February 25, 2010

macam-macam...

kadang2 bila ditimpa masalah barulah kita teringatkanNya. masa tu baru kita tahu segala yang terjadi di dunia ini berada di tanganNya. masa tu penyesalan setinggi gunung pun tak bererti. bila masa tu menjelma, kita dah tak payah nak salahkan sesiapa. dah tak payah nak toleh belakang. dah tak payah nak membazirkan air mata. masa tu seboleh mungkin kita kena kuatkan semangat, tabahkan hati, kuatkan iman. cari kembali kekuatan kita yang dulu kita banggakan. kalau dulu kita pernah berdiri dan berlari, kenapa bila dah tertempias sedikit cubaan dan dugaan dariNya, kita terus terduduk dan tak bangun2? janganlah kita sombong denganNya. janganlah kita malu padaNya. gunalah tangan kurniaanNya untuk menadah ke atas meminta petunjuk dan memohon keampunan. gunalah lidah yang diberikanNya untuk mengucap syukur kerana masih diberi sang nyawa untuk membaiki kesilapan untuk kehidupan masa depan. gunalah kaki hadiah dariNya untuk menuju ke rumah pujaanNya. gunalah mata pemberianNya melihat keindahan ciptaanNya sebelum kita dijemput ke sana. sucikanlah hati dan jiwa kita selagi masih ada secebis masa ini.

No comments: