Assalamualaikum..
Fuh fuh fuh...banyak giler habuk. Dah lama kan tak dengar citer. Bukan apa, tempat tinggal saya sekarang ni memang susah yang amat nak online. Setengah hari baru boleh bukak full. Usahkan nak update blog. So, can imagine tak betapa terseksanya di situ. Tapi tak per tak kisah pun.
Now bukan itu yang saya mahu ceritakan. Saya mahu cerita hari Sabtu tiga minggu lepas. Ye, TIGA MINGGU LEPAS. Kalau ikan pekasam dah memang syok dah ni digorengnya. Pada hari tu kami ada program khidamat masyarakat kat Jeram Pasu, Pasir Puteh. Bawak student form 5 yang ambik subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Dah nama pun program kemasyarakatan, jadi aktivitinya adalah membersihkan kawasan tersebut la dengan kerjasama MDPP.
Jom tengok picta2 yang sempat saya snap la ye...
Sementara menunggu MDPP datang bawakkan peralatan nak membersih, lepak la dulu.
Mana ntah dapat pancing tu. Sempat lagiii
Taklimat dari pengarah program
'Saper yang paling rajin MDPP akan offer kerja ye'.
Rajin
Atas ni asalnya memang banyak sampah, daun-daun kering...now dah clean and clear
Wanita-wanita penyeri program
Eh jap jap...saya belum ready la...
Okeh. Cun
Lepas dah bersih kawasan, acara makan-makan pastu saper yang nak mandi silakan sampai ketar-ketar pun tak per. Ok. Jumpa kat program lain plak ye.
Bai.
No comments:
Post a Comment