February 21, 2014

Rajin

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua.
Minggu lepas hari jumaat rasa macam sekejap saja.
Sabtu sekolah ganti.
Tak sempat nak buat apa pun.

Minggu ni ha ambek kau.
Plan nak masak macam2.
Kita tunggu je la.

Ni cerita Betty.
Budak ni dah darjah 1 da.
Tak sangka senang je nak gi skul.
Tak yah tunggu2.
Minggu pertama sekolah je kena hantar ke kelas.
Lepas tu dah boleh lepas dia ngan kakak masuk pagar skul berdua je.

Kekadang tu malas nak gi skul.
Bikin MH hot je.
Tapi, MH dah tau kelemahan dia.
HANGER!
Kalau dia nangis tak nak g skul.
MH pegang HANGER je terus slow down suara.
Kekadang tu bukan setakat pegang je.
MH libas ngan hanger pun dah.
Geram sangat.

Ada satu hari tu MH jemput balik dari skul.
Masuk kete dia terus citer pasal kawan dia.
Nama Syafikah (ejaan x tau la betul ke tak ni)

Bety : Mama! Saing (kawan) adik nama Syafikah tu cikgu tanya dia 1+1 dia jawab 60.
Mama : Hahaha! (Memang gelak tak hengat la MH pun)

Bukan nak ketawakan budak tu.
Tapi cam comel je.
Budak2 kecik kan.
Sampai ke 60 dia jawab.

MH tabik arrrr ngan cikgu2 yang ajar darjah 1, 2, 3 ni..
Sabar sangat.



Selalu je balik sekolah terus buat keje rumah. Kekadang MH pun malas nak layan. Kita pun baru balik jugak mana nak masak nak mandi semua kan.

Petang skit bila kakak dah balik kena gi mengaji lak. Baik siapkan terus.



Kekadang pemalas gak ni. Baru tulis tak sampai 1 baris pun. Macam2 alasan. Sakit perut la, lapar la, sakit gigi la.



Okla...cerita untuk hari ni.
Bai.


February 17, 2014

Kek Lumut

Assalamualaikum...

Memalam macam ni update pasal kek...tak ker haru biru yang terliur nak makan kek ni memalam buta kena cari bahan2. 

Tapi, bahan2nya senang bangat aje. Basic je.
Resepi asal kat SINI (KLIK)

Korang boleh copy and try buat ye.
Malas la plak MH nak tempek resepi dia kat sini.
Korang KLIK je.

Rasa dia ok la.
Cuma bagi MH manis skit kalau betul2 ikut resepi tu.
Kalau korang tak nak manis kurang gula tu.
MH boleh plak lupa nak kurangkan.
Biasanya kalau ikut resepi baru MH akan kurangkan.
Kek ni sedap kalau makan masa panas2 tu.








Amacam? Ada rasa nak buat malam ni jugak ke?
Buatla korang.
Boleh bawak pi kojo esok kan.
Okla. Bai.

February 8, 2014

Gong Xi Fa Cai ma..

Assalamualaikum..

Semalam hari ke 9 tahun baru cina kan. Patutla malam tadi pom pom pom bunti bunga api yang chinese selalu bakar tu time raya cina. Hari ke 9 adalah hari untuk menghalau hantu ikut kepercayaan orang cina. Orang cina ada 6 hari lagi nak raya tau. Diaorang raya 15 hari okeh.

MH pun dapat tempias limau sekotak ye sebelum raya cina aritu. Murah rezeki. Kembung perut makan limau. Penuh peti ais.



3 hari je licin terussss.
Ok.Bai.

February 7, 2014

Cuti cara kami #2


Assalamualaikum...

Siri 2 aktiviti masa cuti.
Kita tengok berapa lama boleh bertahan dengan siri-siri ni.
MH memang macam ni.
Semangat kejap je.
Bak kata Awie 'Ini semua poyo'.

Dah lepas masak-masak, kemas umah semua, masa untuk MH pulak.
Camni la caranya membelai muka.
Puiiii.
Mask ni dapat free masa MH beli online masker strawbery Naura Kay.
Gambar tak der la plak. Lenkali eh.



Best pakai mask ni.
Sejuk and bau stroberi.

Ok.Bai.

February 4, 2014

Cuti Cara Kami #1


Assalamualaikum..

Cuti kali ni MH tak blk kg pun. 
Muhasabah diri sendiri dan anak-anak.
Belajar untuk redha.
Tempat kami di sini.
Cewahhhh.

Bukan apa. 
Sebenarnya MH nak ajar anak-anak.
Supaya terima hakikat dan biasakan diri diaorang untuk tinggal kat sini.
Alhamdulillah berjaya.
Tak mintak nak blk kg pun.
Kg la sangat.
Negeri sama lagi.
Cuma daearah je beza.
Naik keta adalah 2 jam lebih2 baru sampai umah ma.
Bolehla nak feeling2 blk kg kan.

Lagi satu MH malas nak berjem2 bagai ni.
Duduk sini tenang je.
Tak makan asap pun.
Boleh tengok orang2 KL berjem2 nak blk KL lg.

Tapi.
Anak2 kena ada upah la tiap2 petang.







Ni lah upahnya...
Bukan main lg kalau dapat main ni.
Tapi kena pergi cop tempat awal2 la.
Kalau ramai orang diaorang tak nak main.
Panas pun panas la.
Janji dapat main..

Pagi ni dapat menaip dengan tenang je.
Anak2 pi skul dah.
Esok dah start keje.
Semangat nih cuti lama kan..
Ok tipu...liat sebenarnya..
Eh tak lah..
Rajinnnnnnn...yes MH sangatla rajin..
Positifkan minda dan diri ye MH

K. Bai.