April 17, 2013

Kuala Terengganu

Hai...kisah jalan-jalan 2 3 minggu lepas baru nak heboh. Sebenarnya MH plan masa cuti sekolah seminggu baru-baru ni MH nak bawa anak2 pergi jalan-jalan ke Teganu. Tapi, apakan daya MH hanya mampu merancang je, jadi tak jadi Tuhan tentukan. Hari ketiga cuti sekolah tu MH kena ciken pop. Terlentang atas sofa kat umah jer jawabnya. Makan minum semua orang sediakan. Jadi, MH dapat MC seminggu lepas tu. Hari Khamis minggu kedua kena ciken pop tu naseb baik dah ok cuma ada parut2 je. So, apalagi kita teruskan plan yang tergendala dulu tu. Khamis pukul 6 petang bertolak dari rumah. Sampai kat sana dalam pukul 9 malam jugak lepas round2 cari resort. Last2 kitaorang stay kat Batu Buruk Beach Resort je. Ok la tu kan.

 Awas! entry gambar berlambak ni ye...

 Not bad la bilik dia

 Dalam bilik memasing memekak lapar! lapar! Jom keluar.




Alea Bety memang pantang jumpa pool. Panas pon ada kukesah. 





View dari beranda. Bilik kitaorang tepi beranda ni je.

 Esoknya bangun kul 9.30pg bila perot dah bersyair. Terus sup sap sup sap siap2 turun nak g bekpes. Alea ngan bapak dia tak bangun lagi la plak. Ah..tinggal..turun ngan Bety je. Bekpes free harus diguna.

 Bety is biasala kalau orang ambik gambar dia. Ada musim dia nih.




Tak banyak pilihan sangat. Bantai apa yang ada jer.


Seharian lepak at resort tu je. Teman Alea Bety mandi kat pool. Naik bilik tido. Lapar, kuar cari makan. Petang plak round bandar KT. Boleh plak nampak orang jual durian singgah makan kat situ terus. 2 bijik jugal la. Memang hantu durian semua.

Hari kedua. Pergi TTI. Dah lama sebenarnya MH nak datang sini. Tu pun hampir2 tak kesampaian jugak la. Lepas bermasam muka baru sampai. 


 Masuk sini kitaorang tak jalan kaki. Sewa tren. Tak larat la. Panas. Gambar pon tak cantik ler main snap atas tren je.





 Kincir air ni paling baru kat sini.


























Dah habis pusing dalam tu. Round kat Masjid Kristal plak. Pon MH hangin gak ngan somi sebab dia tak nak berenti. Panas katanya. Memang pon dah pukul 12 time ni. 


Tu je lah kisah jalan-jalan yang tak der la menjadi memori sangat pasal tak berjalan sangat pon. 

Okla nak buat keje sekolah dulu ye. Bai. 





No comments: