July 20, 2010

konfiden jer...

 
 
 
LONDON: Pakar penyelidik kecantikan berpendapat wanita berusia akhir 20-an dan awal 30-an berada di garis puncak kesempurnaan dan lebih menawan berbanding gadis berusia 18 atau 19 tahun.
 
Hasil tinjauan pendapat 2,000 lelaki dan wanita, baru-baru ini mendapati kecantikan seseorang itu ditafsir berdasarkan kepada personaliti dan penampilannya. Saintis juga pernah berkata kecantikan itu sebenarnya bergantung kepada mata yang melihat.

Antara selebriti yang berusia 31 tahun dan dianggap berada di garis puncak kesempurnaan termasuklah pengacara TV, Christine Bleakley dan pengadil program Strictly Come Dancing iaitu Alesha Dixon serta Danielle Lineker.


Kebanyakan wanita British yang mencecah usia 30 tahun sudah berkahwin dan mempunyai anak.


Lebih ramai berpendapat wanita mencapai kecantikan sempurna pada usia 31 tahun.


70 peratus responden mentafsirkan seseorang itu cantik apabila dia berkeyakinan, 67 peratus pula mengatakan kecantikan itu mempunyai wajah yang menawan sementara 47 peratus mentafsir kecantikan dengan tampil bergaya.
 
komen aku : entah. iye ker. cantik tu kan subjektif. terpulang pada mata memandang. 
kak nana, ko jangan nak perahsan okkkk. dia tak cakap 'mesti cantik pada umur 31'.  Apapun ko memang dah cantik dah kak.  Cuma Tuhan belum bagi jodoh kat ngko je lagikkk...sabaq noh..
 

2 comments:

Anonymous said...

saya memang cantik...
kadang2 kena puji diri sendiri gak...
motivasi utk diri sendiri gak tu...
dan jugek bagi meningkatkan lagi tahap keyakinan diri...
ahaks!

saya yang perasan shantek...
~mrs.yon~

d!LLah said...

itu memang x dpt dinafikan la...hakhakhak...saya sentiasa canteekkk