July 20, 2010

bang tips bang

mood sedikit berbunga riang sebab dapat tukar penyelia tesis...kalau tak mampus aku nak cakap loghat kampung german + omputih...aku bukan apa...taula aku pandai bi sebab tu penyelaras tesis tu bagi penyelia omputih kat aku (mood perasan)...hok aku takut tu dia tak paham apa yang aku cakap...susah siol...lain-lain bahasa ni...macam ayam ngan itik bercakap (bercakap ke ayam itik ni) pulak tu nak buat tesis tu...bukan nak buat eses 'Pada suatu malam........(arahan: sila sambung karangan tersebut) hak ni esei budak form 1...tak perla...ni tesis kena skor weiii...dua sem nak mengadap penyelia...tak sanggup makkkkk...nasib baik boleh tukar weiii...





ha...n3 ni aku nak citer pasal tips...tips kurangkan dosa berat badan..-__-, lets go bebeh

mula mula
  • jangan nak perasan boleh turun banyak banyak kg dalam masa yang singkat ok...sebab biasanya badan hanya kehilangan glikogen dan air.  Glikogen tuh kalau yang tak tau mak bgtau dalam bahasa mudahnya ialah karbohidrat.   Badan kita akan bagitau kat otak yang badan kita tengah kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik dan tak pasal pasal melambatkan badan membakar kalori.  Kan naya je perut selalu berlapar tapi tak kurus kurus.  So, biar lambat asal ramping.
 2 mula
  • jangan makan.....? bukan la...gantikan makanan yang korang suka makan macam makanan berlemak, minuman bergas, gula dan gram dengan makanan yang kurang serba-serbi.  orang kata berwasatiyah...bersederhana ok. misalnya susu lemak tinggi gantikan dengan susu rendah lemak.  jadi, korang masih boleh menikmati hidangan kegemaran korang tanpa perubahan yang drastik.  secara tak langsung gak korang boleh kurangkan kalori dalam diet harian korang.
 3 tengah
  • rajin-rajin masuk ke dapur untuk rebus air putih ok...kalau yang bajet malas tu korang beli je air mineral banyak banyak letak tepi katil...agak agak malas nak pegi dapur tuang terus dalam mulut cam tu jer...tak kisah la nak buat macam mana pun asalkan korang meminum banyak banyak air putih berbanding dengan air bergas sebab air bergas boleh tambah kalori 360kJ sehari. Banyak tu kalau dah angka 3 digit tu...bayangkan 3 angka tu fulussss...aku nak wat facial la...  
4 blas
  • poco poco jom...salah satu la...selain tu banyak lagi benda yang korang boleh buat untuk membzkan diri.  Jangan nak bajet ayu ye...rerajin la buat kerja + berjoget + berdisco.  Banyakkan bergerak supaya kalori dapat dibakar dengan laju cepat. tak salah rasanya kalau kkorang tiru rakyat China yang pegi keje naek beskal kan kan kan...hagak hagak la kalau opis 10 minit dari umah tak per gak...aku ingat nak usulkan kat tokey tokey punya bangunan tinggi tinggi...tak yah buat lif boleh tak...kalau ada lif pon saper saper nak naik kena tunjuk kad hospital...yang sehat tu sila gunakan tangga...wow...baru ler rakyat mesia sihat cergas belaka.  
  • senaman yang disyorkan adalah selama 30-45 minit sebanyak 3-5 kali seminggu. Aku? Tak yah citer la...Korang? I know U know...-__-  kalau rasa rasa ada penyakit semput tu jangan la habiskan 45 minit terus...mula mula wat la 10 minit, esok 20 minit dan seterusnya.  Orang kata pelan pelan kayuh...akhirnya sampai ke daratan juga..ntah...peribahasa sdn bhd ye...bukan apa...tujuannya supaya korang dapat disiplinkan diri supaya tak der la hangat hangat taik ayam je nak bersenam.
 
 
5 five
  • jangan nak tunjuk banyak duit...makanla secara bersederhana...orang kata ambik rasa je...ikut la amalan kunyah kunyah pelan pelan dan berhenti makan sebelum kenyang...percaya tak kalau aku cakap kalau aku makan sampai kenyang aku akan kata dalam hati...ruginya makan nasi banyak tadi...kenyang gilerrr ( ni aku yang rasa la, korang aku tak tau) selalunya memang macam tu la...kalau makan sedan sedan tu tak de rasa apa apa...    sambung lain kali boleh tak...zzzz...esok kelas pagi...baju tak iron lagi...tipu...sebenarnya dah malas nak taip...

2 comments:

Anonymous said...

saya harap, beskal di dalam bilik tengah saya tu akan 'bergerak' jika bilik itu dihuni oleh seorang student upsi....

~mrs.yon~

mrsnan said...

tips ni tak tamat lagi la...nanti ada nota tambahan la kat n3 akan datang...