June 11, 2013

OZarah Kafe

Hai...

Entry kali ni MH nak review satu kafe kat KB ni. MH pun dah lupa jalan mana tapi kafe ni berhadapan dengan Kelantan Silk Store, kedai kain. Pestime ni makan kat situ. Macam mana MH boleh ke situ? Ha..macam ni ceritanya. MH ngan Miss Nadia pegi KB nak cari hadiah Hari Guru untuk semua guru kat skul ni. 




Klise sangat kan hadiah untuk cikgu. Biasala bila dah cikgu sinonim dengan buku ler. Tapi, ada lagi hadiah sampingan yang kebabom lagi okeh.






Dah habis kerja barulah kita pergi berpoya-poya ye. Jom kita ke Ozarah Kafe. Hari tu tekak MH rasa cam nak western kan, so bagitau Miss Nadia ler MH nak makan ciken cop hok paling marbeles kat KB nih. Asalnya Miss Nadia nak bawa MH ke Selera Cik Siti tapi tutup la plak. Kebetulan haru tu hari Jumaat. Tengah blur tak tau nak g mana. Miss Nadia kol Aida Mak Buyung Sengal sebab Aida ni lagiiii expert area KB nih.







 The Menu


Dalamam kafe boleh tahan


Aida Mak Buyung yang Sengal pada hari tu.




 Yang ni Aida punya. MH ngan Miss Nadia order ciken cop. Aida dah kenyang sebab dah makan kat umah katanya. Dia tk ngikut soping cumanya g makan je. 
Sedap weh apa benda nama dia lupa dah.

 MH order air pisang. Tak masyukkk arrr.
Tak habis pon. Berangan nak menambah air, segelas tu pon tak habis.


Ciken cop dia marbeles. 5 bintang la MH bagi. Sos dia sedap wokeh.


Penutup entry harusla gambar tuan rumah kan kan kan kan...

Bai.