November 26, 2013

Fenomena kek

Assalamualaikum...

Selamat petang...

Pepatah melayu mengatakan 'Lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji' kan. Seperti yang MH janjikan tengahari tadi, MH buatkan entry untuk kek yang tengah hot sekarang ni..Kek Keju Meleleh@Snow Cheese Cake.

Kalau rajin google banyak versi sebenarnya resepi kek ni. MH pilih yang senang je. Bahan-bahan pun mudah dapat. Okeh...resepi asal ada KAT SINI.

Tapi untuk korang semua MH letak jugak kat blog ni ye.

Lepas study resepi ni apalagi cepat la pergi beli bahan-bahan.
Kalau yang dah ada bahan-bahan kat umah tu cepatla pergi masuk dapur kecahkan dapur.

MH bukan 100% ikut resepi ni. 
Macam tepung MH guna tepung gandum je. Menjadikkk.
Pastu bahan-bahan lain MH buatkan separuh sukatan.
Sebab.
MH duk laki bini je.
Tu pun MH sorang je makan rasanya.
Laki MH biasala dah 2 3 hari dalam peti ais baru nak tanya 'da habis kek aritu'?
MH jawab dengan jeling-jeling manja je la..(konon...)


Kek Keju Meleleh

Kek:
100g tepung hongkong (kalau takde boleh guna tepung gandum)*
60g tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
75g mentega cair
 
Cara:
Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.Pukul sampai gebu baru masukkan
mentega cair.Sebatikan.
Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.
 
Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair
 
Untuk hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut
 
Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese
di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek.


Satu lagi, MH tak letak cheddar cheese. 
MH try letak mozarella cheese.
Sebab.
Tak jumpa cheddar cheese.
Pastu, MH google ada yang kata kalau letak cheddar cheese banyak rasa dia masin skit.
Lagi satu, dah lepas kek dimasukkan dalam peti ais, dah sejuk okkkk je, MH rasa la.
Cam meleleh-leleh la cheese dia...rasa sedikit muak.
So, MH ambik keputusan tak payah letak dah cheddar cheese dia.
Makan macam tu je.
Tapi still sedapppp jugakkkk.
Selamat mencuba la ye.
Jangan putus asa.


Ok lah.
Bai.


Mama bosannnn...

Assalamualaikum...

Since sekolah tengah bercoti ni, MH sedikit kesangapan kebosanan kebluran ke apa lagi eh...
Nak nak pulak anak2 dah MH pos balik ke kampung. Tinggallah kami laki bini kat sini..
Lagiiii la bosannya..
Nasib baik MH ambik tawaran jadi pengawas SPM itu hari.
Ada la jugak kerja nak buat.
Tapi hari ni MH cuti sehari.
Baru sehari dah tahap gaban dah ni bosannya.
Nak perabih lagi lebih kurang sebulan cuti nih...adoiiiyaiii
Kalau MH ni ada otak berbisnes kan best.
Boleh duk g mari g mari jmp customer kan..(berangan tak salah dik non)

Jadi..
Untuk menghilangkan rasa bosan tu marilah kita gunakan apps yang ada dalam samsung naif MH ni.

Paper Artist nama dia...

 Lawak giler muka kakok MH ngan BIL...MH memang cun ler muka sekerat je..
Sempat berpicture masa tengah jalan kaki ke TH Hotel Terengganu, hantar ma ngan wae nak g haji..

 Ha ni..anok pompuan sulung MH ngan kak ciknya..
anak pompuan memang gini eh..
suka melawa..
jangok..


 Ni? Betty...OTW balik kg itu hari

 Pewwwiittttttt
Cun.

 Miss Nadia...tak lama lagi dah tak de de miss miss tu..kannn Nadia?

 Cer tengok muka Betty...mesti macam itu pesennya kalau orang mintak makanan dia. Muka tak puas hati...muka kedeks...

Hancurrrrr...tiang depan dah runtuh bai..



Cukup la tu...nanti uollss bosan plak kan...
Karang skit MH update resepi kek yer..
Ok. Bai.

November 22, 2013

Comel jer

Assalamualaikum...

Entry MH di pagi hari yang sangat sejuk dengan hujan dua tiga titik kedengaran sayu-sayu.

Lagi sayu dan sebak hati MH bila teringatkan kisah dan video Ahmad Ammar yang tengah 'femes' sekarang ni. A-fatihah untuk arwah.



Ok...lets continue cerita pagi ni. 

Cerita bersambung dari kisah BETTY ni. Cer tengok gaya tido baby ni. Macam-macam stail.




No camera please.

Yang pasti baby ni bukan  Alea atau Betty .



November 20, 2013

Tidurlah wahai anakku

Assalamualaikum...
Hai...


Musim bah dah makin hampir kan? Cuaca sejuk jer...Bestttt. Tidooooo.
Dalam kepala otak MH ni asyik ingat nak makan:
1.Ubi kayu rebus cicah kelapa muda(ubi kayu cicoh nyor)
Gambar minggu lepas masa balik umah ma.



2.Pulut gaul kelapa muda (pulut gaul nyor)
Gambar takder sebab belum buat lagi.
Syorggaaaaa.
Time hujan cenggini makan dua benda ni.

Masa tengah goreng lempeng MH review gambar kat fon. Banyak jugak gambar yang belum ditransferkan. Tetiba nampak macam banyak pula gambar si Betty ni tidur. Meh kita tengok nak?

Lepas balik beli barang dapur nih. Penat.

 Balik dari sekolah. Khamis ada pjk. Penat lagi.


Yang ni tidur bersambung dari gambar first tu. Balik sambung tidur kat sofa lak.





Dalam kete jugak.











Okeh....gambar bawah ni uollsss jangan pengsannnn okeh.










Perut ketul-ketul.

Ok. Bai.