September 21, 2012

Pantai Sri Tujuh

Hai all...nampak sangat memang bosan arini sampaikan 2 entry arini. Inilah gunanya cerita terkumpul. Bila dah bohsan sesangat boleh jadi story. Cerita piknik ngan anak-anak. Pergi masa cuti 31 Ogos 2012 aritu. Kebetulan ari Jumaat kan. Kisahnya, seminggu sebelum piknik tu Bety duk meragam ajak pergi pantai. Masa tu dah ari Sabtu. Mana sempat. Petang tu MH dah nak balik GM. So, papa dia cakap minggu depan la nanti mama balik lagi. Ok set. 

Petang Khamis tu bila MH sampai umah je, Bety duk ajak nak g pantai. Alamak dah petang la. Tak best la kejap je pegi dah nak malam. So, MH cakap ngan Bety esokla kita pegi. MH sebenarnya tak suka sangat nak pegi pantai. Kalau jeram ke lata ke best jugak. Air bukit kan sejukkkk. Bangun pagi esoknya MH ingatkan Bety dah tak ajak pegi pantai dah. Rupanya dia bangun je terus cakap nak g pantai. Uiiissshhh....kena pegi jugak la kalau macam ni...Jom kita ke Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan.


Posing dulu sebelum main air...

 Alea

 Bety

Alea Bety (bole add kat fb kalau sudi)


Berangan ajak pergi pantai tapi penakut.

Aksi melarikan diri

Siap ada aksi nangis2 lagi...sungguh la drama queen


Akhirnya kakak ke tengah pantai jugak. 
Sesi pujuk memujuk Bety tak berjaya. 

Wau 18 hengget.


Minggu lepas kawan somi ada ajak pegi pantai ni lagi...malas la pulak nak pegi. Tempat yang sama je. Kalau ada kesempatan teringin nak pegi Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Best kat situ. Boleh duduk dalam gua. Sejukkkk...

Ohhh...cuti Hari Malaysia last week ada chinese teacher kat skul ni pegi Pantai Sri Tujuh ni. Pegi nak suka-suka bawak anak2 main air katanya. Yelah cuti 3 hari kan. Anak sulung dia main tepi pantai je tiba-tiba rasa kaki kena gigit ngan sumting. Tak tau benda apa sebab tak nampak kan dalam air. Bangun pagi esoknya anak dia tak boleh jalan. Terus bawak pegi hospital. Kena masuk wad 1 hari. Doktor tak berani nak lepas balik sebab doktor kata kena sumting yang berbisa tapi tak tau bisa apa. Kaki anak dia bengkak. Jadi, kena tambah cuti satu family.

Alhamdulillah, masa kami pegi tak der apa-apa kejadian yang berlaku. Yang MH perasan air pantai kat sini tak berapa nak bersih sangat la...kat tepi-tepi tu dah warna teo ais. Kenapa yerr...?

Bai.

the 'rumah terbuka' story


Hai all...walaupun syawal dah habis 5 hari lepas tapi cerita raya Mama Hot(MH) tak habis lagi. Maklumlah MH kan selalu je slow dalam semua hal.  Malas nak berasak-asak nak citer pasal raya. Dah semorang nak citer pasal raya bulan raya je...dah habis bulan raya tak der dah citer raya, so MH masih ada citer rayanyer...

Oh...minggu ni minggu kerinduan sebab hari ni dan esok MH lepak kat GM je. Malas nak drive balik TM sebabnya on Selasa dah nak balik TM. Biasanya ari Khamis lepas skul terus chow. Minggu depan ari Selasa lagi dah ilang dari bumi GM ni. Tu yang malas nak balik Jumaat ngan Sabtu. Terasa sangat kepenatannya. Duk ulang alik dari GM ke TM. Hari Sabtu petang dah gerak dari TM ke GM plak. Tak sempat ilang penat. Minggu ni bolehlah MH bersenang lenang sepuas-puasnya. Tido sampai ke petang. Tak payah nak kemas rumah. Tak ada gangguan. Tapi, kat sini boring sikitlah. Tak ada tempat menarik sangat. 

Open house pertama dalam entry ni adalah di rumah Nadia. Nadia ni bujang lagi tapi rajin plak buat open house. Housemate dia dah kawin tapi suaminya tak tinggal kat GM. Kat GM ni adalah perkara biasa bila korang dengar suami dan isteri tinggal asing-asing. Ada yang suami tinggal dan keje kat GM isteri plak keje dan tinggal kat Johor. Ada yang isteri tinggal kat GM suami lak keje kat KL. Itu adalah biasa. Sebab itulah sebarang aktiviti hari jumaat atau sabtu amat tidak digalakkan kat skul melainkan berkenaan dengan akademik.

Jom layan gambor encem dan cekci yang marbeles kat umah Nadia...



Baru sampai. Rilek lu.


 Kek lapis


 Apa ntah nama roti ni. Roti ngn sosej dalam dia. Tak sempat nak rasa sebab kenyang.


 Bihun goreng Nadia. Sedappp


 Spagetti housemate Nadia yang masak. Sos yang sangat sedap. 


Biskut raya pun sedap semuanya...


Pukul 7 petang gerak balik. Sekejap je rasanya kami lepak2. Sampai umah Nadia dalam kul 5 suku cam tu la. Hujan lebat. Tersesat skit. Nadia siap tapaukan bihun goreng lagi untuk kitaorang. 

Oh ya MH pergi ngan anak dara, mak dara dan jejaka hensem pujaan hati MH...


 Felicia, MH dan jejaka encem


Nadia yang kat belakang tu. Jejaka encem tu memang MH tak kasi orang lain pegang pun. Mak dia yang kat depan MH tu.


Open house yang seterusnya ialah kat skul. Malangnya gambor tak banyak sangat sebab MH kan pemalu...banyak sangat makanan tapi MH kan tengah nak kurangkan kg so tak rasa semuanya. Pulak tu nak cepat sebab hari tu adalah hari Khamis. Hari Khamis memang pantang duduk lama-lama kat GM.





















p/s: MH sebenarnya tengah mengalami kecelaruan identiti dalam blog. Tak tau nak gunakan perkataan apa merujuk kepada diri sendiri. Lalu, sebab perasan diri ini adalah hot tapi dah punya dua anak...terciptalah MH...Mama Hot..dan jugak inpired by GB. Sebab senang nak sebut...kan GB kan...sangat kagum dengan GB sebab picture yang beliau ambik sungguh cantik dan osem...kekadang time jiwa resah MH layan gambar2 dalam blog GB. Rasa tenang dan damai dalam hati.

September 20, 2012

Cemburu

Aku TAK CEMBURU melihat WANITA2 lain yang lebih CANTIK dan lbih MEWAH banding diri ku..Tapi aku sgt2 CEMBURU melihat WANITA2 lain yang lebih SOLEHAH brbanding diri ku..

Aku TAK CEMBURU melihat WANITA2 lain dapat SUAMI yang HENSEM dan BEGAYA...Tapi aku sgt2 CEMBURU melihat WANITA2 lain yang dapat SUAMI yang SOLEH..



Sekadar meng 'copy paste' kata-kata ini dari fb kawan.  

September 9, 2012

3 hari yang indah

Assalamualaikum...

Kan seronok kalau 3 hari tu jadi seminggu ke dakpun 2 minggu ke...boleh rehatkan otak walaupun badan tersangatlah penat. Penat luaran takper asalkan emosi ceria, minda berpusing. 3 hari berkursus tinggalkan kerja2 tinggalkan anak2 tinggalkan laki2 oooopppsss somi.

Lokasi adalah di Demong Beach Resort, Besut Terengganu. Aku kan main bantai je jalan mana ntah. Masa pegi aku masuk jalan lain dah masa balik aku main bantai jalan lain. Alhamdulillah selamat sampai dan selamat balik walaupun drive dengan teragak-agak berlagak tak nak tanya orang.


 Lepas daftar terus nampak kerusi ni. Kat umah takdo. 
Aida yang gila2 walaupun baru 1st time jumpa.


Posing lagi sementara tunggu orang lain sampai. Majlis start kul 11.30am. Kitaorang sampai 10.30am.


 Masa yang memang ditunggu2...time makan


Tema merah sepanjang 3 hari.

 Dalam dewan bila dah boring2 skit inilah kejenya






Belakang resort adalah pantai yang sangat ohsem...petang masa tengah nak tunggu dinner lepak-lepak kat sini kejap. 

Makanan boleh tahan tapi kalau dapat kat aku akan jadi tak boleh tahan nak habiskan. Padahal dah 1 senduk je still tak boleh habiskan.


Bai.