October 30, 2012

entry borong 2

Assalamualaikum...

Huisshhh dah sebulan lebih dah blog tak bertuan. Bukan tak on tapi on sebab nak baca entry u all la. Update blog sendiri hareeemm. MH memang sibuk sesangat sekarang ni. Kalau time tak sibuk pun still ada jugak kejenya. Keje ni memang MH tak boleh tinggal. Wajibun buat. MEMBUTA. Balik keje je konfem. Tiap2 hari lak tu. Ishh ishh ishh...sungguh tak baik kan. 

Entry borong ni MH dah penah buat dulu. Sebab malas nak update hari2 kan maka wujudlah entry borong ni. 

Mula MH nak citer pasal team TRW kita tu. Hebat. MH bukannya minat sangat sebenarnya tengok bola ni. Yang MH ingat time sekolah menengah dulu je tu pun dalam form 1 or form 2 je. MH minat sangat dengan Azman Adnan yang masa tu dia main untuk team Selangor. Memang minat giler arr. Satunya sebab dia hensem. Duanya sebab dia nampak cam macho masa atas padang. Sampaikan ada sorang mamat kat sekolah dulu yang muka dia iras-iras Azman Adnan pun MH minat. Boleh? Selalunya memang macam tu la kan. Lepas Azman Adnan tukar team, dah tak minat dah tengok bola. Tak tau la kenapa. Mungkin sebab peningkatan umur kot. Umur dah up jadi remaja sikit kita minat benda lain lak kan.

Final malam tu MH tengah buat kek bestday untuk somi. Konon nak buat seprise la kan. Somi lak g tengok bola umah abang dia. Kat situ tengok ramai2 best la kan. MH tengok bola malam tu pun dah separuh masa kedua sambil2 tengah tunggu kek dalam oven. Lepak umah sepupu sebelah umah. Tengok ramai2 gak. 

Petang esoknya MH gerak ke GM dalam kul 4 petang. Tak sampai setengah jam jalan MH rasa macam meriah je tepi-tepi jalan tu. Ramai budak2. Pulak tu semua pakai baju merah. Jalan sikit lagi tiba2 ada 3 biji 4x4 yang ada bendera Kelantan. Masa tu baru ingat. Penyokong TRW rupanya. Memang meriah sepanjang ke GM dua jam setengah tu. Tak boring langsung. MH biasanya drive sorang2 ke GM. Memang bosan gile. Hari tu seronok plak rasa. 

MH memang tabik dengan rakyat Kelantan hari tu. Memang nampak sangat semangat kenegerian tu. Sepanjang jalan bila selisih dengan penyokong TRW mesti bunyikan hon tak pun nyalakan lampu. Yang lagi best sapa2 yang buka cermin tu duk lambai2 tangan. Sweet sangat. 


Ini je yang sempat MH snapkan. Ada lagi sweet tu ada kat satu tempat tu. Lebih kurang dalam 15 orang budak2. Kat tengah2 budak2 tu ada sorang atuk yang macam watak dalam komik apa ntah dulu2 tu. Gila2 ke apa lupa dah. Semangat sungguh atuk tu. Angkat bendera lambai2 kat kete penyokong TRW yang lalu kat situ. 




Ini dah dekat2 nak sampai area GM. Tiap2 minggu MH duk ulang alik TM-GM tak penah lagi la time gelap2 macam ni kete banyak cenggini. Selalunya MH sorang pastu ada la 2 3 bijik kete lain. Hari tu memang banyak kete la. Tak tau la pasal apa. Sepatutnya akan jem arah ke KB. Ini tak. Dua2 belah jalan jem.


Next story...



MH dah reti buat tiramisu cake. Dah lama duk teringin dan mencuba baru la dapat. Tapi yang ni MH guna kek cifon yang dah jual kat kedai tu la. Yang pakai biskut tu belum try lagi sebab tak jumpa lagi biskut tu kat mana2 kedai area TM ni. 3 bijik kek ni masa celebrate bestday anak buah. Hajatnya nak buat dua bijik je. Pastu Bety duk mengamuk nak kek bestday dia jugak. So, MH buat sebijik lagi. Jadi ada 3 biji kek aritu. Kek coklat, kek lapis kukus krim keju dan tiramisu.


Citer lain lak...

Malam final bola tu MH kan duk sibuk buat kek besday somi. Try buat RV lak. 





Pastu kejadian sama jugak. Bety sibuk nak kek dia jugak. Lagipun MH dah plan nak buat cupcake sikit sebab nak bagi kawan kat skul rasa. So, kek besar untuk papa diaorang. Satu cupcake nombor 7 tu Alea punya. Yang nombor 5 tu Bety punya. Kalau u all perasan kek besar tu ada gambar kete kan. Simbolik tu. Nak beli yang real punya mana mampu deknon. So, MH tempek gambar kat lidi dan pacak kat kek tu. Hahaha!!!! Amacam ada bran? Somi duk berkenan kat Camry tu pasal tempek gambar Camry tu. Kuang ajar punya bini kan? Esoknya, somi buka peti ais. Terus dia cakap "Rasa macam ada Camry dalam peti ni". MH :). Tak perlu kata apa2.


Cerita raya haji 2012...


Ni kira first time la MH duk luar daerah pastu perasan balik kampung bersesak sesak dengan orang luar Kelantan nak balik beraya. Biasanya MH drive dari GM-TM dalam dua jam setengah je. Hari Rabu sebelum raya haritu pecah rekod masa. 4 jam lebih deknon MH dalam kete. Perasaan tak payah nak cerita. Bila sampai Kuala Krai tu rupanya ada orang tengah repair jalan. Tak ke &%^#@$^$. Time2 orang nak balik raya dia boleh repair jalan. Bila dah lepas trafic light Kuala Krai tu, trafik lancar terus. 

Sampai TM dalam pukul 6 lebih. Angkat2 barang, tukar baju terus zapppp pergi cari makan. Somi duk nak makan magi ketam kat kedai makan sebelah pasar borong Machang tu. So, on le. Alih2 ketam tak der. Udang galah pun tak der. Kekdahnya kitaorang pun order la belut paprik, telur dadar, sup daging dan namprik pau(gambar depan sekali). Namprik pau ni MH tak pernah rasa. Tapi, tak memenuhi selera la. Semua. Fail. 


Esoknya hari Khamis. Orang Kelantan kata 'hari buat tupat'. Jumaat dah raya. MH buat 2 jenis kek je. Kek coklat memang wajib. Wajib sebab Alea ngn Bety suka. Lagi satu Tiramisu. Lagi. Tiramisu tu sebab adik bongsu MH suruh buat untuk dia masa MH buat kek RV tu. Dah malam mana nak cari bahan2 kek. MH cakap ngan dia tunggu nanti raya.


Atas sebelah kiri tu agar-agar tembikai atau nama gelemernya kitaorang panggil "beledo timun". Sepupu yang buat. Tepi tu kek span. Adik yang buat. Rasanya ada yang panggil kek gula hangus ke kek sarang semut ehh. Lupa. Sungguh. 

Pastu hari Ahad lepas raya MH buatkan sekali lagi kek coklat. Untuk adik ipar yag duk N9. Nak bawa balik sana katanya. Sebab tak muat bekas, MH tak buat 1 loyang. MH buat loyang kecik satu, pastu bekas plastik yang kecik tu 2. Yang atas tu untuk Bety sebab nak pujuk dia aritu. Mengamuk nak bawa naik basikal dia atas umah. Ada ke patut. Bawah belah kiri tu MH nak bawa ke GM. Tepi sana tu untuk adik ipar.





MH kan selalu lupa nak ambik gambar family. Ni je la gambar raya tahun ni. Tu pun anak buah yang snap masa kitaorang pergi beraya umah kakak ipar. Tema hitam. Menawan. Alea dan Bety. Nak tengok Bety senyum memang susah. Gambar bawah tu je lah kalau ada pun. 

Apasal MH rasa entry ni banyak gambar makanan eh. Patut kena tukar tajuk nih. Ni pun masa buat entry ni MH tengah mengadap nescafe GOLD ngn muffin perasa pisang brand Samudera. Kehkehkehkeh...

Ngup ngap ngup ngap je keje MH ni.


Bila citer pasal kek pisang kan MH baru teringat ni. Aritu masa MH tengah buat kek coklat nak raya, somi request kek pisang ler. Lupa. Lagi. Sungguh la orang tua lama somi MH ni kan. 

Balik ni kena buat ni. Ok sekarang nak copy resepi kat sini.

Huhhh..lenguh dah jari jemari MH ni.
Oklah.
Bai.