tengok macam mana rupa bunga pesen baru? nah ambik...

apo kono ni?
bila dah dua kali bakar rupanya tetap sama macam ni je...sekali lagi proses inovasi dilakukan. rupa dahlia dah jadi macam rupa emmmm...ntah..

ngahahaha...dahlia kena sumpah
resepi ni memang sedap. buktinya. biskut ni dah tak boleh ditambah dah dalam bekas biskut raya sebab dah habis. warna dia memang cantik. terima kasih tuan punya resepi.

sesi kek raya pula sempat buat satu jenis je. tu pun buat ari kamis. kalau nak tunggu buat malam raya memang tak buat la jawabnya. tu pun ma suruh buat kek coklat malam raya tu tapi pukul 11 malam dia dah tumbang dah. apa nama nak buat kek. mana syok buat sorang2. nasi impit pun ma lupa nak penyetkan. resepi kek ni saya dapat dari seorang pensarah upm masa wat praktikal ari tu. resepi ada kat sini





ps: sejak dah reti berlink2 ni asik2 link aje.

okeh...nanti sambung balik ye...nak pergi berjimba jimba


1 comment:

Anonymous said...

setakat nie takde la boring dok kat umah since ada hulubalang2 kecik kat umah nie...bising la sikit umah...
tapi ada gak yg mmg x jejak kaki ke umah ni since mu xde lam umah nie di waktu siang...owh...siapakah itu....
ekeke...

beskot dahlia tu mmg sedap! leh wat lagi!!!!

~mrs.yon~