August 20, 2013

Raya + Cuti Sekolah



Assalamualaikum!
Sejak dua menjak ni hormon MH sangat stabil untuk mengadap belog.
Rasa rendu kat belog sendiri kalau tak buka sehari.
Ngengada kan!
Perasaan kan!
Belog berhabuk (hacuumm) mcm ni pon nak rindu kan.


Mestilahhh!!!

Hari ni bw balik keje ke rumah. Niatnya nak buat keje sampai siap. 
Malam nanti ada kelas tuisyen plak. 
So, MH nak hapdet cepat2 dan siapkan keje dan plan untuk malam ni plak..okeh. 


Uolls tau kan coti raya aritu bersekali dengan coti sekolah. 
Sebab tu la lama cotinya.
MH tak plan pape pon untuk raya.
Tak plan nak berjalan mana2 pon.
Awalnya MH rasa 'Raya tahun ni mesti macam tahun dolu2 jugak'.
Pagi raya makan juadah raya.
Rasa beskut sikit, keks sikit, bakar satey dan begitulah sampai ke malam.
MH biasanya ulang alik dari rumah MH ke rumah Ma sebab rumah kitaorang berlaga dapur jek.
Kecoh je kan.


At last, biasanya yang tak plan tu la yang terjadinya.
Adik MH yang plan nak g KL tak pegi2 jgk.
Alih2 MH yang sampai KL dulu.
Jadinya....
Tahun ni beraya + bercoti ke umah kakok MH kat Seri Kembangan ler...


Dah....
Stop semua bebelan ini...
Jom....


Layannnnnnnnnnnnn.




 Sebenarnya, kami gerak petang Selasa dari Tanah Merah jam lebih kurang pukul 5 petang. Sebabkan jem yang amat maka sampailah kami di Gua Musang jam 9.30 malam...Biasanya kalau jalan tak jem makan masa 2 jam je..So, somi kata kita tidur kat Gua Musang la dulu. Pagi esok baru gerak sambung perjalanan balik. Oklah. MH on je..lagipun dia yang kena drive kan. Kena rest betul2 la. Malam tu Alea Bety tido lambat sebab ada 2 orang sepupu somi yang ikut sekali ke KL duk layan diaorang. Pagi esoknya mak aihhh bercinta la nak kejut sorang2. Bety la yang paling lambat bangun. Pukul 7.15 pg kuar rumah pastu singgah breakfast kat GM ni. 




 Series nyaman udara pagi hari. Jalan pun clear je.



Kena kejut pagi pastu ngantuk ler dalam kete. Tido je la depa nih.





Alea dah wechat ngan Cik Dah nya cakap esok dia nak makan pizza yang Cik Dah buat. Kami disambut dengan pizza tiga dulang ler aritu. The bodyguards dua orang kat atas nih terkejut banyak sangat pizza katanya. Siap tanya jual ke pizza nih. Alih2 hari last kal umah kakok MH ni diaorang request pizza lagi sebab lapar lepas berendam lam kolam. Tak dapet ler. Dah nak balik dah hari tu..makan kat luar je la.

Letak tepi semua sayur ngan cheese. Makan part bawah tu je.
Eh! Bety mana? Budak ni memang payah nak bergambar.
Memanjang masam je muka kalau cakap nak ambik gambar.
Kandid je la baru ada muka Bety.

 Bety tengah layan Ichiro rupanya. 
Mainan baru tu.

 Resepi baru kakok MH ni. 
Marbeles.Ohsem.Tempting.
Kena cedok resepi nih.
Ichir mesti claim semua kek mesti kek birthday dia.
Layan je la.

Korang telan air liuk ek...?

Kakok MH plan nak kuar makan nasi kat luar. Tapi, sebab pagi tak breakfast..the bodyguards semua dah kebulur. Nak nasi jugak. 
Kesian.


Ragam budak2 tecik.
Seronok nak kuar jenjalan.

Okeh dah sampai. Tak sampai 5 minit pon.
Tepi rumah je Downtown ni.

 Memula tengok je dulu. Pilih2 nak main yang mana.
Dapatla 5 anak patung.
Jadila dari tak dapat langsung kan.

 Site untuk kanak2 riang nih. Pukul 12 malam baru balik. 
Puas.


Malam esoknya kitaorang ronda Berjaya Times Square plak. 
Series MH pestime jejak kaki kat sini.


 Alea muka happy sebab dapat apa yag dia nak. Bety pun dapat gak. 
Dah kemestian kena beli yang sama dua benda.
Bety memang tak der la pose yang proper dari dia.
Semua kena curi2 je.

 Singgah Dataran Merdeka. Ramai gak orang.
Bawa anak2 main kat padang ni.


Okeh picture last ni ye. Kat Times Square makan Mc D. Plan nak g makan nasi lemak Kg Baru. Nasi Lemak Antarabangsa tutup la plak. 
Singgah Restoran Dulang, dah nak tutup la plak.
Lastly, singgah kedai mamak Maulana dekat rumah kakok MH je la.
Layan roti tisu, tossei, nasi lemak.
Burpp!!!
Jom balik tido....

Kitaorang balik Jumaat malam kul 12. Sampai Tanah Merah kul 7 pagi.
Sekian siri raya + percotian yang tak dirancang. 

2 comments:

eynda said...

Serius terliur tengok pizza & kek coklat tu :-D

mrsnan said...

memang pun eynda..saya pun asyik duk teringat pizza ngan kek tu jek...kena srh chef buat lagi nihh..