July 23, 2014

25 Ramadan



Assalamualaikum...
 Entry kedua untuk ramadan tahun 2014 kot. Gila pemalas MH ni kan? Bahan banyak tapi malas campur laptop rosak. Tak boleh nak transfer gambar. Redho. Ni pun update pakai tablet je. Gambar ciput bolehla guna tablet ni. Kalau bersusun nak taruk gambar tak 'naik seh' la nak update belog usang ni.

Semalam kan gaji dah masyyuukkk. Pi la bayar segala macam bil. Dalam banyak2 bil tu, tnb la paling akan ku kenang ke akhirnya.

Ni ha kita dapat benda ni.















Sweet je kan. MH selamatkan 2 biji. Satu Betty makan. Lagi satu tak tau sape. Tengok2 tinggal bekas je.

Kita ada lima hari lagi puasa kan.

Selamat berpuasa ye.







July 6, 2014

Salam Takziah

Assalamualaikum...

Ramadan pertama jam 4.00 pagi.
Sedang dalam mamai berusaha untuk bangun menyediakan juadah sahur, S3 usang MH berbunyi menandakan ada satu pesanan baru masuk. Tanpa berlengah MH membuka pesanan itu 
dan perasaan MH pada ketika itu bercampur baur dengan pelbagai rasa. Terkejut. Kelu. Sedih. Semuanya ada. Seorang rakan di tempat kerja yang MH panggil sebagai Kak Na telah menyatakan bahawa cikgu Nordin telah meninggal dunia jam 9 malam tadi. Al-Fatihah. Subhanallah. Sungguh indah perancanganMu. Arwah meninggal pada 1 Ramadan. 

Semua warga sekolah MH kira amat terasa dengan 'kehilangan' arwah memandangkan arwah seorang yang suka bergurau dan suka membuatkan orang lain ketawa. MH sendiri pun pernah beberapa kali 'terkena' dengan gurauan arwah.  MH langsung tidak menyimpan apa-apa rasa akibat 'kenaan' itu kerana MH tahu arwah memang suka bergurau.

MH tidak sempat untuk menziarahi arwah ketika arwah berada di hospital. Mengikut perancangan MH, ramadan ke 5 MH mahu pulang ke kampung dan ketika itulah MH mahu menziarahi arwah. Namun, kita hanya manusia. Perancangan Allah lebih sempurna. 

Ramadan ke 7.
Satu Malaysia dikejutkan dengan pemergian Biduanita Sharifah Aini. Jujurnya, MH kurang meminati allahyarhamah namun masih boleh 'melayan' kagu-lagu yang dinyanyikan arwah. Mungkin perbezaan zaman yang ketara membuatkan zaman MH kecil dahulu tidak didedahkan dengan lagu-lagu nyanyian arwah. MH juga kurang mengikuti keadaan arwah tetapi apa yang Mh tahu arwah memang sedang sakit. Sakit apa? MH tidak ambil peduli. Setelah mendapat berita tentang pemergian beliau barulah MH 'google' tentang arwah.

MH kongsikan di sini untuk sama-sama kita ambil pengajaran agar kita tidak ambil mudah tentang kesihatan dan keadaan sekeliling kita.




Ramadan ke 7
Dalam pada seluruh Malaysia bersedih dengan pemergian Allahyarhamah Sharifah Aini, sekali lagi kita dikejutkan dengan berita pemergian anak kepada Linda Rafar. Al-Fatihah. MH merupakan 'follower' instagram Linda Rafar. Serba sedikit MH mengikuti perkembangan anak Linda Rafar, Memen. Anak remaja berumur 12 tahun. Ya Allah, syurgalah tempatmu.
Arwah telah selamat dikebumikan tengah hari tadi. Kelihatan Linda Rafar sekeluarga tabah menerima ketentuan Ilahi.

Petikan dari Sinar Harian.

ANAK lelaki pelakon Linda Rafar, Rezaimen Keiflin, 12 meninggal dunia hari ini akibat ketumbuhan kronik dalam perut sejak awal tahun ini.

Linda memaklumkan pemergian Rezaimen melalui laman sosial Instagramnya, kira-kira jam 6 petang tadi.

Linda memuat naik gambar anak lelakinya itu dengan kapsyen, “Al-Fatihah. Moga anak mama tenang di syurga ALLAH.”

Dua hari lalu, Linda sempat meminta agar pengikut-pengikutnya turut mendoakan kesembuhan anaknya itu.

“Assalamualaikum semua. Pada bulan Ramadan ini saya minta jasa baik sahabat semua bacakan beberapa surah al-Quran dan doa untuk adik Rezaimen Keiflin dan selepas itu, berdoalah apa supaya sel-sel kanser dalam badan adik Men berkurang,” katanya.





Al-Fatihah.

July 3, 2014

"Segmen: Cik akak mencari bloglist julai 2014".

Salam 5 Ramadan muslimin dan muslimat semua,

MH kan suka nau bw tp MH jarang tinggalkan jejak. Semalam masa sahur MH bw lagik. Jumpalah satu blog cik akak ni buat segmen untuk merapatkan silaturahim antara blogger semua. Jom kita join segmen ni nak.

 

Sesiapa yang minat nak join jugak tu boleh terjah blog Cik Akak KAT SINI YE. 
 Bulan ramadan ni elok benar la kita merapatkan silaturahim tu ye. Kang raya boleh datang umah ye cik akak.

Okla...Korang karang la dlu entry tu. MH nak zzzzz kejap.
 Bai.







June 28, 2014

29.6.2014






Esok dah puasa ye uollss.
Malam ni terawikh.
Pagi esok sahur.
Bangun pagi jangan buat2 lupa lak buka peti ais togok air.

Dugaan hebat sangat ni musim panas ni.
Pesan MH minum air banyak2 masa sahur tu.
Biar kembung peyut tu.
 Tak per.
Peyut korang bukan peyut MH.
Hahahaha.
Okla. Bai.

Selamat Berpuasa.

June 5, 2014

Masak lomak cili api

Assalamualaikum...

Boring kan cuti panjang2 ni. Tak tau nak buat apa. Perasan boring. Padahal kerja menimbun. Kerja sekolah pun ada lagi yang tak siap. Time cuti cenggini MH tak der kerja lain selain daripada gugel resepi. Bila dah dapat yang sesuai mulalah nak try. 

Hari ni MH masak lemak cili api ikan kerisi. Tak pernah buat pun lagi sebelum ni. Buat stail orang negeri sembilan masak tu. Tak payah masuk bawang tu. Lepas tu letak cili banyak-banyak. Tapi MH letak 4 biji je cilinya. Takut kang duk ulang alik keluar masuk tandas je. MH ok lagi..yang tak tahan pedas tu somi ha..kalau letak 10 biji tak tau la macam mana. MH dengar orang nogori smp berpuluh puluh biji letak kan?

Pernah gak rasa orang nogori masak. Memang pedas.





 Emmm...serius sedap weh..dah tau rahsia masak lemak ni ari2 la gamaknya nak makan macam ni.

Oklah bai.


June 2, 2014

Dapat jugak

Assalamualaikum...

Selamat bercoti sekolah untuk students dan cikgu2. Cuti sekolah bagi MH adalah masa untuk makan banyak2 lepas dah kenyang tido lagiiiii. Dah namanya cuti kan. Tak der apa nak buat. Ari khamis minggu lepas balik kampung. Baru sampai ke tempat mencari rezeki ni malam tadi. Rasa tak boleh tinggal umah lelama. Risau. Kan sekarang ni banyak kejadian pecah rumah. Walaupun rumah MH tak der la barang berharga tapi buatnya di angkut tv, peti ais, mesin basuh tak ker hazab MH nak membeli baru semua tu. Makan tahun plak nak penuhkan isi rumah. Lagipun masih ada keje yang tak siap kat sini sebenarnya.





Aritu MH ada try anta untuk sampel percums tumix ni. Sesaja try anta. Tak mengharap pun untuk dapat. Sekali....3 peket dapat. Wow. Lepas ni boleh try masukkan tumix ni dalam masakan dan boleh hantar peraduan dan menang rm100000 okeh. Korang nak? Bukalah tumix.com tu dan klik untuk sampel percuma dan isikan maklumat diri je. Dan tunggu abang posmen anta depan umah.

Oklah..MH nak tengok cerita sarafina lepas ni.Bai.



May 29, 2014

Random: Foods

Cerita hari semalam. Bawa bekal utk anak2 kat sekolah. Ada upah untuk student yang rajin pegi kelas tambahan semalam. Alhamdulillah. Licin.



Ada satu petang tu kami pegi jalan2 kat area rumah sewa lama kami. Pakcik tepi umah jiran kami dulu tu panggil srh ambk buah mempelam@pauh. Syurga. Banyak gillss dia bagi. Ambk je byk mana kitaorng nak. Tapi kena panjat @ kait sendiri la. Somi panjat. Ada yang kena peram dulu. MH macam tak caya sebab dapat ambk buah pelam yg MH suka makan direct dari pokok. Selalu duk beli je. Pelam siku raja plak tu. Org kelate mesti tau la keenakkan buah pelam siku raja ni.



 Breakfast bila ntah. Yang pasti breakfast ni memang marbeles ar. Nasi kerabu ayam bakar. Beli kat kedai.



Cotton japannese cheese cake. Homemade. First time buat. MH ni penggemar cheese cake sebenarnya. Tapi yang ni macam tak suka la rasa dia. Kalau beli kat kedai best je rasa dia. Malas da nak buat kek ni. Baik beli je confirm licin.



Biasa petang2 kalau rajin sangat uli la kuih2 yang senang bangat dan sedap ni.



Nuget Alea dan Bety. Kalau bendalah ni ada dlm peti ais memang tak tenang hidup MH. Asyik nak makan ni je. Kena goreng pastu MH malas nak masuk dapur ha acaner tu. Kekadang tu Alea goreng sdri je. Time rajin toksah cerita la. Mcm ni la jadinya siap ber'love' bagai kan.



Bento MH. Kekadang je berbento ni. Selalu makan kat kantin je. Anak-anak taknak bawa bekal pi sekolah. Naseb baik. Tak yah la MH bangun awal pagi nak bersilat kat dapur.



All time feveret. Megi. Masaklah macam pun memang sedap kan. Setuju?