July 16, 2012

i'm back

Sebulan lebih menyepi. Dah tak reti nak menulis dah. Selalu jugak menjenguk blog kengkawan. Seronok jer baca. Macam2 cerita. Keinginan tu ada tapi idea yilek. Kalau ada pun macam tak berapa nak da bom je aku punya cerita.

Dah sebulan lebih jugak aku tercampak kat tempat yang memang tak ada dalam list langsung. Tapi, masih bersyukur sebab tak senasib kawan-kawan yang tercampak jauh ke Borneo. Dan itu jugak bermakna dah sebulan lebih hidup aku dah punya rutin. Masuk pagar skul 7.15 pg dan balik 1.20 tgh tetapi kekadang sampai kul 3.30ptg aku masih di skul. Bak kata cikgu2 senior, 'biasala penyapu baru, semua kena sapu'. 





Aku ada satu kisah yang pada aku boleh cukup memberi kesedaran bahawa seseorang guru itu sentiasa mahu curahkan ilmu kepada pelajarnya selagi dia bernama 'cikgu'. Kejadian memang di depan mata aku. Cikgu yang aku panggil Kak Na memang bersemangat tiap kali nak masuk kelas dan konfem pelajar tak akan tidur bila dalam kelas dia suaranya memang sentiasa kuat dan jelas. Aku tengah menulis pada masa Kak Na ke kelas. Belum siap pun kerja aku, aku tengok Kak Na dengan dua belah tangannya penuh membawa buku dan beg pelajar kelasnya.

Rupa-rupanya pelajar kelas dia tak bawa buku teks dan Kak Na menyuruh mereka keluar kelas untuk meminjam buku teks Sejarah dengan kelas sebelah. Masa yang diberi 5 minit. Lebih daripada 5minit, tak nampak pun muka pelajar. Apatah lagi buku teks. Maka, sebab itulah Kak Na membawa semua beg pelajarnya masuk ke dalam bilik guru. Cadangnya jika sehingga habis waktunya dan jika pelajarnya tidak datang juga menuntut beg mereka, maka beg tersebut akan selamatlah berada di dalam bilik PK1. Dan pastinya jika pelajar tersebut mahu menuntut beg daripada PK1, konfem ada 'hadiah'nya sekali.

Lebih kurang 10minit selepas itu, datanglah lebih kurang 5 orang pelajar perempuan. Berdiri di pintu bilik guru. Memanggil-manggil cikgunya. Salah seorang daripada mereka dengan selambanya masuk ke bilik guru dan menuju ke meja Kak Na. 

'Maaf cikgu, lain kali saya tak buat lagi. Lain kali saya bawa buku teks' (sambil bersalam dengan Kak Na, nak mintak mahap ler tu). Dan begitu juga rakan-rakannya yang lain.

Dan aku tahu betapa kecewanya cikgu-cikgu yang mengajar di kelas tersebut sebab aku pernah diberi peluang mengajar kelas itu. Aku sendiri pun tak tahu apa motif diaorang datang ke sekolah dengan bukunya tak bawak, kekadang cikgu je yang ada dalam kelas pelajarnya merayau ke kantin, tandas, koperasi dan ada jugak yang melepak di belakang sekolah mengadap hutan yang memang tak ada pemandangan langsung.

Tadi pun kesabaran aku hampir-hampir berada di puncak. Nasib baik masih waras lagi. Aku tak marah kalau pelajar aku tak pandai sebab tak pandai akan jadi pandai jika diajar dan  pelajar memberi kerjasama. Yang aku marah sangat tu, dah tau tak pandai tapi masih perasan pandai. Kat rumah tak nak baca buku. Padahal kemarin aku dah bagitau. Bila cikgu marah mula la nak anti ngan cikgu. Semua nak 'makan suap'. Mana aci bai. Aku bukan apa, kesian kat mereka2 dan keluarga mereka je. Bila tengok markah pekse, 7G 1E 1D.  Perjumpaan ibu bapa baru-baru ni, aku dapat tengok sesetengah air muka mak bapak yang kecewa dengan prestasi anak2 mereka. Anak2 plak masa tu tersengih2 je la. Esok masuk kelas tidur jugak. Aduhai, masih tak sedar-sedar diri lagi.

Membebel plak mak cik.
Chow dulu la.
Bai.



No comments: