January 30, 2014

Zamir: the cooking star

Assalamualaikum...

Da habis da masterchef all star. 
Tahniah Zamir.
Muda lagi dah bergelar dermawan.
RM55k yang dia menang tu adalah untuk dihulurkan ke rumah kebajikan Teduhan Kasih.
Good. 





Ok..sekarang cerita masak-masak MH plak la ye.
Memang tak layak pun nak masuk masterchef.
Masterchef kat hati anak-anak ngan laki sudaaa.
Sarapan time cuti.
Bolehla nak berhias segala macam ni.
Cuba kalau time sekolah, mak pak nasi beli kat kedai, anak-anak beli kat kantin sekolah.



Masakan time cuti pun banyak skit la.
Ada la dalam 4 jenis masakan.
4 jenis tu pun dah dicampur ngan lauk pauk anak-anak.
Nak buat mcm mn, selera mak pak ngan anak-anak kadang-kadang tak sama.
MH la jadi mangsa kena masak pelbagai.













Ubi ni cantik kan.
Kaler purple.
MH kukus bukan rebus ye.
RM5 sekilo.
Cupcake tu MH buat ari Isnin lepas.
Marjerin cupcake je.


Yang ni nak perabiskan roti yang somi beli.
Beli bukan brand Gardenia macam ni la jadinya.
Takkan habisnya.
Kebetulan memang dah lama MH nak makan puding karamel.
Google la resepi puding roti karemel.
Jumpa resepi kat sini.

MH copy kan untuk u all ye..

PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg Hana

sumber : K.Nor

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je



Hari Ahad punya cerita.
Balik sklh masak ikan merah gulai lemak kuning ni.
Untuk anak-anak MH gorengkan ayam.
Ulam daun salom (betul ke eja cam ni ek), petai jeruk, budu.
Simple.
Tapi


Sedap.
Anak-anak sampaikan tak nak ayam goreng tu.
Pakat makan ikan gulai semua.
Biasanya memang jarang anak-anak makan ikan ni.
Matiklaaa nak makan ikan yang mahal-mahal je.
Kopak la mak kau.


Itu je cerita masterchef yang memang juara kat rumah ni.
Bai.

January 26, 2014

Cheezy ball sah-sah bukan by KFC ye

Assalamualaikum...

Hari tu kan bila bukak resepi dan masak-masak kat fb adalah satu akak ni post resepi cheezy ball. Pastu MH rasa macam best je. Comel je akak tu buat. MH pun memang verangan nak buat sendiri la kan. Konon tak feeling omak-omak la kalau semua nak beli kan. 

Nah....ambikkkkk


MH memang tak suka serbuk roti tu. Pastu kan tak celup telur pun lepas dah bulatkan tu. Sangat menderhaka dengan resepi kan. Sudahnya ginilah...boleh makan la. Tapi MH sorang je la yang makan. Kuag kuang kuang kuang....

Moral of the story adalah jangan nak memandai-mandai bolehhhhhh...

Ok. Bai.

January 20, 2014

Memang biasa cuti hari Jumaat ni..

Assalamualaikum...

Hari Jumaat aritu negeri selain pantai timur dan Johor bercuti ek..
Patutla kawan MH yg kat Perak post kat fb 'cuti 3 hari derak KL dulu'
Ingatkan cuti apa
Rupanya cuti Thaipusam

Bagi kami Jumaat memang hari cuti pun kat sini
So, sama je...
Tak terasa cuti tu..
Ahad keje balik.
Sama.

Makna cuti bagi MH ialah:
Malam tu tido lambat.
Bangun pagi pun lambat.
Hari masak2 spesel skit.
Boleh buat keje umah lebih skit.
Boleh buat income sampingan kat fb.
Boleh update blog kalau story banyakla.

MH nak tempek gambar makanan banyak2 sebenarnya.
Tapi malas lagi la nak transfer.
Satu ni je la dulu ek..


Mee rebus singapore yang super.

Ok.
Bai.


Sumber inspirasi

Assalamualaikum...

MH sekarang tengah mentelaah beberapa blog yang tip top lah.
Followers ribu riban.
Saja je nak kuatkan semangat untuk verangan...

Blog mamatiamia ni memang boleh dijadikan sumber inspirasi untuk wanita yang bekerja.
Walaupun bekerja hampir setiap hari akak ni masak untuk twin dia, suami dan jugak uwan.uk 
Selalu tu kalau masak dia hias cantik2 je.
Sukalah.
Selalu terjah blog dia untuk damaikan hati.
Sebabnya kat rumah dia banyak pokok.
Hijau. Warna-warni.

Percaya tak?
MH start tanam daun bawang lepas baca blog dia. 


See?
Dah hidup dah pokok daun bawang MH.
Perasaan?
Sangat2 gumbira.

Ada lagi.
Nah..




Hahaha...
Lawak tul tanam pokok bunga.
Baru nak berjinak dengan berbunga.
Macam ni la.

Okeh, korang kalau nak tenang-tenang boleh pergi ke blog mamatiamia ek.
Oklah.
Ngantukkk tapi rasa macam nak tengok movie tapi mata dah nak tutup tapi nak tengok movie.

Bai.


January 15, 2014

Serius tak tau nak letak tajuk apa...asalkan blog berupdate sudahhh

Assalamualaikum...

Nak lepaskan entry yang terpendam sebenarnya ni. Setiap kali belek2 telepon mesti rasa tenang je tengok gambar2 ni. Gambar ni MH snap ms otw ke Kuala Terengganu sebelum raya haji tahun lepas. Tengok dah berapa lama dah kena peram...

MG dari Gua Musang. Habis keje terus zappp bertolak. Lalu ikut jalan yang tak pernah lalu. Walaupun jalan tu macam boleh menjahanamkan kete tapi rasa seronok la sebab boleh tengok pemandangan yang sangat indah. Banyak kali gak stop sebab nak ambik gambar..jom kita layan mata ek...

Singgahan pertama..Santuari Gajah Sg Ketiar.


Gambar gajah memang tak der yang dekat ye uoll. MH sangat la takut nak pi dekat.


Nampak tak gajah tu diaorang lepas macam tu je. Sebab tu MH takut nak dekat. Buatnya dia mengamuk..habisssss













Meh kita layan pemandangan yang sangat damai...


















Jalan memang lengang je...



Korang layan la ek..
MH nak sambung buat keje sekolah jap.
Bai.

January 14, 2014

Semalam hari Isnin..

Assalamualaikum


MH kan duk belah pantai timur. Jadi tak der istilah Monday Blues sebab belah sini start keje hari Ahad. Kena buh Sunday Blues la gitu. 

Tapiiiiiiiiiii

MH dilanda monday blues jugak la. Sunday nya ok jerrrr pi keje. 
Smoothhhhhhh omputih kata.

Tetibaaaa
Pagi senin tu sebab nak melarikan diri dari Bety takut dia nangis sebab somi MH hantar MH pi keje dulu baru hantar Alea Bety pi sekolah.
MH turun kete cepat2 takut nanti Bety nangis tak nak g sekolah.

Pakai jubah kemain la kan konon vogue la.
Jalan pun sopan santun je so that jadi role model kat student kannnnnnnnnnn.
Padahal perasaan kita je.
Naik tangga elok lagi. Pass.
Dah selesai naik tangga MH rasa kenapa MH jalan rasa macam selipar ni tinggi sebelah ni.
Tengok-tengok...
Ya ampuunnnnnnn...
Malunya...
Pastu duk gelak sorang-sorang....



Hakikatnya semalam hari Isnin, MH pi keje pakai selipar kawen.


Da puas kena gelak dengan kawan-kawan kat fb, kawan MH yang keje kat Perak lak post lam fb gak cerita dia..


True story, pi sekolah pakai baju kena gigit tikus ke lipas eh macam ni rupanya. Hahaha...ni bukan berpakat ye. Ni baru betul2 monday blues...
Nak cover malu sebab ada kawan2 fb kata kami berpakat terus keluar ayat...
'cikgu2 ni gaya tak penting sangat, yang penting semangat nak mendidik anak bangsa'
tapi
memang betul pun ayat tu kannnn...

Cer citer pasal sunday monday tuesday wednesday thursday friday saturday bluessss u all plakkk...
Meh kita pakat gelak sama-sama...
Bai..

Hari ini..

Assalamualaikum...

Hari ini semua orang bercuti sempena hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari kelahiran baginda yang jatuh pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah.





SALAM MAULIDUR RASUL





Bai..