sayangmu aku berterima kasih
cintamu akan ku simpan selamanya
dirimu tiada ganti
itu kataku dulu
senyummu tidak lagi ku rindu
suaramu sudah tidak lagi ku damba
dakapanmu tidak lagi kuingin
tidak pernah aku menyesal
bercinta dan bersamamu
kerana itu aku tahu
ketentuan Ilahi
yang aku kesalkan
kebodohanku sendiri
jauh dimata
dekat dihati
tapi kita
jauh dihati kerana jauh dimata
kerana sebelum itu
aku berjauh hati denganmu
No comments:
Post a Comment